Tuesday, August 31, 2010

Baby mama @ 7 months old



Adik dah nak masuk 8 bulan dah pun tapi mama baru nak update perkembangan adik masa 7 bulan...ape daa..
Okie, gambar-gambar ni pun bukan yang latest, gambar ni memang masa adik baru masuk 7 bulan aritu.



Umur 7 bulan, adik dah pandai;

- merangkak secara rasminya dengan cara yang betul

- duduk pun dengan rasminya dan dengan cara yang betul & stabil

- dah pandai panggil "papa" dan "aba" (aba=abang) tp "mama" still tak pandai lagi :(

- dah pandai memanjat untuk berdiri....panjat sofa, tiang, almari, dinding, orang dan semua yang boleh dipanjat...pastu asyik terjatuh je..huhu..


Itu di antara perkembangan adik. Tapi yang merisaukan mama ni, adik kurang makan. Bubur nasik langsung takmau. Adik cuma makan nestum brown rice je. Tapi tu pun sikit je. Itu sebab adik kurus. Masa kat KPJ aritu, paed adik cakap berat adik ni agak merisaukan. Dalam masa sebulan cuma naik 0.2 kg. Sepatutnya umur adik ni dah dalam 8 kg dah berat...adik baru 6++ kg.

Njang adik kata adik ni memang rangka kecik, ikut papa kot. Walaupun camtu, tapi adik sangat aktif, tak duduk diam walaupun sekejap. Penat wooo nak ngejor adik. Maybe sebab tu jugak kot berat adik tak naik banyak, sebab adik lasak.

Rambut adik pun dah panjang. Dah nak tutup mata. Rimas gak mama tengok tapi ada harapan ke boleh potong kalau bawak pi kedai tu. Tengokkan keadaan adik yang lasak camtu macam tak boleh je. Nampaknya mama kena wat tocang la pasni. Ok la, mama doakan adik terus membesar dengan bijak, pandai, comel dan yang penting sihat...

Monday, August 23, 2010

Aku dan Ramadhan

Salam..

Dah masuk hari ke-13, baru nak citer pasal bulan ramadhan..:)
Sempat lagi ke nak ucap selamat berposa? Ada lagi 2 minggu lebih kan so bole la..
Selamat Berpuasa ye u ols..!

Ramadhan kali ni tak seperti tahun-tahun lepas sebab:-

i) Kali ni ada adik...waktu sahur adik teman.. kadang lena, kadang tak :) Macammana pun kena bawak dia turun bawah gak sebab takut dia terjun katil;

ii) Almost every day aku memasak untuk berbuka :D

iii) Dapat pergi terawikh kat surau tepi rumah sbb budak2 ada tukang jaga..

Cerita tentang sebab no. ii tu...tahun ni dapat memasak sebabnya ada bibik. Itu la kelebihan ada bibik ni kan. Tengahari aku akan bagitau dia apa nak dikeluarkan dari peti sejuk, bahan apa nak dipotong dan disiapkan. Balik petang, mandi, sembahyang terus chiaww je dalam kuali. Tahun sebelum ni memang menu PARAM je aku, cuma memasak hari minggu. Tak sempat nak masak dan letih nak ngemas dapur kalo masak. Tapi tahun ni alhamdulillah baru sekali je beli makanan kat param sebab lauk dalam peti dah habis. Tapi papa ada jugak pegi param untuk beli kuih dan air. Nak buat kuih mana sempat kan. Ada jugak hari yang tak memasak sebab berbuka di luar.

So far banyak gak aku try masak masakan yang tak pernah cuba. *Dah tua ni baru nak cuba* :) Alhamdulillah first time cuba tapi rasanya sedap. *angkat bakul tak tahan*

Tapi takdelah pulak nak fikir nak ambil gambar ke ape kan..cuma semalam je terpikir nak ambil gambar nasi tomato ni..



Ini menu semalam ye, nasi tomato, ayam masak merah bersantan, daging panggang, air asam. Pencuci mulut agar-agar santan dan jus tembikai laici. Nasi tomato tu first time try, senang je rupanya, resepi dalam majalah RASA edisi ogos..cuma nasinya suppose guna beras bashmati tapi aku guna beras biasa je.

