Friday, April 30, 2010

Cemas. Menakutkan.


Tajuknya pun dah cemas kann..

Ye...hari ni kami melalui satu peristiwa cemas dan menakutkan..

Camne nak mula yek..

Ok actually kisah ni start masa aku on the way balik dari shah alam. Aku ke shah alam bersama dengan opis mate aku, halim atas urusan kerja. It's about 11 ++ am.. kami di highway elite dan sudah hampir sampai ke Putrajaya. Tiba-tiba, aku terima call dari "Full House" (tepon umah aku la, gatei buh full house..kata peminat cite tu kann..)

Bila aku angkat, sangat riuh dan bising bunyi suara di rumah. Suara adik menangis yang amat kuat. Sayup-sayup dengar suara bibik jerit bagitau adik nangis tak berenti. Aku terus bagitau yang aku akan balik dan minta bibik cuba pujuk adik dulu. Lepas telefon diletak, hati aku terus berdebar. Dalam fikiran macam-macam terfikir. Adik jatuh ke, Fahmi buat adik ke atau apa.. terus aku bagitau halim. Kereta dipecut laju. Dalam pada tu, aku call papa. Papa kata, dia akan call bibik.

Pada mulanya, plan sampai ofis, ambik kete dan pecut balik umah untuk tengok adik. Tapi sebab risau sangat jadi aku minta halim terus bawa aku balik umah sebab dah dekat dah ngan umah kalau nak compare kena balik opis dulu. Nasib baik halim tak kisah. Dia tau aku panic. Then, terima call dari papa. Papa bagitau dia call umah dan adik dah berenti nangis. Lega sangat hati aku masa ni. Dan papa bagitau adik nangis sebab bibik potong kuku tapi terkena jari adik. Lega lah jugak sebab aku takut sangat kalau-kalau adik jatuh. Dalam hati aku, mesti terkena sikit je tu.

Sampai kat depan umah, bibik, adik & fahmi ada kat luar, mungkin baru lepas pujuk adik supaya diam. Aku turun dan lega sikit bila tengok adik diam dan comel seperti biasa. Tapi.......tetiba darah aku berdesup naik ke otak bila aku mula perasan yang kesan darah banyak sangat. Penuh di seluruh tapak tangan dan belakang tangan dia, tangan bibik dan di kain gendong. Ibu jari adik dibalut plaster. Aku hanya intai sikit je dan nampak darah masih banyak. Aku semakin panic. Ini bukan sikit. Terpaksa guna khidmat halim lagi untuk bawa ke klinik. Masa ni agak kelam kabut coz semua cemas. Aku masuk ke dalam rumah sekejap untik matikan tv dan kipas. Masa ni tiba-tiba fahmi tanya:

"Ma, ami ikut ke tak...?"

"Ye, ikut.."

"Ma...ami takutkan adik..." (ayat sepatutnya "ami risaukan adik"..tapi beselah tu, masih tak dapat gunakan perkataan yang betul...hehe). Dan dia nangis dalam keadaan yang amat sedih.

Masa tu aku rasa sangat touching. Walaupun dia suka buat adik, tapi dia sangat sayangkan adik sebenarnya. Aku dukung dia dan pujuk.

"Diamlah. Adik tak apa-apa...mama pun risaukan adik. Kita bawak adik pegi klinik ye."

Rasa nak nangis dah aku masa tu. Kesian fahmi. Ye la, dia kan saksi kejadian. Of course dia juga takut dan cemas.

Kami pergi ke klinik Lita Alis. Sampai sana, orang ramai. Kami minta supaya dapat jumpa doktor dulu, emergency case.

Masuk bilik doktor, adik masih dalam dukungan bibik. Bukan aku tak mau ambik adik langsung. Tapi aku rasa better biar dia dengan bibik sebab aku ni cepat panic. Silap-silap aku yang pengsan nanti. Bukan sebab takut darah, tapi terlampau panic.

