Bak kata zura a.k.a alycia, aku patut buat entry pasal ni sebab aku dah cecah 31 tahun..ekekekek..zura siap bagi link lagi tuu..

So zura, aku copy paste kat sini eh artikel tu..

Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.

70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi

Kembang kincup pulak bila baca artikel ni..ehehe..jangan perasan lebih..

Kecantikan bukanlah segalanya...yang penting bersyukur dengan kesempurnaan yang Allah kurniakan..
1 year older lagi lah arini..tapi kenapa rasa cam muda lagi je nihhh...ehehe..umur saja yang tua, jiwa sentiasa muda..ehemmm...

31 tahun...syukur ke hadrat Allah kerana masih dipanjangkan usia..semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya, kurniaanNya, rezekiNya, berkatNya dan semoga senantiasa dekat denganNya..

Amin ya rabbul a-lamin...

Wednesday, July 27, 2011

#1 WORDLESS WEDNESDAY



Wordless Wednesday (WW) ni adalah satu trend utk semua bloggers di alam Maya di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya...


Nak tahu lebih lanjut sila ke blog Wordless Wednesday dan FanPage WW ..


**Sebelum ni tak faham kenapa mesti wednesday? Kenapa tak wordless monday or tuesday? Hehe, now dah faham dan akan ada lagi next wordless wednesday..insyaAllah..

Tuesday, July 26, 2011

Terbang RM25


*Gambar hiasan ikhsan dari pakcik google


Semalam kan gaji, so bila gaji wajib la pegi Alamanda..dan dan la buat alasan sabun cuci lantai habis la, sabun basuh botol adik habis la..walhal kalo sebelum gaji pandai pulak suh bibik basuh botol adik pakai sabun axion..hehe..

Selama aku bershopping kat alamanda sebelum ni, tiap kali pegi tak pernah pulak aku alami situasi di mana KAD PARKING HILANG!

Semalam aku pi sorang je lepas keje, sampai parking je terus hantar kereta kat P2 untuk cuci kete sebab kete dah macam tong sampah lepas balik dari kampung aritu. Lepas tu menonong je masuk dalam, terus pi shopping tak hengat nak balik sampai kul 7.30. Pukul 7.30 nak balik, cari2 kad parking adoii..takde lak lam beg. Selongkar lagi, takde jugak. Dan dan terpikir kot tertinggal lam kete.

Zuuppp...laju je pi kat kete yang dah siap cuci tapi sempat lagi sound apek tu sebab tak bersih, cehh! Pastu baru tnya diaorang ada jumpa tak kad parking. Sekali katanya takde...huk alohh...mana pulok dah cicirnya...aku tak pernah cuai sebegini rupa..ntah-ntah diaorang dah sedut masuk vacuum..pastu pandai je kata tak jumpa kan.

Dah puas cari dalam kete jugak pun takde. At last, kene gak pi mgmt office cakap kad parking hilang.


" kad hilang kena bayar RM25 kak"

" 25? tak bley kurang ke"

"tak boleh"


Huk alohhh...mahal rupanya yek denda dia..aku siap mintak diskaun tak dikasiknya..

Nak tak nak kena la bayor jugak..oi RM25 melayang camtu je, kalau buat pi pasar tani dapat tudung selai tu tauu..tak kos efektif betoi aku semalam.

Dia cakap, kalau jumpa balik kad tu dalam masa 24 jam boleh refund..masalahnya dah jenuh aku selongkar lam kete..tak jumpa-jumpa jugak. Sekarang belum cukup 24 jam lagi, harap2 tetibe kad tu ada lam kete kang boleh aku refund and beli tudung...theehee....

Kalau takde jugak, aku redha..

Thursday, July 21, 2011

Cameron Highlands - Last Episode

Masa untuk balik...makan dulu di food court Tanah Rata. Balik ikut Tapah so singgah dulu di Cameron Bharat Tea...








Enjoy sangat percutian ni...semoga lain kali berpeluang lagi untuk bercuti dengan family macam ni..thanks to papa selaku penaja utama mama shopping kat sana..hehehe