Monday, February 21, 2011

Genting Highlands Kota Keriangan

Seronok betul sekali sekala dapat pergi bercuti. Kali ni pergi ke Genting Highlands dengan family Kak Chil & tetamu jemputan, Ngah dari Sungai Besar. Kami pergi seminggu lepas raya cina. Hotel booking via iHoliday so that dapat harga murah & takyah que panjang untuk check in, check out. Ini tips kalau nak tido kat Hotel First World tu...maklum la, bilik dia beribu-ribu..so orang pun beribu-ribu gak kan...sib baik boleh check in pakai kiosk je.

Let's see the pictures...hanya gambar yang dapat menceritakan betapa riang ria kami di sana...maklum ler, kota keriangan la katakan..

Kita mulakan dengan wajah comel anak dara tercayang yang berada di outdoor theme park separuh hari saja, separuh hari lagi hingga ke malam hari dia dok bilik je siann..



Ish..ish...comel kan anak dara tue? Now, tengok aksi si abang pulak. Abang memang yang paling enjoy. Dari rumah berapa hari sebelum tu pun asyik tanya je bila nak pegi.




Ni plak gambo dua orang adik beradik tengah boring tunggu papa & pak njang beli tiket

Ini mama bersama anak daranya dan anak terunanya pun tengah boring lama sangat depa beli tiket


Ha, ok ini dah masuk dalam...bergambo dengan maskot gong xi fa cai, maklum le masih mood raya cina


Berehat makan ais krim sambil tunggu anak-anak naik carousel..ntah berapa kali diaorang naik siap tanak turun haha..


Ini pulak gambo budak berdua yang pastinya paling seronok, Fahmi dan Boboy..semua nak naik berdua..dah macam kembor..


Double deck carousel..

Astro Fighter..ini pun 2 kali naik siap takmo turun
Rodeo Rider..ini pun 2 kali naik..


Bumper car..2 kali gak naik, sekali kat outdoor, sekali lagi kat indoor

Budak berdua tu memang sangat happy, ada lagi yang diaorang naik..flying jumbo, kiddy rides..

Naik jugak family rides yang boleh naik ramai-ramai tu macam antique car, pirate train dan dinosaur land. Pirate train tu beria je ngah peluk aku ingatkan ada kuar hantu...sekali takde pape pun..haha..penat je takott..yang best sikit kat dinosaur land sebab ade show pasal dinosaur..tak sangka ingat just naik bot tengok patung dinosaur tu je.

Dan ini gambar di dinosaurland

Keluar dari dinosaur land hari dah mula hujan...bila hujan, kebanyakan outdoor rides ditutup. So, semua pakat ke indoor la kan. Masa tu dah dalam kul 2 kot, perut memang dah lapar giler..makanan kat outdoor memang mahal x hengat. So, kitaorang decide utk check in hotel dulu since hotel first world tu kat indoor theme park tu je kan. Lepas check in boleh la lunch dengan bekal yang kak chil masak tu..nasik putih lauk sambal ikan bilis dan rendang ayam..makan pulak atas tilam hotel + sejuk dingin udara genting..perghh sedap giler makan nasik.

Lepas makan nasik, ada acara sambutan epi besday boboy. Besday dia 18/2, dah alang2 ke genting, sambut awal seminggu sebelum tarikh..kak chil dah beli kek siap-siap kat subang, hadiah pun kami bawak siap-siap dari rumah. Birthday boy excited, yang bukan birthday boy (Fahmi) pun excited lelebih macam dia punya besday lak hehe.



Lepas siap sembahyang mandi sume, kitaorang turun semula ke outdoor dalam kul 5 camtu..tapi sempat main sekejap je...dalam kul 6.30 hujan sekali lagik..terpaksa la ke indoor pulak..kat indoor 1st sekali kami ke 4D motion master..amik ko, semua pening pakat nak muntah..sib baik 7 menet je, kalo lebih sikit kompom semua buekkk kat situ..hihihi..tapi best! Lepas tu kami naik rio float & venice gondola. Gambar di indoor maleh nak tepek sbb tak cun mungkin kerana camera setting ataupun camera tu nak kene beli baru gamaknya hehe.

Tak banyak yang aku dapat naik, memang tak cukup la sehari nak naik macam-macam sebab nak naik satu ride pun kena que sikit punya lama esp kat outdoor tu..banyak yang tak sempat naik macam monorail, boating dan yang paling frust tak dapat naik spinner yang satu-satunya thrill rides yang berani aku nak naik tapi tak sempat sebab hujan petang tu..frust wo..

Lepas tu perasan dak, dalam gambar takde pun papa kan..sebabnya papa ngan dak mirul pegi naik semua yang thrill..diaorang tak layan langsung family rides yang kitaorang naik sbb tak thrill..papa naik semua yang seremm tu..flying coaster, space shot, cyclone, grand prix fun cart..tapi gambar takde sebab jurugambar dok ngan team lain..

Keesokan harinya..
Ini dua beradik yang belum mandi di pagi hari sebab nak pegi breakfast dulu..biar korang makan comot2 dulu baru kasik mandi.

