Hari ke- 2 kami di Langkawi adalah hari untuk berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik di Langkawi. Tak ada aktiviti shopping pinggan mangkuk dilakukan pada hari itu.

Antara tempat-tempat yang kami pergi mengikut turutan ialah Makam Mahsuri, Perusahaan Gamat Nusantara, Beras Terbakar, Laksa Power, Langkawi Cable car & Pantai Chenang.

Bagi mengelakkan entry yang terlalu panjang so part 2 ni nak cite pasal Makam Mahsuri dulu. So tak tau la sampai part berapa baru habis entry pasal Langkawi ni hahaha..

Ape-ape pun, sebelum memulakan perjalanan, perut mesti diisi dulu..

-papa dan ayahandanya..ada persamaan ke?


-rupa yang tidak seiring dengan usia..kena ikut petua awet muda mek nih..


-yg kiri belum mandi, yang kanan dah mandi tapi dedua kena mandi semula huhuhu..bangku ngan baju yang makan, bukan adik.. :)


-santainya di tepian swimming pool


-aksi abang mengajak adik mandi..ada sebab kenapa aku tak kasik fahmi mandi..malas cakap lelebih kang kena saman hahaha..


Selepas aktiviti-aktiviti diatas & usaha memandikan serta menyiapkan diaorang selesai, dalam lebih kurang pukul 10 pagi barulah kami keluar untuk memulakan perjalanan..disebabkan makam mahsuri adalah diantara yang terawal kami jumpa masa perjalanan, so kami singgah di situ dulu. Bayaran RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

-masuk je adik terus teruja tengok akak ni main caklempong (betoi ke caklempong tuh?)

-org suh pegang sikit mama nak amik gambo..dia pon pegang sikitt jek..hehe..


-belakang tu lah makam mahsuri


-ini pulak rumah mahsuri


-telaga mahsuri..harus basuh muka, mokyoh sampai kepala pon basuh haha


-sawah padi terbentang luas kt belakang tu..


-dok tengok burung merak


-abang sebenarnya tgh takut merak tu patuk tangan


Cuaca masa ni panas sangat sampai takde mood sangat nak bergambar & rasa nak cepat-cepat je kuar.


Next destination kami ke Perusahaan Gamat Nusantara..

Comments (0)