Friday, April 30, 2010

Cemas. Menakutkan.


Tajuknya pun dah cemas kann..

Ye...hari ni kami melalui satu peristiwa cemas dan menakutkan..

Camne nak mula yek..

Ok actually kisah ni start masa aku on the way balik dari shah alam. Aku ke shah alam bersama dengan opis mate aku, halim atas urusan kerja. It's about 11 ++ am.. kami di highway elite dan sudah hampir sampai ke Putrajaya. Tiba-tiba, aku terima call dari "Full House" (tepon umah aku la, gatei buh full house..kata peminat cite tu kann..)

Bila aku angkat, sangat riuh dan bising bunyi suara di rumah. Suara adik menangis yang amat kuat. Sayup-sayup dengar suara bibik jerit bagitau adik nangis tak berenti. Aku terus bagitau yang aku akan balik dan minta bibik cuba pujuk adik dulu. Lepas telefon diletak, hati aku terus berdebar. Dalam fikiran macam-macam terfikir. Adik jatuh ke, Fahmi buat adik ke atau apa.. terus aku bagitau halim. Kereta dipecut laju. Dalam pada tu, aku call papa. Papa kata, dia akan call bibik.

Pada mulanya, plan sampai ofis, ambik kete dan pecut balik umah untuk tengok adik. Tapi sebab risau sangat jadi aku minta halim terus bawa aku balik umah sebab dah dekat dah ngan umah kalau nak compare kena balik opis dulu. Nasib baik halim tak kisah. Dia tau aku panic. Then, terima call dari papa. Papa bagitau dia call umah dan adik dah berenti nangis. Lega sangat hati aku masa ni. Dan papa bagitau adik nangis sebab bibik potong kuku tapi terkena jari adik. Lega lah jugak sebab aku takut sangat kalau-kalau adik jatuh. Dalam hati aku, mesti terkena sikit je tu.

Sampai kat depan umah, bibik, adik & fahmi ada kat luar, mungkin baru lepas pujuk adik supaya diam. Aku turun dan lega sikit bila tengok adik diam dan comel seperti biasa. Tapi.......tetiba darah aku berdesup naik ke otak bila aku mula perasan yang kesan darah banyak sangat. Penuh di seluruh tapak tangan dan belakang tangan dia, tangan bibik dan di kain gendong. Ibu jari adik dibalut plaster. Aku hanya intai sikit je dan nampak darah masih banyak. Aku semakin panic. Ini bukan sikit. Terpaksa guna khidmat halim lagi untuk bawa ke klinik. Masa ni agak kelam kabut coz semua cemas. Aku masuk ke dalam rumah sekejap untik matikan tv dan kipas. Masa ni tiba-tiba fahmi tanya:

"Ma, ami ikut ke tak...?"

"Ye, ikut.."

"Ma...ami takutkan adik..." (ayat sepatutnya "ami risaukan adik"..tapi beselah tu, masih tak dapat gunakan perkataan yang betul...hehe). Dan dia nangis dalam keadaan yang amat sedih.

Masa tu aku rasa sangat touching. Walaupun dia suka buat adik, tapi dia sangat sayangkan adik sebenarnya. Aku dukung dia dan pujuk.

"Diamlah. Adik tak apa-apa...mama pun risaukan adik. Kita bawak adik pegi klinik ye."

Rasa nak nangis dah aku masa tu. Kesian fahmi. Ye la, dia kan saksi kejadian. Of course dia juga takut dan cemas.

Kami pergi ke klinik Lita Alis. Sampai sana, orang ramai. Kami minta supaya dapat jumpa doktor dulu, emergency case.

Masuk bilik doktor, adik masih dalam dukungan bibik. Bukan aku tak mau ambik adik langsung. Tapi aku rasa better biar dia dengan bibik sebab aku ni cepat panic. Silap-silap aku yang pengsan nanti. Bukan sebab takut darah, tapi terlampau panic.