Jadual menu untuk seminggu ni pun dah ada so hopefully aku dapat masak seperti yang dirancang without fail, heheh. Tapi jumaat ni rasa nak pi param lagi, teringin nasi kerabu sedap aritu...
Sempena anniversary hari ni, chef de mama cuti masak ye..heheh..
Jenuh pikir nak makan kat mana akhirnya teringat buffet ramadhan @ picc..tak pernah try lagi before this. Disebabkan papa nak belanja boleh aje..:)

Just 3 of us, adik tinggal di rumah. Foods memang superb di sini, banyak sangat sampai taktau nak amik mana dulu. We end up with foods yang tak terlalu heavy, rasa itu sikit, ini sikit dah kenyang. Nasik yang lauknya melambak tu langsung tak disentuh. Sambil makan dihiburkan plak oleh pakcik-pakcik kumpulan ghazal..best!

Lagi sekali, thanks a lot papa coz belanja kami celebrate our 5th anniversary @ picc..seronok jugak anniversary time bulan posa ekk..dapat makan-makan cam gini..so far dah dua kali sambut anniversary dalam bolan posa. Tahun lepas kami celebrate di Holiday Villa Subang..


ini sebenarnya dah lepas kekenyangan..



antara foods yang sempat merasa sebelum perut rasa nak pecah


dan sebelum balik..
21 Ogos 2010, dah masuk tahun ke-5 perkahwinan kami..
Alhamdulillah, syukur kerana diberi kebahagiaan bersama dua orang anakanda yang tercinta..
Alhamdulillah kerana diberi kesempurnaan hidup walaupun tidaklah bermewahan namun memadai dengan apa yang ada. Semoga perkahwinan ini terus diredhai, dijauhi dari badai dan gelora.
"Jadikanlah kami pasangan yang soleh dan solehah, eratkanlah kasih sayang antara kami, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan murahkanlah rezeki kami ya Allah..

Amin ya rabbul a'lamin.."



Friday, August 13, 2010

Birthday papa pulak

8 Ogos 2010, birthday papa yang ke-30, jatuh pada hari ahad.
Kali ni kak chil sefamily datang tidur di rumah sebab hari sabtu kitaorang konvoi ke nilai, ada kenduri.

Sabtu malam tu kitaorang celebrate birthday papa di Restoran Saba' Cyberjaya, makan nasik arab. Lagipun bawak family kak chil makan kat situ, dah lama dah niat tertangguh. Papa open table malam tu. (Birthday mama papa belanja, birthday papa pun papa yang belanja..hehe)

Keesokan paginya, bagitau papa nak ke pasar padahal tujuan sebenarnya nak pergi beli kek..pasar pun pergi jugak. Balik je, terus seperais kat papa. Kali ni ramai yang nyanyi kan lagu birthday untuk papa masa cake cutting.

Petang pulak, kitaorang ke sunway pyramid, geng lelaki nak tengok wayang. Disebabkan seat tak cukup, kitaorang yang pompuan jalan-jalan kat dalam sunway tu je sambil shopping sikit-sikit. Lepas wayang dah habis, kitaorang ke popular untuk beli hadiah papa. Papa wish nak buku citer favourite dia. So aku pun suh la papa pilih sendiri dia nak yang mana. Jadi la kan pa, mama tak cukup budget nak beli hadiah mahal, so buku citer pun jadi la asalkan papa suka :) Nanti mama belikan lagi ek buat bekal papa baca dalam train.

So ini antara gambar masa birthday papa...gamba makan-makan ngan adiah lupe plak nak snap. Nanti-nanti nak snap gambar adiah untuk papa tu n tepek kat sini kendian.


kek pun kecik je, cukup la untuk kami 2 family..


yang baju kuning tu yang beria nak tiup lilin


dia jugak yang beria potong kek, perasan birthday dia lagi la tu


nyum nyum..


abaikan muka yang ala-ala santai dok kat umah dan ada yg blom mandi tu hehe

So, SELAMAT HARI JADI PAPA...semoga tuhan panjangkan umur papa, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..amin ya rabbal a'lamin..

Thursday, August 12, 2010

My 30th birthday..

