Haiiitttttttt.......................
Ninja datang menyerang !!! hehehe..

Ok, sebenarnya ni event skool Fahmi, CIC's Appreciation Night & Dinner 2010.
Tema : Japanese Kaizen.
Tarikh : 29 Oktober 2010 (Friday)
Tempat : Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Mujurlah event ni buat dekat putrajaya je, senang sikit nak pergi tambahan pulak buat hari kerja. Event ni punya pasal penin jugak okeh. Pening kat mana nak cari costume. Akhirnya atas daya usaha yang tinggi dapat la jugak baju ninja warrior ni untuk Fahmi..


Sebenarnya tangan tu kena ikat baru real cam ninja tapi mamat nih awal2 dah bukak taknak ikat..huhu


Siap pedang tak tahann..


Ini pulak papa samurai ngan mama geisha...hehehe..

Dalam dewan tu kitaorang dapat meja belakang sekali maybe sebab lambat hantar borang kot..kebetulan pulak satu meja dengan Puan Siti Muhaza ex-MOA. Anak dia-Latiff satu kelas dengan Fahmi rupanya, best friend nampaknya tu.


With best friend-Latiff


Ninja ni dah lapar, kesiann..

Walaupun temanya japanese tapi tak la makan sushi..makan makanan melayu-nasi putih, ikan masak sweet & sour, udang masak ape ntah, telur bistik, sayur, ice cream..makanannya biasa-biasa je..makan pun kena bajet2 je ingat kt orang belakang sama la cam taun lepas..hehehe..takpelah..


Elok je lepas Fahmi makan, teacher dia datang bawak berkumpul kat belakang...ready untuk persembahan pakaian beragam..

Patut le 2 ari sebelum tu teacher suh mama ajarkan Fahmi catwalk..sebab ada pertandingan pakaian beragam rupanya. Sapa yang pandai bergaya dan beraksi atas pentas la yang akan menang, bukan semata-mata costume cantik aje. Kalau tau mama ajar la fahmi aksi ninja melompat awal-awal lagi..hehe. Tapi knowing Fahmi, dia ni jenis yang teramat malu kalau depan orang. Boleh tak malam tu atas pentas jadi ninja ayu...aduhai...dah la jalan pegang-pegang tangan dengan Latiff, atas pentas cuma melambai-lambai tangan aje..aduhaiii...tak ganas langsung ninja nih..memang takde harapan la menang pun kan.


Ninja yang paling ayu dari Jepun..hihi


With teacher ayu n teacher nurul..

Lepas tu, acara penyampaian hadiah untuk semua student yang hadir..punya la ramai, letih nak tunggu giliran fahmi. Ye la kan, semua cawangan CIC yang datang, bukan Putrajaya aje. Founder CIC-Hjh Qutren Nada Ahmad yang tukang kasik adiah, sian dia musti penat..


Ninja tengah ambik hadiah..suke sangat la dia bab2 dapat adiah nih..

Lepas tu sesi bergambar-gambar kat atas pentas with teacher2 n founder..

Lepas semua dah ambil hadiah, ingatkan dah habih, dah siap nak balik, sekali teacher tak kasik balik...ada pemenang pakaian beragam family pulak lepas tu..maybe kitaorg ni tercalon kot sbb tuh teacher x kasik kami balik lagi..hehe perasan. Tapi bukan kami le pemenangnya, ada yang lagi grand...Kami pun bukannya nak menang, janji dapat ikut tema, itu yang best..


Ninja bersama hadiahnya..

Keseluruhannya, bagi kami dinner tahun lepas yang bertemakan Arabian lebih grand dan happening. Costume pun lebih cantik, pengisian majlis pun lebih lagi. Apa-apa pun, di akhir majlis ada pembacaan ikrar oleh teacher-teacher CIC. Sebagai parents, kami harap para teacher CIC komited seperti mana ikrar yang dilafazkan dalam mendidik anak-anak kami. Biar la berbaloi bayar mahal-mahal pun kan..

