Friday, April 22, 2011
Cuti-cuti Langkawi - Part 2- Makam Mahsuri
Antara tempat-tempat yang kami pergi mengikut turutan ialah Makam Mahsuri, Perusahaan Gamat Nusantara, Beras Terbakar, Laksa Power, Langkawi Cable car & Pantai Chenang.
Bagi mengelakkan entry yang terlalu panjang so part 2 ni nak cite pasal Makam Mahsuri dulu. So tak tau la sampai part berapa baru habis entry pasal Langkawi ni hahaha..
-papa dan ayahandanya..ada persamaan ke?
-rupa yang tidak seiring dengan usia..kena ikut petua awet muda mek nih..
-yg kiri belum mandi, yang kanan dah mandi tapi dedua kena mandi semula huhuhu..bangku ngan baju yang makan, bukan adik.. :)
-santainya di tepian swimming pool
-belakang tu lah makam mahsuri
-ini pulak rumah mahsuri
-telaga mahsuri..harus basuh muka, mokyoh sampai kepala pon basuh haha
-sawah padi terbentang luas kt belakang tu..
-dok tengok burung merak
-abang sebenarnya tgh takut merak tu patuk tangan
Cuaca masa ni panas sangat sampai takde mood sangat nak bergambar & rasa nak cepat-cepat je kuar.
Next destination kami ke Perusahaan Gamat Nusantara..
Tuesday, April 19, 2011
Cuti-cuti Langkawi-Part 1
Bagi menambah kemeriahan percutian kami, kami ajak mek (MIL), ayoh (FIL) dan mok yoh (mak sedara yg sgt rapat dengan kami). Diaorang memang tak pernah pergi Langkawi so semua excited..aku yang dah 3 kali pergi ni pun excited lelebih..hehe..
Perjalanan kami bermula pada 10/4/2011. Seawal jam 6.30 pagi kami dah berada di Stesen ERL Putrajaya untuk menaiki tren ke KLIA jam 6.50 pagi. Flight kami 8.30 pagi. Web check-in memang sangat memudahkan tak perlu beratur nak check-in. Cuma perlu drop luggage sahaja.
Tengah aku dok survey, diaorang semua nak terkucil la pulak..kat area situ takde tandas..so terpaksa pegi cari tandas ngan kete..sekali jalan punya jalan cari tandas..dh dekat ngan Idaman Suri pulak..so singgah ke Idaman Suri lah dulu..
Dalam kul 5 kitaorang keluar semula..perut lapar tapi bukan pi cari makan..hehe pi ke Ismail Group cawangan lain pulak sbb tak puas hati casserole set vantage kat ismail group yang first pegi tu xde stock..tapi frust kat caw lain pun xde stock gak..kat kedai lain mcm zeno dll ade stock pulak tapi harga dah mahal lebih RM30 dari kedai pak mail..huhu..so casserole set aku KIV dulu..aku pi sambaq hat lain dulu..dapat la 3 set vantage (soup tureen with laddle, 2 tier food tray & pitcher set)..sementara papa nak belanja kan..so tunjuk jangan tak tunjuk hehehe..
Masa kat kedai pak mail tu..adik abang ipar papa (poksu jak) dan wife dia datang jumpa kitaorang..diaorang ni mmg dok kat langkawi sebab poksu jak keje TLDM dan dihantar ke Langkawi. Dioarang pulak memang baik dengan mek..Diaorang jadi guidance kami, tunjukkan kami kedai yang murah..iaitu kedai Ram..ha kalau korang pegi langkawi, cari kedai Ram ni..cawangan ram yang jual kain2 ade kat area kedai pak mail tu jugak..cawangan baru dia yang khas utk pinggan mangkuk pulak ada kat sebelah kompleks pekan rabu..kat kedai dia sudu memang murah, set yang 6 btg tu RM4.90 je..pak mail pun jual RM6 ++. Kain batik pun murah kat Ram..tiga serangkai RM11 je..
Lepas tu, bagi mengisi perut yang lapar, kami ke Medan Selera Nelayan di Bukit Malut. Dulu dah pernah datang sini. Sebab best so mmg dah dari awal plan nak datang lagi kali ni. Tapi unlucky sebab time kami pergi udang & ketam tak ade..yang ada cuma ikan kerapu, sotong dan lala. So ambik yang mana ada je lah kan..
Bersambung di part-2..
Friday, April 8, 2011
Sabah bahhh...
Dalam pukul 8.30 kitaorang gerak untuk visit ke Hospital Likas. Suka session nih. Tapi ada satu part tu, kitaorang dibawa untuk tengok machines di NICU. Sampai kat NICU aku heran pasai apa pengiring2 yang ramai2 tu takmo masuk..aku & kawan2 je yang masuk..Sekali mak sayunya hati kat dalam tu tengok semua budak2 yang critical case (kata NICU kan, awat la hang tak pikiaq dulu sblm masuk cik ct oii)..huhu, at that time terus teringat 2 orang anak yang aku tinggalkan kat rumah & hati aku tak habis-habis berdoa supaya anak-anak aku dijauhkan dari perkara macam yang aku sedang tengok depan mata tu..sayu sangat hati & siyes hampir mengalir mata..
Tak lama aku dalam tu sbb tak sanggup & terus keluar pi sembang ngan depa kat luaq tu (patut la depa takmau masuk sbb depa x sanggup nak tengok). Lepas tu banyak lagi department yang diorang bawak pi tengok machines mcm o&g dept (merata-rata baby nangis hihi) dan emergency dept (sib baik takde patient yang berdarah2 masa tu).
Lepas tu pi melawat site lagi which is dekat-dekat situ jugak..dalam tengahari tamatlah agenda lawatan..
Adeihh..panjangnye entry nih..aku ni kan selalu camtu rasa nak buat entry pendek citer sesikit je..sekali nah hambik ko kalau boleh setiap saat yang berlaku nak citer lam ni haha...ok lah, sekian dulu cerita dari sabah..ada banyak citer nak di citer tapi aku sangat kebizian baik di opis mahupun di rumah...adioss...