Sunday, August 9, 2009

Hari minggu yang bosan..

Adeih laa..pecah rekod aa..minggu ni 2 ari sabtu & ahad dok kat umah jee..tak ke mana langsung...selalunya samaada sabtu atau ahad mesti kitaorang pi jejalan takpun dua-dua ari sabtu ahad jalan je kojenye..the main reason why kitaorang dok umah je ari minggu ni ialah sebagai langkah berjaga-jaga dari wabak H1N1...semenjak makin ramai yang meninggal sebab H1N1 ni, aku jadi takut nak ke tempat-tempat awam yang ramai orang especially bila terpaksa bawak fahmi...so selagi boleh elak, tak payah la nak ke tempat-tempat yang ramai orang kan..boring gak dok kat umah je sebab kitaorang ni kaki jalan...fahmi tu bukannye boleh 2-3 ari tak ke alamanda..mesti kuar ayatnya cenggini.."dah lama ami tak pi alamanda kan ma?"...heheh..dah 2 ari dia tanya camtu tapi aku bgtau dia bahaya pegi jalan-jalan sekarang ni...so aku bawak dia pi playground depan umah je la..best jugak rupanya lepak taman tu..heheh..waktu wat entry ni pun, papa takde pi beli barang dapur sikit..(punya la takut nak kuor sampai semua suh papa je yang pegi beli..)
Harap-harap keadaan tak berterusan macam ni..
Mudah-mudahan penularan wabak H1N1 ni semakin reda dan terkawal...semoga ALLAH melindungi semua rakyat Malaysia dari wabak ini...Ya Allah, ampunkanlah dosa kami..lindungilah kami dari bala dan wabak...aminn..

Comments (0)