Apa sekalipun, kami tetap enjoy malam tu...

Upss..tak abis lagi..di sebalik tabir pembikinan ini filem..eh bukan, disebalik tabir pencarian costume...nak citer sikit la susah payah cari costume ni kan..ada la beberapa kedai yang kitaorang search kat internet. Ada kat subang, puchong, bukit bintang, ampang dll. Ada yang kena buat appoinment untuk nak pegi store dia...adess macam malas nak layan call dari customer pun ada..maybe diaorang ni tak heran dah sebab orang berebut cari diaorang kan...bukan diaorang yang cari customer. Antara beberapa store yang aku call ni, yang agak menyenangkan cuma
costume n parties sebab diaorang rajin sikit siap checkkan costume ade ke tak n friendly ngan customer. Sedap la sikit nak pergi kan. Bila dah tau ada costume yang dicari kat situ, so aku decide untuk pergi lepas kerja hari khamis tu. Semua dah last menet. Kalau dah ada orang lain sambar habis laa. So lepas keje aku n fahmi berkejar naik ERL ke KL Sentral n monorail ke Jln Raja Chulan. Kedai tu di The Weld, Jln Raja Chulan. Jumpa papa di stesen monorail n jalan kaki cari the weld. Dah sampai kedai tu lega rasanya bila dia kata costume tu masih ada lagi..apa yang kami pakai tu, itu je la japanese costume yang ada masa tu, yg lain dh ada orang sambar. Ok la tu, kebetulan dapat sedondon merah kan. Lagi satu, price kat sini agak reasonable la, takde la sampai beratus untuk satu costume. Sebenarnya penat tau pencarian costume ni, tak semudah yang disangka. Len kali teacher kena habaq 3 bulan sebelum tarikh dinner senang sikit nak cari costume, hehe.


Ini la kedai dia, promosi sikitt..


Dah dapat costume baru la legaaa..gumbira bakal jadi ninja warrior..yeayy..

Kan dah kata semangat...dua-dua contest anjuran Maisyz collection i join okey..hehe. Yang ini contest "SAAT CERIA SI MANJA BERSAMA MAINAN KEGEMARANNYA CONTEST" pulak. Seperti biasa, klik banner di bawah untuk keterangan lanjut mengenai contest ni ye..



Untuk contest ni, mama pertaruhkan gambar si abang pulak ye:

Ariff Fahmi bersama koleksi kereta mainannya...huhu banyakkan? Mana taknya, setiap kali pegi kedai tak kira la ape jenis kedai sekali pun, mesti beli mainan dan selalunya mainan kereta la..itu belum kira yang mama dah buang sebab tercabut tayar la, tercabut pintu la bagai...gambar ni di ambil masa dia kena chicken pox awal tahun ni...itu yg tak berbaju n cop putih kat badan tu...hehehe..dalam tak sihat tu masih semangat lagi main kereta dia semua tu..nama pun budak kan...memang main je la kerjanya... :)

Ok, here are my details as requested:

Nama: Siti Fatimah binti Abdullah

Sekali lagi, thanks pada penganjur iaitu Maisyz collection yang telah membuatkan semangatku berkobar-kobar nak join contest...hihi.
Masa jalan-jalan ke blog ibu Arissa Qaisara tadi, terjumpa plak contest yang dia join..selalunya malas nak join contest2 ni tapi hari ni tetiba pulak rasa rajin and semangat nak join contest..hehe..

Contest "SAAT CERIA SI MANJA BERSAMA DATUK/NENEK TERCINTA" ni dianjurkan oleh maisyzcollection.blogspot.com. Sila klik banner di bawah ni kalau nak tahu lebih lanjut pasal contest ni ye. Closing date ialah pada 30th November 2010...so banyak masa lagi untuk uols join..



