Ini memang first time buat Apam Polkadot. Alhamdulillah, berjaya nampaknya dengan rupa paras yang comel dan rasa yang sedap. Resepi dicedok dari internet aje. Tak tau nak terima kasih kat sapa sebab banyak sumber yang direfer dan resipinya semua sama. Cuma dapat satu resipi yang guna sukatan cawan. Pada yang ingin mencuba, ini resipinya..

Bahan-bahan:

3 biji telur - diambil dari peti sejuk

1 cawan gula halus

2 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil ovalette

3 sudu kecil baking powder

150 gm susu segar

Jem blueberry atau lain-lain (ikut suka)

Pewarna


Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan maksima selama 6 hingga 8 minit (aku takde mixer, so anggap la tanganku ini adalah sebuah mixer...letih wehh).

2. Bahagi kepada beberapa warna pilihan mengikut kreativiti masing-masing.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan.

5. Picitkan filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh.

7. Dot-dotkan dengan warna yang berlainan.

8. Kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan dengan api sederhana selama 10-15 mint. Pastikan penutup pengukus tu dibalut dengan kain untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas apam dan mencacatkan rupa paras apam.


Ini adalah rupa paras apam setelah diletakkan filling

Apam polkadot ni dibuat sempena Sambutan Teacher's Day di skool Fahmi hari ni. Nampaknya Fahmi sangat suka & dia panggil kuih ni, "kuih ball" sebab rupa parasnya ada ala-ala ball gakkan..biasanya resipi ni orang buat guna cup saiz M tapi sebab buat pun untuk bebudak so aku buat guna cup saiz S..

Ok, kekawan, selamat mencuba resipi yang sangat senang ni....
Dah sampai part 5 tak abih lagi ke oiii! mujur tak dok sana seminggu, kalo tak mesti 3 bulan baru siap wat entry hahaha...

Masuk hari ke-3 kami ke Langkawi.

Ikut perancangan, ia merupakan hari last kami di sini. So masa untuk memperkemaskan aktiviti shopping. Beli mana yang belum beli. Sepagi tu memang kami dok keluar masuk Haji Ismail Group - Idaman Suri - Zeno - Saga je la kekdahnya. Hotel pulak awal-awal lagi dah check out. So after shopping kami ke rumah poksu jak untuk tumpang mandi manda, siap-siap, bungkus-bungkus barang masuk kotak. Separuh dari barang memang dah di bawa ke rumah dia malam sebelum tu sebab barang terlalu banyak sampai tak muat satu bonet kete. Kaedahnya memang poksu jak kena hantar kami ke aiport so barang sumbat dalam 2 bonet kete..itupun sendat...

Ok, lepas dah siap-siap dalam kul 5 kitaorang gerak ke airport, kalau ikut flight kul 7.30 malam. Saja pergi awal sebab takut ada masalah dengan barang yang banyak sangat tu, nak wrap la bagai lagi. Lepas check kastam lega sangat rasa.Sebelum tu saspen sbb kitaorang ni beli macam-macam tapi oleh kerana stay 2 malam so no taxes being charged..selamat.

Dan masa ni nak dijadikan cerita................

Masa untuk check in. Aku tengok muka abg MAS tu ala-ala kompius after aku dah bagi ic semua. Then dia minta tiket yang aku print from web. Masa ni dah heran sbb biasanya check-in pakai ic je kan. Sekali bila dia check tiket, "Tiket ni hari rabu ni. Kalau hari rabu memang ada nama uols semua". Both me & papa ternganga. "How come?" aku tanya kat papa....SAH papa salah booking tiket.

Memang we all plan 3 hari 2 malam saja. Pergi 10hb, balik 12hb..hotel pun booking 2 malam je..kete pun sewa utk 3 hari je...tapi papa silap bilang ari kot dia pi booking tiket balik on rabu, 13hb. Sedang kami kompius tu abg MAS tu bgtau yang kalau kami nak tukar tiket boleh ke kaunter tiket. So kami pun try lah tanya akak kat kaunter tiket tu, dia kata memang ada seat lagi kalau nak tapi sorang kena tambah RM400 sekali dengan surcaj & different rate antara harga tiket hari ni dan esok. Oii mak...we ols 7 orang okeh. Cubalah darab ngan RM400 tu...mampus nak bayar kan..disebabkan kami takde urgency untuk balik segera so kami decide untuk stay satu hari lagi di LANGKAWI...ooo yeah!!

Pada mulanya rasa cam nak marah je kat papa, rasa geram sebab semua dah semangat nak balik kan..tapi rasa cam tak baik marah papa...aku pun salah gak pasal tak check tarikh betul2..kompiden uols...so buangkan fikiran negatif..positifkan minda dengan berkata,

"SYOKNYA DOK SEHARI LAGI KAT LANGKAWI...YEAHHHHHH!!! "

Ternyata cara tu sangat berkesan...rasa cam diberi peluang untuk menikmati keindahan Langkawi sehari lagi. So sewa keta sehari lagi, kali ni Grand Livina pulak. Hotel tak perlu disewa sebab poksu jak & na bermurah hati suh kitaorang tidur kat umah diaorang je...alhamdulillah, save budget hihi..

