Sempena anniversary hari ni, chef de mama cuti masak ye..heheh..
Jenuh pikir nak makan kat mana akhirnya teringat buffet ramadhan @ picc..tak pernah try lagi before this. Disebabkan papa nak belanja boleh aje..:)
Just 3 of us, adik tinggal di rumah. Foods memang superb di sini, banyak sangat sampai taktau nak amik mana dulu. We end up with foods yang tak terlalu heavy, rasa itu sikit, ini sikit dah kenyang. Nasik yang lauknya melambak tu langsung tak disentuh. Sambil makan dihiburkan plak oleh pakcik-pakcik kumpulan ghazal..best!
Lagi sekali, thanks a lot papa coz belanja kami celebrate our 5th anniversary @ picc..seronok jugak anniversary time bulan posa ekk..dapat makan-makan cam gini..so far dah dua kali sambut anniversary dalam bolan posa. Tahun lepas kami
celebrate di Holiday Villa Subang..
ini sebenarnya dah lepas kekenyangan..
12:39 AM |
Category: |
21 Ogos 2010, dah masuk tahun ke-5 perkahwinan kami..
Alhamdulillah, syukur kerana diberi kebahagiaan bersama dua orang anakanda yang tercinta..
Alhamdulillah kerana diberi kesempurnaan hidup walaupun tidaklah bermewahan namun memadai dengan apa yang ada. Semoga perkahwinan ini terus diredhai, dijauhi dari badai dan gelora.
"Jadikanlah kami pasangan yang soleh dan solehah, eratkanlah kasih sayang antara kami, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan murahkanlah rezeki kami ya Allah..
Amin ya rabbul a'lamin.."

12:11 AM |
Category: |
Birthday ku yg ke-30...
Alhamdulillah, kali ni sambut birthday tambah lagi sorang iaitu adik. Adik tukang gelak je bila abang & papa nyanyi lagu besday untuk mama. Birthday kali ni papa janji nak bawak pergi pavilion, beli present kat sana. *ini kes asyik perli papa, bila nak bawak mama pi pavilion..asyik papa je pegi (dkt ngan opis dia ye)*
Tapi tunggu weekend coz birthday aku jatuh hari rabu.
Pada malam kejadian birthday iaitu hari rabu, kitaorang celebrate dulu. Makan kat secret recipe je pun..takde otel mahal2 ye.

Kek pun 1 slice je...sapa nak makan banyak2 kan..tapi kek dah habis baru teringat nak snap gambar..

ini untuk fahmi

ini untuk papa

dan ini untuk mama..

perasan ingat birthday dia la tu..

*entry ni buat time puasa..terliur plak tgk mknan ni*

tuan punya birthday
Siri ke-2 (weekend)Seperti yang dijanjikan oleh papa, weekend kitaorang ke pavilion lah. First time pi pavilion, mesti la best kan. Sampai je, terus hunting for birthday present.

dua orang budak yang tengah tunggu mama pilih present

Bila dah dapat, agenda untuk makan-makan petang pulak. So kitaorang ke Rain Nudle House.

Papa & adik sementara menunggu foods sampai..
Dah siap makan, papa kata nak hunting for fahmi's gift pulak. Memang fahmi tak dapat apa-apa lagi birthday gift from papa & mama. So we all jalan kaki ke Sungei Wang Plaza. Dah lama tak tengok suasana area Jalan Bukit Bintang, so aritu seronok sangat rasanya. Bibik pun ikut, dia pun sonok gak. Kalo tak sebelum ni asyik tanya, "buk, kl tu di mana?" Kat situ, aku pun tunjuk la kl tu camne kan..dia pun heran ramai bangat orang..."ntah dari mana datangnya orang2 ini ya buk".. :)

Kat depan pavilion, sblm ke sg wang plaza

Ramai betoi org amik gambar kat air ni..

Gambar ni Fahmi snap...hehe, kira bole la..

Tak sampai satu jam di sg wang plaza, kitaorang pun berjalan semula lah ke pavilion..kete kan parking kat situ. So ini gambar budak bersama present yang baru dapat.
*adik maintain tido dr on the way ke sg wang sampai balik ke pavilion*

Sebelah balik pun still snap gambar kat air ni tp angle lain lak..nampak pavi..
Lepas tu baru la balik umah, malam baru sampai umah...semua pun dah keletihan, tapi semua seronok..

Dan ini present dari papa untuk mama..thanks a lot papa
Tapi si bujang tu dapat present lagi mahal dari mama punya..jeles mama :D

Nintendo DS..
Thanks a lot papa kerana telah menceriakan hidup kami..hihi...birthday papa pun dah lepas jugak 8/8/10 yang lalu...nanti mama update pasal birthday papa plak..
9:08 AM |
Category: |

31 Julai (Sabtu) lepas pi kenduri kitaorang decide bermalam di subang, umah kak chil. Biasa la, sekali sekala tukar angin best ape..then malam tu kitaorang ke i-city. Teringin nak pegi sebab asyik dengar citer orang je pasal tempat ni. Orang yang jauh-jauh semua dah pegi.

Tapi tak puas rasanya posing2 kat situ sebab hari hujan..mula-mula renyai je, bantai redah je...sekali makin lebat la pulak..sempat pusing-pusing seround je..tapi memang cantik la lampu-lampu di i-city ni..kagum je rasa. Berapa agaknya ye diaorang bayar bil letrik sebulan..hehe.

Rasanya ada yang kena datang lagi ni..banyak tempat yang tak sempat posing hari tu..sapa yang tak pernah pegi lagi tu baik la cepat sebelum diaorang kenakan bayaran masuk pulak..dulu semua free, masa kitaorang pegi dah kena bayar RM 10 satu kereta untuk masuk parking. Tapi dapat voucher RM10 utk beli anything di kedai-kedai kat atas tu..so still dapat balik pulangannya. Tak mustahil nanti dikenakan bayaran masuk pulak kan...so cepat-cepat lah ke i-city..
8:52 AM |
Category: |