For this contest, mama pertaruhkan gambar adik yang ni:

Arissa Yasmeen bersama dengan tok mek (gelaran nenek sebelah kelantan, iaitu sebelah papa Arissa). Gambar ni diambil masa majlis akikah Arissa. Hari tu mood dia memang baik betul, dengan semua orang dia layanzzz termasuk la ngan tok mek dia..senyum sokmo je dia hari tu..macam tau-tau je that day is her big day. Ok, here are my details as requested by penganjur..:

Nama: Siti Fatimah binti Abdullah
Email: aizamia21@yahoo.com

Ok, thanks pada penganjur yang anjurkan contest ni..best jugak sekali sekala join contest ni kan...mencuba nasib kata orang...hehehe..

Wednesday, October 13, 2010

Sesi penutupan raya 2010..

Ada lagi cerita raya rupenye...
Sempena penutup raya iaitu 29 Syawal bersamaan dengan 8 Oktober 2010, ofis aka UAD buat jamuan raya..konsepnya ialah potluck ye demi kerana menjimatkan kos..dan akhirnya banyak betul makanan penuh meja...best dapat makan macam-macam..


nyum nyum..


aktiviti bersiap-siap untuk majlis sesambil posing-posing..


majlis dah bermula..asalnya nk buat kitaorang je, sekali mknan byk..so boleh ajak jiran tetangga..:)


ini menu yang aku bawak...ketupat & rendang..bersengkang mata sampai kul 1 pagi nk nyiapkan..

Dalam kul 12 thr, berkejar pulak balik ke rumah, sebab geng rayaps & geng btm nak mai...sebenarnya dah lama dah nat buat utk diaorang tapi takde masa yang sesuai..so dah alang-alang masak untuk jamuan ofis, so masak la utk diaorang sekali, lgpun hari jumaat masa rehat panjang sikit..masakan cuma tambah mee kari (atas permintaan ibu mengandung), kuih muih beli je kat kafe & sate order tumpang ngan budak ofis..:)

kena beli meja lebih panjang nampak gayanya...zura dh x cukup kerusi..

lin takde lak lm gambar..

aksi gediks anak dara & mak dara..

posing dulu sblm baliks ke opish


yg depan agak gediks..


malam pulak sorang lagi geng rayapss mai, ieta n hubby sebab tengahari dia sibuk basuh pinggan kat ofis...hehehe..

Thanks pada u alls yang sudi memeriahkan hari raya kami..tapi kan, kuih raya banyak lagi nampak gayanya kena bawak mai kat opis makan sambil-sambil melabun...hehehe..

Ok, sekian saja cerita raya tahun 2010, bersambung pada tahun akan datang, insyaAllah..

Tuesday, October 12, 2010

Jalan-jalan raya

Sempena raya ni kitaorang cuba sebaik mungkin untuk memenuhi jemputan para kekawan yang telah mengopenkan house mereka hehe...ini diantaranya yang kami dapat hadir, ada jugak yang tak dapat nak hadir sebab clash byk sgt jemputan n aktiviti...

Gambar tak mengikut turutan tarikh sbb tak ingat..

i) Di rumah zura *geng rayaps*..gambar ambik from blog zura . Masa ni pegi ngan papa & fahmi..adik tinggal spt biasa..


(ii) Dirumah kak mariah *opismate kat moa dulu*...pegi satu family ngan adik sekali..



(iii) Di rumah mona.....*geng rayaps*....waktu kejadian malam so takde bj raya...pegi dengan fahmi ajer..


(iv) Jamuan raya btm moa.......alumni dijemput memeriahkan...spt biasa alumi hover okeh bergambar tak hengat plak, siap takmo balik...heheh..i suke the theme=pulang ke desa........meriah tul..


Meriah kan raya kitaorang? Heheh...ader lagi ke ekk?? mungkin ader yg aku terlupa or tak ambik gambar..ader jugak jamuan raya KSM ngan opis punya..jamuan opis next entry punya citer..