Doktor cuci tangan dan jari jemari adik yang penuh dengan darah. Bila dah clear, baru nampak lukanya di mana. Rupanya darah masih belum berenti mengalir. Sekali lagi aku rasa darah aku naik ke otak sebab risau. Bukan sebab mabuk darah ye. Doktor picit, letak ubat dan balut. Dia ajar apa yang kami perlu buat supaya stop bleeding. Dan dia pesan, kalau sampai petang balutan dipenuhi darah (means darah masih keluar), segera bawa ke hospital.

Dalam hati aku kesian sangat kat adik. Kecik-kecik lagi dan cedera macam tu. Bukan sikit darah dia dah keluar. Rasa tak puas hati dan marah pada bibik pun ada. Sebab careless. Rasa nak marah tapi kesian pulak bila tengok dia (bibik) panic, takut dan kalut. Tak sampai hati nak marah. Aku tau dia tak sengaja. Even dia pun nangis masa sebelum aku sampai umah tu. Tak sampai hati nak marah, aku cuma sound sikit-sikit je. Sebagai pengajaran.

Menurut bibik, dia nampak kuku di ibu jari adik tu dah terkopek (nak lekang). Kuku masih lembut kan memang camtu bila panjang sikit. Jadi, dia takut adik tertelan kuku tu sebab adik suka masukkan jari dalam mulut. Jadi, dia pun decide nak potong kuku tu sahaja sambil gendong adik. Masa potong tu lah dia dah terpotong isi sikit.

Aku sound:

"Apsal tak bubuh sarung tangan je kan senang."

Sebab kerja memotong kuku anak memang kerja aku. Masa tengah buat kerja di shah alam, aku terpandang kuku aku yang panjang. Masa tu aku terdetik niat nak memotong kuku aku, fahmi dan adik petang/malam nanti sebab hari ni kan hari jumaat. Memang aku biase potong pada hari jumaat. Dan aku hanya akan potong kuku adik pada waktu malam, masa dia nyenyak tidur. Masa tu dia mmg dok diam sebab dia nyenyak. Even waktu dia tidur siang pun tak boleh coz siang biasa dia kurang nyenyak dan akan sedar kalau orang usik-usik or pegang dia. Macammana la bibik ni boleh terniat nak potong kuku dia time dia tak tidur. Aku sendiri pun tak berani. Takpelah, aku maafkan dia. Dah takdir. Dia bukan sengaja pun dan nampaknya dia macam menyesal dan berkali-kali dia dok cakap kat adik yang dia sayang adik masa dia tengah panic tu. Mesti dia trauma dan hopefully lain kali dia akan lebih berhati-hati.

Aku half day. Petang tak masuk ofis. Aku ketar sampai ke petang. Bleeding pada jari adik sentiasa di monitor. Alhamdulillah, balik dari klinik tu, dah stop bleeding. Cuma aku takut ada effect lain. Aku perhatikan jari adik dan nampaknya jari tu dapat digerakkan. Alhamdulillah. Adik pun dah bergelak ketawa macam biasa. Tapi kami still control jari dia agar tak bleeding lagi sekali. Takut jugak kan.

Nampaknya adik tengah nyenyak tidur sekarang ni. Kuku dia yang lain masih belum dipotong. Sedikit sebanyak aku pun trauma. Lain kali je la ek adik. Tunggu takut dan ketar mama ni hilang dulu. Adik pakai je mittens tu dulu ye. Semoga jari adik sembuh seperti sedia kala dan tiada kesan lain yang merbahaya. Mama sentiasa doakan adik dan abang sihat selalu.

Sepatutnya aku ambil gambar masa tangan adik penuh dengan darah tu. Baru la korang yang baca ni dapat membayangkan betapa panicnya kami masa tu. Tapi biasa lah, bila dah panic..takkannya aku nak ambik gambar kan. Tak sanggup lagipun nak tengok keadaan adik macam tu. Gambar yang ada ni pun diambil setelah keadaan dah tenang di rumah. Masa baru balik klinik.