Doktor cuci tangan dan jari jemari adik yang penuh dengan darah. Bila dah clear, baru nampak lukanya di mana. Rupanya darah masih belum berenti mengalir. Sekali lagi aku rasa darah aku naik ke otak sebab risau. Bukan sebab mabuk darah ye. Doktor picit, letak ubat dan balut. Dia ajar apa yang kami perlu buat supaya stop bleeding. Dan dia pesan, kalau sampai petang balutan dipenuhi darah (means darah masih keluar), segera bawa ke hospital.

Dalam hati aku kesian sangat kat adik. Kecik-kecik lagi dan cedera macam tu. Bukan sikit darah dia dah keluar. Rasa tak puas hati dan marah pada bibik pun ada. Sebab careless. Rasa nak marah tapi kesian pulak bila tengok dia (bibik) panic, takut dan kalut. Tak sampai hati nak marah. Aku tau dia tak sengaja. Even dia pun nangis masa sebelum aku sampai umah tu. Tak sampai hati nak marah, aku cuma sound sikit-sikit je. Sebagai pengajaran.

Menurut bibik, dia nampak kuku di ibu jari adik tu dah terkopek (nak lekang). Kuku masih lembut kan memang camtu bila panjang sikit. Jadi, dia takut adik tertelan kuku tu sebab adik suka masukkan jari dalam mulut. Jadi, dia pun decide nak potong kuku tu sahaja sambil gendong adik. Masa potong tu lah dia dah terpotong isi sikit.

Aku sound:

"Apsal tak bubuh sarung tangan je kan senang."

Sebab kerja memotong kuku anak memang kerja aku. Masa tengah buat kerja di shah alam, aku terpandang kuku aku yang panjang. Masa tu aku terdetik niat nak memotong kuku aku, fahmi dan adik petang/malam nanti sebab hari ni kan hari jumaat. Memang aku biase potong pada hari jumaat. Dan aku hanya akan potong kuku adik pada waktu malam, masa dia nyenyak tidur. Masa tu dia mmg dok diam sebab dia nyenyak. Even waktu dia tidur siang pun tak boleh coz siang biasa dia kurang nyenyak dan akan sedar kalau orang usik-usik or pegang dia. Macammana la bibik ni boleh terniat nak potong kuku dia time dia tak tidur. Aku sendiri pun tak berani. Takpelah, aku maafkan dia. Dah takdir. Dia bukan sengaja pun dan nampaknya dia macam menyesal dan berkali-kali dia dok cakap kat adik yang dia sayang adik masa dia tengah panic tu. Mesti dia trauma dan hopefully lain kali dia akan lebih berhati-hati.

Aku half day. Petang tak masuk ofis. Aku ketar sampai ke petang. Bleeding pada jari adik sentiasa di monitor. Alhamdulillah, balik dari klinik tu, dah stop bleeding. Cuma aku takut ada effect lain. Aku perhatikan jari adik dan nampaknya jari tu dapat digerakkan. Alhamdulillah. Adik pun dah bergelak ketawa macam biasa. Tapi kami still control jari dia agar tak bleeding lagi sekali. Takut jugak kan.

Nampaknya adik tengah nyenyak tidur sekarang ni. Kuku dia yang lain masih belum dipotong. Sedikit sebanyak aku pun trauma. Lain kali je la ek adik. Tunggu takut dan ketar mama ni hilang dulu. Adik pakai je mittens tu dulu ye. Semoga jari adik sembuh seperti sedia kala dan tiada kesan lain yang merbahaya. Mama sentiasa doakan adik dan abang sihat selalu.

Sepatutnya aku ambil gambar masa tangan adik penuh dengan darah tu. Baru la korang yang baca ni dapat membayangkan betapa panicnya kami masa tu. Tapi biasa lah, bila dah panic..takkannya aku nak ambik gambar kan. Tak sanggup lagipun nak tengok keadaan adik macam tu. Gambar yang ada ni pun diambil setelah keadaan dah tenang di rumah. Masa baru balik klinik.