Lepas breakfast, shoping kat bazaar tepi cafe tu berjam jugak, pastu naik bilik, lepak tunggu kul 12 baru check out. Pengajarannya lain kali pegi hotel first world, check out awal2 sikit ye supaya takde la jenuh tunggu lift sebab beribu-ribu orang nak check out pada masa yang sama..lif banyak tapi still tak efektif.

Lepas check out, kami bertolak balik dari genting tapi sempat lagi singgah kat tepi jalan sebab nak ambik gambo..


Ohhooo...ada orang kata macam orang bercinta..

Ni semua yang pergi...kecuali bibik x masuk lam gamba

Syukur sebab selamat pergi dan balik...semoga lain kali dapat lagi peluang untuk bercuti beramai-ramai macam ni..insyaAllah..

Note: Dulu dah pernah pergi genting with papa and fahmi..teringat pulak masa tu..fahmi kecik lagi..dan gambarnya disini..

Saturday, February 5, 2011

Hadiah hari jadi

Taraaaa....


Ini la beskal baru adik adiah hari jadi yang ke-1 tahun. Memang dah terdelay sikit beli adiah ni. Asalnya nak beli gelang emas tapi opah cakap jangan beli sebab opah yang nak belikan gelang emas untuk adik..so pikir punya pikir belikan beskal lah sbb adik suka naik beskal. Beli beskal ni kat port klang kebetulan lalu kat kedai toys tepi jalan masa lepas ambik bibik aritu. Tak sia-sia singgah kat situ sebab harganya sangat berpatutan. Tapi kan....




Taraaaaa....


Terjebak kena beli motor untuk si abang sekali. Nak kata adiah birthday memang tak la sbb birthday lambat lagi. Terpaksa beli sebab dia dah ala-ala nak ngamuk sebab beli beskal untuk adik, mana boleh dia punya takde. Mula-mula pujuk dia nak scooter yang sorong kaki tu je tapi papa kata dia tak reti naik mende tu. Lagipun motor ni murah je cuma RM 150. Biasanya motor camni mesti cecah RM200 gak kalau kat kedai lain. Papa memang murah hati kalau untuk anak teruna dia yang satu ni...So angkut sorang satu, beskal untuk adik, motor untuk abang. Sampaikan kami duduk berhimpit lam kete sbb nak sumbat dua kenderaan tu hehe.

Ni bergaya atas kenderaan masing-masing..adik punya siap ada lagu doraemon, abang punya pulak siap boleh connect ngan handphone utk pasang lagu..mama ngan papa dulu takde pun dapat camni huhuhu..

Asalkan anak-anak bahagia, mama dan papa pun bahagia jugak tengok..hihihi..

Monday, January 31, 2011

Terlerai sudah

Finally, terlerai sudah segala kekusutan.
Kepada yang belum tau, sebenarnya kemelut yang berlaku adalah sebab tempat kerja. Minta tukar tapi ditempatkan di tempat yang sama tapi tak serupa. Lagi pressure, itu yang dikatakan mulut buaya. Berkat daya usaha, berjaya jugak elak dari masuk mulut buaya. Geram pun ada ngan person in charge. Kononnya dah tak boleh tukar, sebenarnya malas nak tambah keje. Amik kau, aku cakap ngan boss kau sendirik boleh pulak. Ok lah, forget it.

Sebenarnya tempat baru ni pun ada kurangnya jugak. Kadang-kadang rasa menyesal pulak mintak tukar. Time dah nak blah, rasa seronok pulak buat audit. Tapi, sekarang memang tak boleh pandang ke belakang lagi dah. Di tempat baru ni, ada tugas baru yang menanti. Tersirap darah bila dapat tau aku ialah Pengurus IT kat sini. Takde boss, aku le boss ICT. Pergghh..takut giler aku ni bukannya terrer lagi dalam bidang ni. Takpe, ambil peluang ni untuk belajar dan belajar bersyukur sekali. Jangan asyik nak mintak tukar je hehe.

Semoga aku dapat sesuaikan diri dengan tempat ni, boss dan dapat kawan-kawan yang best. Sedih meninggalkan BFF di audit. Semoga persahabatan takkan putus..


huhu...rindu...

Wednesday, January 26, 2011

Keluar kandang harimau masuk mulut buaya

"KELUAR KANDANG HARIMAU, MASUK MULUT BUAYA"

Pepatah yang sesuai untuk diri aku.
Semoga ada hikmah disebaliknya.
Aminn.

Tuesday, January 25, 2011

I feel like to cry..

Rungsingnya kepala, hati pun gundah gulana selagi tak settle benda ni. Kenapa la rasa cam nak menangis je ni. Tambah pulak ada suara-suara yang tak tau la samaada betul-betul bagi nasihat ataupun sememangnya nak ambil kesempatan. Dah la bingit..luckily i got my ear phone..pasang lagu kuat-kuat to the max utk release tension tapi masih tension jugak lagi.
Semoga beroleh kesudahan yang terbaik hendaknya...amin..