Ok la anty-anty semua, doakan kesihatan dan keselamatan adik ye..


Setelah macam-macam kes lately (chicken pox, HFMD dan kisah adik ni), aku rasa cam "panas" je kan..maksud aku bukan panas cuaca..cuaca dah sememangnya panas x dapat disangkal lagi...tapi "panas"yang ala-ala gitu tu...hmmm..betoi ke atau ni cuma andaian aku je ek..

Comments (9)

On May 1, 2010 at 11:08 AM , yantz-yeem said... [Reply to comment]

alahai cainnya adik...mmm kekadang benda tu x disengajakan....kita riso mmg rs nak marah pon yea...cpt2 adik smebuh yea...

acu..panas yg ala-ala tu apa???x paham...hehehehe

 
On May 3, 2010 at 9:04 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

Panas ala-ala nasi ujan panass..hehehe..nanti kot ada mood nk citer pasal panas ni...

 
On May 3, 2010 at 11:03 AM , ctsfin said... [Reply to comment]

alaa..cian kat anak dara tue.. hope cepat2 la sihat jari tue.. pesan je kat bibik biar ct je yg potong.. atun kat taska pun dah bgtau kat teacher dia, takyah potongkan kuku qaseh. Klu cikgu dia potong, sian tgk kuku anak dara tue.. pendek benor sampai nak ke isi..

 
On May 3, 2010 at 12:50 PM , Myalycia said... [Reply to comment]

alahai, ciannya adik..
bab potong kuku mmg bab yg paling susah skali nak buat..even adam dah besar ni pun, aku potongkan kuku dia time malam.. time dia dah tido.. so lebih safe..

 
On May 3, 2010 at 2:34 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

atun ~ rasanya bibik tu mmg dh trauma tu.. pasni dia mesti takkan potong kuku adik dah..

zur ~ mmg susah kan..setiap kali nak potong mmg bedebor rase, tambah lg lepas kejadian tu..kuku dia dh pnjg sgt tapi ct takuttt sgt nk potong..huhu..

 
On May 7, 2010 at 10:46 PM , My_Aqeelah said... [Reply to comment]

kuikuikiu..achu, laki aku pun pernah time potong kuku terluka kena jari anak aku (masa tu anak aku kecik lagi, aku memang surrender la) semenjak tu dia tak nak potong kuku anak aku dah. anak aku pun lepas je kena tu dekat stengah ari trauma kat abah die. memang darah banyak kuar, aku pupuk ngan minyak gamat terus brenti :D
skang ni aku yang potong kuku die, la ni dah besau ok la skit.

hehehe byk la kau bebel lupa bagi salam..ni g-ah lar. cheers.
*SLAmaT ArI Ebu*

 
On May 10, 2010 at 9:03 AM , mizz-siti said... [Reply to comment]

Woit g-ah...awat x habaq hang ada blog...
G-ah, rasanya yang sesuai memotong kuku anak ni ialah para ibu sbb lembut dan sopan santun..kalo bapak2 ni dia wat ala-ala nak motong kuku dia lak kang...laki aku lg la surrender dr fahmi kecik sampai dh besar dah ada adik pun dia x pernah potong kuku anak...hehehe..

 
On May 10, 2010 at 10:38 AM , My_Aqeelah said... [Reply to comment]

aku ni teblk. masa pantang aku takut kemain ngan baby. nak mandikan pun tgu abis 40 ari baru aku mandikan. kalo tak laki aku & mak aje yg buat. tu psl potong kuku pun laki aku yg buat hehehe.
aku jarang hapdet blog aku lar...tak sempat. segan nak habaq. hehehe

 
On May 10, 2010 at 4:30 PM , mizz-siti said... [Reply to comment]

kuikui...baguih la laki hang..
tapi si arissa ni, aku dah tak reti nak mandikan. sebabnya kan ade bibik. dr lam pantang bibik dok mandikan....sekali aritu aku nak mandikan & basuh berak dia pun tak reti...huhuhu..tak patut betoi la..