Ok la anty-anty semua, doakan kesihatan dan keselamatan adik ye..


Setelah macam-macam kes lately (chicken pox, HFMD dan kisah adik ni), aku rasa cam "panas" je kan..maksud aku bukan panas cuaca..cuaca dah sememangnya panas x dapat disangkal lagi...tapi "panas"yang ala-ala gitu tu...hmmm..betoi ke atau ni cuma andaian aku je ek..

Wednesday, April 14, 2010

Perkembangan si anak dara plak..

Weeehaa...lama gak dah tak update pasal perkembangan anak daraku, Arissa..

Tup tap tup tap 08.04.09 aritu dah genap 3 bulan umurnya...alhamdulillah, anak mama diberi kesihatan yang baik...sebenarnya arissa baru je baik dari chicken pox yang mana terjangkit dari abangnya..tapi anak mama ni bagus coz dia very strong...takde meragam, panas badan pun tak tinggi sangat tapi mama still kena ambik cuti coz nak monitor demamnya..lebih kurang seminggu baik lah chicken poxnya..lanjutan daripada tu imunisasi nya pun terpaksa ditangguhkan..23/4 nanti baru boleh cucuk..dokto cakap at least 1 month after dia kena chicken pox coz kalau cucuk dalam jangka masa tu ibarat mencurah air ke daun keladi...tak beri effect pun..

Anak dara ni sebenarnya dah pandai meniarap pada 04.04.10, 4 hari sebelum umurnya genap 3 bulan...cayalah adik..sempat juga mama record aksi adik meniarap aritu...masa tu kami di kampung...tapi itu je la sekali..kat umah sini taknak pulak dia tunjuk skill dia tu...maybe sebab asyik duk lam buai je kot..

Cerita pasal brestfeeding (BF) pulak..huhu...sedihnya...mama hanya dapat fully BF adik sampai 3 bulan sahaja..sekarang dah terpaksa campur dengan susu formula..dan kes ini tercetus gara-gara :-

1) Adik sangat kuat minum susu (demand is more than supply)

2) Tiada port yang betul-betul sesuai di opis..port biasa di miting room tp bila ada org guna bilik tu maka projek tak berjalan...so jadual waktu pengepaman pun terabai...akibatnya Breast Milk (BM) pun berkurangan la kan..

3) Weekdays adik lebih diberi BM melalui botol, ye la kan mama keje...bila dah selalu camtu, dia langsung REJECT direct feeding...ohoho...ini sangat2 sedih okeh...so penghasilan BM tak berapa bagus la coz the best pump is the baby itself kan..huhu...tapi mama tak putus asa...still mengepam untuk bekalan adik..

4) Bila dah reject direct feeding, makanya malam pun terpaksa diberi stok BM yang dipam..jadi tak terkejar mama nak buat stok..huhu..at last, pada 13.04.10 mama terpaksa mengeluarkan susu Biolac yang mana memang dah spare untuk tujuan kecemasan...sedih tau...tapi nisbah BM masih lebih dari susu formula yang diberi pada adik...alhamdulillah...semoga mama terus dapat bekalkan susu yang terbaik untuk adik...

Bukan mudah rupanya bagi ibu-ibu yang bekerja ni nak BF..banyak halangan dan pengorbanan yang perlu dilakukan...semangat pun kena kuat..aku salute pada working mother di luar sana yang exclusively breastfeed their baby dengan jayanya..

Itu pasal BF adik...

**********************************************************
Lagi satu yang buat mama sedih ialah dia lebih manja dengan bibik (ini lagi sangat2 sedih)...bayangkan kalau dgn mama nangis tak hengat punya tapi bila bibik pegang je terus senyap & tido...huhu..terasa sangat...rasa cam nak merajuk je ngan adik..heheh..papa selalu je pujuk mama...papa cakap biasa la budak...dah dia lebih banyak masa dengan bibik, of course dia lebih manja dengan orang yang selalu dengan dia...dia kan kecik lagi...masih tak faham ape-ape...itulah...terpaksa la terima kan...so bila ada di rumah, mama seboleh-bolehnya nak luangkan masa ngan adik je...