Birthday ku yg ke-30...
Alhamdulillah, kali ni sambut birthday tambah lagi sorang iaitu adik. Adik tukang gelak je bila abang & papa nyanyi lagu besday untuk mama. Birthday kali ni papa janji nak bawak pergi pavilion, beli present kat sana. *ini kes asyik perli papa, bila nak bawak mama pi pavilion..asyik papa je pegi (dkt ngan opis dia ye)*
Tapi tunggu weekend coz birthday aku jatuh hari rabu.

Pada malam kejadian birthday iaitu hari rabu, kitaorang celebrate dulu. Makan kat secret recipe je pun..takde otel mahal2 ye.


Kek pun 1 slice je...sapa nak makan banyak2 kan..tapi kek dah habis baru teringat nak snap gambar..


ini untuk fahmi


ini untuk papa


dan ini untuk mama..


perasan ingat birthday dia la tu..


*entry ni buat time puasa..terliur plak tgk mknan ni*


tuan punya birthday

Siri ke-2 (weekend)

Seperti yang dijanjikan oleh papa, weekend kitaorang ke pavilion lah. First time pi pavilion, mesti la best kan. Sampai je, terus hunting for birthday present.


dua orang budak yang tengah tunggu mama pilih present


Bila dah dapat, agenda untuk makan-makan petang pulak. So kitaorang ke Rain Nudle House.


Papa & adik sementara menunggu foods sampai..

Dah siap makan, papa kata nak hunting for fahmi's gift pulak. Memang fahmi tak dapat apa-apa lagi birthday gift from papa & mama. So we all jalan kaki ke Sungei Wang Plaza. Dah lama tak tengok suasana area Jalan Bukit Bintang, so aritu seronok sangat rasanya. Bibik pun ikut, dia pun sonok gak. Kalo tak sebelum ni asyik tanya, "buk, kl tu di mana?" Kat situ, aku pun tunjuk la kl tu camne kan..dia pun heran ramai bangat orang..."ntah dari mana datangnya orang2 ini ya buk".. :)


Kat depan pavilion, sblm ke sg wang plaza


Ramai betoi org amik gambar kat air ni..


Gambar ni Fahmi snap...hehe, kira bole la..


Tak sampai satu jam di sg wang plaza, kitaorang pun berjalan semula lah ke pavilion..kete kan parking kat situ. So ini gambar budak bersama present yang baru dapat.

*adik maintain tido dr on the way ke sg wang sampai balik ke pavilion*


Sebelah balik pun still snap gambar kat air ni tp angle lain lak..nampak pavi..

Lepas tu baru la balik umah, malam baru sampai umah...semua pun dah keletihan, tapi semua seronok..


Dan ini present dari papa untuk mama..thanks a lot papa

Tapi si bujang tu dapat present lagi mahal dari mama punya..jeles mama :D


Nintendo DS..

Thanks a lot papa kerana telah menceriakan hidup kami..hihi...birthday papa pun dah lepas jugak 8/8/10 yang lalu...nanti mama update pasal birthday papa plak..

31 Julai (Sabtu) lepas pi kenduri kitaorang decide bermalam di subang, umah kak chil. Biasa la, sekali sekala tukar angin best ape..then malam tu kitaorang ke i-city. Teringin nak pegi sebab asyik dengar citer orang je pasal tempat ni. Orang yang jauh-jauh semua dah pegi.


Tapi tak puas rasanya posing2 kat situ sebab hari hujan..mula-mula renyai je, bantai redah je...sekali makin lebat la pulak..sempat pusing-pusing seround je..tapi memang cantik la lampu-lampu di i-city ni..kagum je rasa. Berapa agaknya ye diaorang bayar bil letrik sebulan..hehe.


Rasanya ada yang kena datang lagi ni..banyak tempat yang tak sempat posing hari tu..sapa yang tak pernah pegi lagi tu baik la cepat sebelum diaorang kenakan bayaran masuk pulak..dulu semua free, masa kitaorang pegi dah kena bayar RM 10 satu kereta untuk masuk parking. Tapi dapat voucher RM10 utk beli anything di kedai-kedai kat atas tu..so still dapat balik pulangannya. Tak mustahil nanti dikenakan bayaran masuk pulak kan...so cepat-cepat lah ke i-city..