So apa lagi, jalan lagi lah kan...terus je pi makan laksa power tepi aiport sekali lagi...bestttttt....


Ini adalah kaedah mama & fahmi merawat hati yang frust sebab tak jadi balik...

Ternyata kami happy sebab tak jadi balik kan????

Hahaha..

Lepas makan laksa power, kami ke Pasar Malam...dekat mana eh lupe la plak..rasenye cam dekat ngan pantai chenang. Ha, untung kan tak jadi balik..kalo tak tak merasa pi pasar malam langkawi nih. Pasar malam di sini biasa-biasa je, kecik aje orang meniaga pun tak ramai. Misi aku di pasar malam ialah untu mencari baju anak-anak..ye la, kan plan nak datang 3 ari je so baju pun bawak ngam-ngam je lah. Act baju adik bawak banyak tapi biasalah budak, kena muntah la, kencing la, comot la...sampai habis baju dipakai. So misi berjaya dapat beli baju adik RM5 sepasang, cantik lak tu..beli la 2 pasang utk dia...baju fahmi pilihan sangat terhad so tak beli pun. Nasib baik baju dia, mama & papa ada lebih yang tak pakai lagi..

Memang besar hikmah tak jadi balik tau, kami dapat happiest moment masa kat langkawi ni...nak tau, tunggu episod seterusnya....hehehe...

Friday, May 6, 2011

Langkawi Part 4 - Cable Car

Masa di cable car, mujur la cuaca memang baik so cable car beroperasi macam biasa. Pada mulanya mek takmo naik sebab gayat...tapi setelah dipujuk-pujuk, akhirnya semua naik..tapi memang kelakor, siap ada yang tutup mata sebab takut.


Ni kat bawah, sebelum naik cable car...tempat ni dipanggil Oriental Village ye.


Sementara menunggu papa beli tiket sempat lagi bebudak ni nak bershopping


Awat comot sangat adik ni taktau..



Fahmi sangat cool, adik pulak cam terkejut je

Sebenarnya adik dah start tak sihat dah masa kat cable car ni, hidung mula berhingus, badan pun cam dah dedar sikit. Cuaca yang panas sesangat menyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut la kan. Masa dalam cable car tu dia diam je sampai kami naik risau pulak tengok.



Kan ada 2 station kat atas..sampai kat station yang first tu kitaorang rest dulu kat surau dia sebab nak kasik adik cool sikit. Siap-siap kasik dia makan ubat. Lepas ambik-ambik gambar kitaorang decide untuk turun terus, takmo naik station kedua kat atas lagi tu sebab risau kat adik..sebenarnya mek ngan mok yoh pun takut sama hehehe...


Ni masa tengah tunggu gondola nak turun..susah sikit sebab ramai dari station yang atas dah penuh lam setiap gondola


Kesian dia, dah start demam masa ni..

Bila dah sampai bawah..kitaorang lepak-lepak dulu kt Oriental Village tu..tengok ikan, itik seronok pulak. Sekali ada tempat ambil gambar pegang ular...papa & fahmi beria nak ambil gamba ngan ular..aku join gak tapi sori takmo aku pegang ulor tu weh..geli! Papa suh kasik adik pegang tapi aku tak kasik..reason adik kecik lagi..kah kah kah..


So jadilah gambar seperti di atas..papa ngan fahmi je yang pegang..mama tumpang sekaki je..ini gambar yang abang tu ambik guna camera aku..gambar yang dia ambik letak kat piring souvenir tu lain la sikit daripada ni.

Destinasi kami seterusnya ialah Pantai Chenang tapi memang takde gamabr langsung sebab aku dok lam kete je..ini kes budak berdua tu tido & aku pun dah pancit sangat dah rasa..mata cam nak tertutup jek. Papa dan lain-lain turun dok menikmati angin laut..sampai aku hon ajak balik baru le diaorang balik...asyik sangat le tu. then terus balik hotel, mandi manda. Malam pulak kami dinner di rumah Poksu Jak..
Sebelum mood nak update citer pasal Langkawi terjun ke laut, baik aku habiskan cepat-cepat pasal Langkawi ni..

Okey, lepas je visit ke Makam Mahsuri tu, kami terus ke Perusahaan Gamat Nusantara.

Tujuannya memang nak beli gamat la...orang kata kalau pergi Langkawi, tak sah la kalau tak beli gamat kan. Kat Nusantara Gamat ni boleh tengok sekali tempat diaorang masak gamat dan boleh celup tangan lam tu. Aku dah pernah try masa bujang dulu so aku pun suh mek, mok yoh ngan ayah pi try celup..memang tak panas walopun tengah menggelegak.

Celup jangan tak celup..

Jangan pulang tanpanya...si minyak gamat..

Model tongkat ali...haha

Tak la lama sangat kami kat situ..lepas borong-borong gamat kitaorang pun terus ke destinasi berikutnya iaitu Beras Terbakar.

