Wednesday, June 22, 2011
Serimuka Durian
Seperti biasa, resipi diambil dari rumah Ita, teringin sangat masa tengok kat blog Ita tu yang hati rasa meronta-ronta nak buat. Buat ni untuk bawa bekal ke Cameron Highlands hujung minggu lepas. Memang sedap serimuka ni, nak buat pun mudah je. So, resipinya adalah seperti yang dicopy paste disini.
Nampaknya, kena improve skill fotografi ni..org lain ambil gambar masakan cun je..ada dslr tapi tak reti guna hihihi...
SERIMUKA DURIAN
sumber asal : Rima
Dari : Inspirasiku
Lapisan Bawah
Bahan-bahan:
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula
Cara-cara:
1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati.
2. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.
*(Boleh juga alaskan loyang dengan plastik , kemudian masukkan pulut. santan, daun pandan & garam dalam loyang,kukus 30 min..kemudian keluarkan daun pandan dan tekan pulut supaya padat)
Lapisan Atas
Bahan-bahan:
150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
1. Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
2. Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
3. Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
*(Satukan semua bahan di atas dalam blender n blend hingga sebati dan terus masak sebentar sehingga naik wap kemudian kukus pun boleh jugak)
4. Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
5. Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.
Tips :
1. Untuk mengeringkan permukaan talam, Selepas kuih masak, jangan tutup api,buka penutup kukus dan biarkan 5-6 minit, kemudian barulah tutup api.
2. Potong gunakan pisau plastik. Seelok2nya biarkan semalaman..
Comments (4)
salam ziarah dan ukhwah,
sedap nampak serimuka tu
salam wattie...
thanks sudi lawat blog saya..
achu.. sedapkan serimuka ni.. best.. ita pun suka.. nasib durian sini mahal tu yang buat sikit tu
Ita, mmg sedap..tambah lagi bagi hantu durian cam achu ni..semua yang berasaskan durian, semua suke!
Mahal ek kt sane..xpe nnti balik sini makan puas-puas..:)