Pasal sembang nombor satu...kalau diagah, bukan main lagi gelaknya
Yang tak bestnya adik ni susah nak di bawa berjalan coz biasa tido buai...huhuuuu....ini lah sebab utama aku taknak ajar dia tido buai tu...tapi panjang ceritanya kalau nak story kat sini kenapa adik terpaksa dibelikan buai...huh...very upset...

Itu lah dia sedikit cerita pasal adik....semoga adik terus membesar dengan sihat dan bijak...be a good gurl ya adik...love u so muuucchhhh...muahhh!!



Friday, April 9, 2010

I feel so down..

Ye, aku rasa sangat2 DOWN sekarang ni..

Perasaan macam ni biasanya datang bila anak sakit...baru je bulan lepas aku rasa camni masa dapat tau anak kena chicken pox...hari ni sekali lagi aku dikejutkan...

Petang tadi kami ke KPJ Kajang untuk ambil Pneumococcal vaccination pada fahmi dan adik sebenarnya...tapi lain pulak berita yang kami terima di sana..paed mengesahkan yang fahmi dijangkiti penyakit HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut)..sebelum tu aku sangkakan hanya ulser biasa di mulut dia tu, cuma yang hairannya ada bintik2 di kaki dan tangannya jugak..ingatkan effect dr chicken pox aritu..mujur la kebetulan pi jumpa paed..kalo tak sampai ke sudah tak tau..mungkin fahmi terjangkit dari bebudak skool dia..dah kena, nak buat cemane lagi kan...just jaga demam dia dan letak ubat kat ulcer tu je la..

Yang paling membuatkan aku rasa DOWN giler ialah sebab paed cakap penyakit ni senang berjangkit...dan boleh terkena pada adik jugak..thats make me really sad...paed suh jaga kebersihan, fahmi takleh pegang adik, mama or bibik nak pegang adik pun kena cuci tangan dulu...tapi ingat senang ke..dah namanya duk serumah..aku baca dari internet penyakit ni boleh berjangkit dari air lur, hingus dan cecair ulcer..so bayangkanlah setiap barang kat umah berkemungkinan dah terkena air liur/hingus fahmi especially barang2 dia..jadi kalau kita pegang barang tu dan lepas tu pegang adik pun boleh jangkit jugak..susah kan? Buat masa sekarang memang itu la yang aku lakukan, cuci apa yang patut dengan antiseptic..cuci tangan before pegang adik, salin/tukar baju kalau betul2 nak pegang adik...kalo tak, adik dengan bibik je la...mama dengan fahmi...huhu...sedih kan...

Doa dan ayat pendinding dah aku bacakan...selebihnya aku tawakkal sahaja...aku harap tak jangkit la kat adik...paed cakap kalau adik yang kena mesti dia takmo minum susu...so kalo takmo minum susu mesti kena masuk wad..adik dah la baru je baik chicken pox..semoga tuhan lindungi adik dari terkena jangkitan ni...

Please pray for us..semoga anak-anak mama sihat sentiasa...
Sejak petang tadi sampai la ke malam hari air mata aku asyik mengalir...aku yang rasa nak demam plak...

Thursday, April 8, 2010

Peringatan dan renungan untuk aku

Sedang aku leka mengadap pc, tetibe datang sorang officer dan minta aku baca satu tajuk dari buku yang dia pinjam:-

"BERBUAT BAIK TERHADAP PEMBANTU ATAU ORANG-ORANG TERDEKAT"

RASULULLAH s.a.w bersabda bermaksud:-

"Barangsiapa yang merasa saudaranya berada di bawah kekuasaannya maka hendaklah ia memberi makan seperti apa yang ia makan, memberi pakaian seperti apa yang ia pakai dan janganlah kamu menuntut mereka untuk mengerjakan apa yang mereka tidak mampu, serta bila kamu menyuruh mereka untuk mengerjakan pekerjaan yang berat maka bantulah mereka"
(HR. Bukhari, Muslim)