Datang beras terbakar ni ofkos nak cari kain batik..dari satu kedai ke satu kedai aku dok survey..mostly letak rege memang mahal. Jenis yang elok cam tiga serangkai, anak mami tu diaorang letak RM18, boleh bagi kurang takat RM15 je. Oh no no no..awat mahal sangat..dulu aku mai leh dapat RM10 je. Tapi itu dulu..

Dah hampir putus asa la dah sebab mahal sekali ada la satu kedai ni, yang jual tu muda lagi..baik abang & akak tu..dia bisik-bisik kat aku dia leh kasik RM11 kat aku utk jenis tiga serangkai dll yang elok2 tu. Wow apa lagi..RM10 memang dah tak dapek la kan..ada tapi saiz kecik cam utk bebudak punye tu. RM11 tu dah kira murah so aku rembat la untuk mak, kakak2, kakak2 ipar, biras2 dan ipar duai sume..hehe. Kalau ikutkan sorang boleh bawak 3 helai je kan..takpe, kami kan datang ramai..cukup le kuota hehe.

Setel bab souvenir..oh ye, gambo kat beras terbakar ni takde ambik le pulak..sebab panas sangat kot stail tak tahan punye sampai takde mood nak ambil gambo.

Tiba time untuk lunch...

Sebab aku tingin sangat nak makan laksa kat airport tu so aku ajak depa tengahari buta tu pi lunch makan laksa haha. Depa pun layan..sib baik ada nasik lemak gak kat situ.

Sedap betoi laksa nih

Tempat makan laksa tu tepi airport, tepi laut pulak tu..memang damai giler ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Masa ni adik tido, so kitaorang parking kete betul2 tepi meja so boleh biar je adik tido dalam kete tapi pintu kete kitaorang bukak risau lemas pulak kang kan..


Laksa and nasi lemak sedap except for cendol..cendol dia masam coz ada something bhn dia yg dah basi & rasanya jagung kot


Kat area situ ada banyak gerai..ada laksa power, ada laksa pulau, lagi satu tu ape ntah lupe plak namanya. Yang kitaorang makan ni laksa pulau.

Happy sangat dua orang ni..serius memang happy sebab best oi dok tepi laut sambil makan laksa..tak caye pegi la..

Lepas siap makan, kitaorang decide untuk ke cable car. Tapi sebelum tu singgah sembahyang, mandikan adik & rest jap kat tempat rehat ape ntah masa on the way ke cable car tu..

Bersambung di next entry..

Rugi la kalau korang terlepas konsert nih..best sangat tau....

Dapat tau pasal konsert ni masa dengar hot fm..tau je terus sms papa ajak pegi. Rupanya papa pun dengar kat hot fm gak & memang dah terpikir nak pegi...cantekkkk...terus booking via ticket2u.biz.

Show kul 8 mlm tinggal tiket RM200 ++ je so booking kul 3. Itupun yang murah dah habis, tinggal yang RM165 and above je.


Hari kejadian tu, kami sampai awal dalam kul 2 sebab dah tau jalan kat situ jem giler..so sempat la lunch kat kafe dulu and sembahyang.



Luar Panggung Sari tu ada pameran Harley Davidson....HD ni salah satu penaja Konsert Opera Hidup..banyak la diaorang pamerkan motor2 HD kat situ..so sempat la posing2 kat motor tu sementara tunggu kul 3.



Sebenarnya dari awal kitaorang tak tau yang show kul 3 ialah Wings & Superfriends...show malam baru lah Wings with orkestra..masa tengah siap nak pergi tu baru tau tu pun sebab papa check balik kat website..masa booking takde pulak tulis kat situ..tapi takpe, kitaorang suke sebab Superfriends tu sume otai2 u...


Ce tengok ce tengok nama2 kat banner tu..tak ke otai tu?? Ada Dato' M Nasir, Ramli Sarip, Nash, Mus, Yantzen, Hattan, Azlan (Typewriter), Jac dan pemain2 gitar dan drum jemputan macam man kidal, kid dll... baca la sendiri kat banner tu..hehe.

Suara memang takyah cakap la kan...sume power2 tak hengat...nyanyi pulak lagu2 rock klasik..best gilerr!!

Sebelum ni tak minat pun kat azlan..sekali masa konsert baru aku akui suara dia memang superb terus jadik minat hehehe...

Tapi boring la kat Istana Budaya nak ambik gamba pun takleh..so takde la gambar abang Awie & the gang nyanyi tu kan..

Adapun yang aku ambik dari jauh secara curi-curi sebelum kena sound ngan abg IB tuh..cis, ingat dia tak nampak hehehe..

Time ni masa penutup show..masa ni abg IB dah tak marah dah tp gambo lak tak clear..:(

Show 2 jam so dalam kul 5.30 habis show..ingat nak tunggu kt situ lama sikit kot2 abg Awie kuor nak ambik gambo haha tapi papa sibuk ajak balik..tak kasik can tauu..sebab kecewa tak dapat ambik gambar ngan abg awie, so ambik je la gamba abg asmayuzi ngan motor Harley Davidson..kah kah kah..