Wednesday, October 5, 2011
Makan-makan di rumah kami sempena Aidilfitri
Lama tak berceloteh, raya pun dah habis kan..tapi baru ni nak hapdet gambo masa buat makan-makan raya aritu..
Dua kali je buat kali ni, firstly buat untuk majikan besan bibik kami sebab diaorang kata nak datang ramai-ramai...dah alang-alang jemput jiran sebelah menyebelah sekali.
Bertungkus lumus la masak malam sebelum tu, masak lemang + rendang daging, nasi impit + kuah kacang, mee kari, nasi ayam dan puding.
Gambar tetamu memang takde la waktu ni sebab rasa macam segan sebab tak biasa sangat dengan diaorang yang datang tu..kalau kekawan rapat lain citer la kan..
26/9 buat untuk officemate + geng rayap + kawan2 rapat pulak..kali ni buat ari isnin, lunch hour..kompom diaorang datang.
Menu kali ni ialah seperti biasa lemang + rendang ayam, nasi impit, mee kari, bihun goreng, roti + kuah durian, kek coklat, triffle dan sate..semua hasil air tangan aku kecuali sate yang mana belum sampai seru nak masak sendiri hehe..so sate ku order kat haji samuri saje.
Agak dah macam supermak rupenye...masak, menghias, menghidang, pi mai pi mai ambik sate, pi kedai, jadi photog semuanya kene wat sendiri..papa seperti biasa, tak boleh cuti..huhu, memang betul supermak..mujur la ade bibik yang banyak membantu especially sediakan bahan-bahan nak masak dan basuh pinggan hihihi...budak dua orang tukang kacau boleh ajer..
Ini adalah tetamu yang paling awal sampai..mona & jaja...untung sampai awal boleh makan dengan tenang hehe....thanks korang sudi datang..sebelum ni duk tengok jaja lam internet je hehe now dah bersua muka...:)
Diikuti oleh ieta, lala & alin pulak....
Tengok budak 2 orang tu...tiap kali orang datang, diaorang pun mcm tetamu gak..sibuk-sibuk ambik makanan..pastu makan sama-sama..wat dekk je ngan orang ramai-ramai hihihi..
Seterusnya, rombongan ofismate pulak...tapi tak semua yang datang..maybe ade hal takpun dah kenyang takpun tak baca email jemputan takpun malu kottt hihihi...
Masa ni photog bertugas ialah photog muda Ariff Fahmi hahaha..mujur dia memang ade skill, pandai guna dslr..senang mama...so kebanyakan gambar masa ni mmg dia yang snap.
Terima kasih pada semua ofismate yang sudi datang..dah lepas ofismate balik baru la tuan umah nak makan..kalau nak tau aku tak makan dari malam yang sibuk2 masak tu lagi...cuma makan roti je sikit sebab sibuk sangat sampai tak sempat makan...
Masa untuk tuan umah enter frame..hehehe...
Sedang enak dok isi perut yang kelaparan ada pulak tetamu datan...rupanya cc emee..cc cuti haritu so dia terlewat sikit..datang ngan asben & anak dia, thanks sebab sudi datang..
Eh masa ni photog muda dah lenguh tangan so takde pulak gambar cc.. :)
Lepas tu kak iza (ex ofismate ksm) pulak yang datang..adik dah santai sampai tak berbaju..panas sangat la tu..
Petang pun masih ada yang datang, thanks to kak mariah, zuryana & zura sebab sudi datang..dan tak lupa juga cc supiah yang datang pada malam hari..
Alhamdulillah, seronok rasanya dapat jamu kawan-kawan..maaf kalau tak dijemput sebab memang buat kecil-kecilan saje..
InsyaAllah raya tahun depan jika ada rezeki boleh la buat makan-makan lagi..
Comments (2)
cantik rumah achu besar lagi.. suka tgk.. nanti kalau kami dah balik jalan2 melaka datang la rumah ita ye
Ita, kami ni menumpang rumah kuarters je..tp alhamdulillah dpt kuarters yang besar & dekat je nak pergi kerja...insyaAllah nnti boleh la gi jalan2 umah ita, ita balik tahun depan ye?