"Apabila pembantu (pekerja) salah seorng di antara kamu menyajikan makanan, maka bila pekerja itu tidak disuruh duduk untuk makan bersama-sama dengannya maka hendaklah ia memberikan sesuap atau dua suap makanan itu kepad pekerjanya kerana sesungguhnya pekerja itulah yang memasak makanan tersebut."
(HR. Bukhari)

Entry ni aku dedikasikan kepada kawan2 yang ada maid kat umah termasuk la diri aku sendiri..tetiba rasa bersalah bersarang di hati sebab kadang-kadang ada termarah bibik & aritu aku suh dia panjat tangga cuci kipas..dia sampai gerun panjat tangga tu sbb badannya besar, tangga tu kecit...bukan taknak tolong, dia wat kerja time subuh..kekadang tu aku x bangun lagi...huhu..tapi bab makan & pakai dia memang la aku bagi...dan kalau ada duit lebih akan aku belikan lebih lagi pakaian untuk dia..dia kan orang susah..

Mudah-mudahan entry ni akan sentiasa menjadi ingatan utk aku supaya sentiasa berbuat baik terhadap maid..dan semoga dia pun selalu berbuat baik terhadap aku & family terutamanya dalam menjaga anak-anakku...aminn..
Wahh...macam tajuk lagu lak...

Rentetan SMS aku dan papa petang semalam:

aku
: Abg blk kul bape?
papa: Tak tau lagi. Nape?

aku: X de ape..boring la. Sblm abg pi Penang belikan la ayg laptop..dah terbayang keboringan ayg tanpa abg di sisi..:)
papa: Kite pi beli kat seng heng alamanda

aku: X rugi ke beli kat situ bang? X mahal ke? Ade free gift ke?
papa: Abis tu nak carik kat mana yang. Situ jek yang ade.

aku: Kita pi ushar, kalo ok beli jek la.
papa: Ok

aku: Bile nak pi?
papa: Tgk le. Malam ni ka.

dan kesudahannya...jeng jeng...
.

.

.

Dapat gak HP Pavilion idaman hati in white color...huhu..thanks papa..leh la online kat umah..bila la pulak abg streamyx ni nak mai pasang line...janji minggu ni...takpe, buat masa sekarang guna jek wifi abg sebelah yang baik hati :D..

Tuesday, April 6, 2010

Perkembangan si anak teruna..

Dah lama sangat rasanye tak update pasal perkembangan anak teruna mama tu.. moh le nak bercerita sikit pasal Fahmi ni...

Bila dia menulis, dah leh nampak beberapa huruf yang dia dah pandai diantaranya of course huruf O (yg plg terrer), B, D, L, r, I, P, S (tapi sokmo terbalik) dan beberapa huruf lain..

tengok la S yang terbalik tu...kui kui

Drawing skill pun dah improve...paling terrer ialah lukis "hantu"..salah sekor hantu yg dia pandai lukis ialah mcm kat bawah ni...selain tu gambar orang (ada muka, mata, hidung, mulut, telinga, tengkuk, baju, tangan, kaki, rambut)..tapi lupe plak nak ambik gamba orang tu..gambar ketaapi pun dah pandai gak..

hasil tulisan, lukisan, dan mewarna..

Coloring pun dah improve..selalunya hasil coloring dia lebih cantik dr gamba hantu yang dia kaler tu..siap dah pandai campur2 color lg tu...pun mama lupa amik gambo gak..

Membaca ABC dan iqraq pun dah makin terrer..kalau nyanyi ABC mmg dia dah terrer tp kalau sebut satu2 masih ada tak betul lagi..dan masih belum sepenuhnya kenal huruf...tapi kalau baca iqraq boleh membanggakan la..dia dah kenal huruf setakat yang mama tau sampai 'ha'...mungkin lbh dr tu kot yang dia dah tau...mama tak sure sbb dah lama x suh dia baca iqraq pan mama (ade ke patut..)

Kalau mengira pulak..1-10 dah pass...lepas tu dah mula terabur..yg syoknya tetibe eighty one, eight-two ...bla bla bla...eight nine pastu eighty balik...adoii la...bila nak abih ntah la camtu..hahaha..

Itu berkenaan skill dia..

**********************************************************
Kalau pasal nakal...pun dah makin nakal...huhu...bukan senang nak membentuk sikap anak ni rupanya ekk...kena la banyak bersabar & tau cara nak handle kenakalan dia..kalau pasal kacau adik memang nombor satu...tak larat nak larang..kesian adik tu, terpaksa redha je bila abang buat..tengok je la gamba dia ni...terserlah kenakalannya..

dengan benjolnya kat dahi..

Di sebalik kenakalan tu, BIJAK pun dah makin bertambah...macam-macam yang dia dah boleh buat sampai mama pun tak tau nak cerita dalam ni...ye la...kan dah makin besar...ayat percakapan pun dah macam orang tua..

**********************************************************
Cerita pasal
dia pi rombongan plak...semalam (5/4/2010) CIC ada wat lawatan ke kilang roti Gardenia...mula2 tu rasa taknak kasik dia pegi sebab risau dia tu kan kecik lagi...pandai ke nak jaga diri pi rombongan..tapi bila tanya teacher, teacher cakap kawan2 dia yang 4 tahun ramai yang pegi termasuk la geng2 dia...pikir punya pikir kesian lak kalau dia sorang tak pegi, kengkawan sume pegi...so kitaorang pun kasik la dia pegi...biar dia belajar..

Dalam kul 8 pagi anta dia naik bas kat presint 15...adoi aii...sampai tak sempat salam & cium mama sebab over excited nampak bas...huhu..langsung x toleh kt mama..seronok pulak tengok dia seronok macam tu...tp langsung lupe nak ambik gamba dia masa tu..masa ambik dia dr skool, apa lagi..excited giler cerita pengalaman dia pi rombongan...dia plg syok, yg plg dia dok ulang2 cerita kat orang ialah bab dia dapat nek bas + van...hahaha...nampak sangat tak penah naik..ada pulak buah tangan dr kilang...lagi ila dia seronok...kt umah baru la mama ambik gamba dia yg excited tu..


sangat excited..

bersama bungkusan roti2..

Monday, April 5, 2010

Chicken pox melanda...

Dua orang anakanda mama tu baru je sembuh dari chicken pox..mula-mula kena ialah si abang..kebetulan dia kena masa cuti sekolah seminggu hari tu, jadi cuma sehari sahaja dia ponteng skool..masa si abang kena, punya la kami jaga supaya tak kena pada adik...langsung x kasik dia pegang adik, kalau mama & papa nak pegang adik pun kena mandi dulu...plg kurang pun cuci tangan dgn sabun dan sanitizer..opah dan bibik langsung kami tak kasik pegang fahmi sebab diaorang ditugaskan untuk pegang adik..tapi dah namanya duduk serumah, bukan senang nak elak...akhirnya seminggu lepas tu adik pulak kena..kesian + risau sangat sebab adik baru 2 bulan lebih..mujur la dia tak meragam..cuma badannya panas yang menyebabkan mama cuti sampai 4 hari..risau nak tinggalkan dia..every 5 minutes monitor demamnya..

Alhamdulillah dua orang anakanda tu cepat baik...fahmi dibawa ke klinik swasta, doktor kasik antibiotik power...memang sekejap je dah sembuh..adik pulak bawak pi klinik gomen...memang tak ada antibiotik diberikan..dia kan masih kecik..cuma ubat demam & ubat sapu je..alhamdulillah sekarang dua-dua dah sembuh dan sihat cuma terpaksa tangguhkan imunisasi adik sebab dia baru je baik demam...mungkin jumaat ni baru bawak dia ke klinik untuk cucuk 3 bulan..huhu..maybe demam lagi...