Tuesday, April 19, 2011

Cuti-cuti Langkawi-Part 1

Cuti-cuti Langkawi ni adalah percutian yang dirancang dalam masa yang singkat..sebelum ni plan cam memain jek sebab rasa cam xdan nak kumpul duit. Disebabkan papa dari awal tahun dah booked block leave (cuti straight 1 week), kalau tak pergi time ni mungkin payah dah nak pergi sebab dalam setahun papa cuma entitle ambil sekali block leave sahaja. Papa kata pegi ajelah, insyaAllah papa ada duit..itu macam kalu, mama pun ON ajerr..

Bagi menambah kemeriahan percutian kami, kami ajak mek (MIL), ayoh (FIL) dan mok yoh (mak sedara yg sgt rapat dengan kami). Diaorang memang tak pernah pergi Langkawi so semua excited..aku yang dah 3 kali pergi ni pun excited lelebih..hehe..

Perjalanan kami bermula pada 10/4/2011. Seawal jam 6.30 pagi kami dah berada di Stesen ERL Putrajaya untuk menaiki tren ke KLIA jam 6.50 pagi. Flight kami 8.30 pagi. Web check-in memang sangat memudahkan tak perlu beratur nak check-in. Cuma perlu drop luggage sahaja.

-Dalam ERL : sangat excited masa nih


-makan kenyang2 dulu ye anak2...

-yang belakang tu la flight kami

-ni dalam flight, sibuk makan coklat

Sampai ke Langkawi seawal jam 9.30 pagi..car rental ambik yang dekat airport tu je, papa ambik nissan sentra..RM100 sehari. Dapat je keta terus ke Kuah..perut lapar so cari kedai makan la dulu. Kitaorang makan pagi merangkap tengahari terus sebab masa tu dah kul 10 ++ dah kan. Lepas je makan, terus ke tempat yang paling aku tak sabar nak pergi..Haji Ismail Group la kan..hehe. Survey je dulu vantage kat sana sambil kira2 bajet hehehe..Langkawi Saga depan Ismail Group tu pun kitaorang pergi jugak..survey jugak dulu..

Tengah aku dok survey, diaorang semua nak terkucil la pulak..kat area situ takde tandas..so terpaksa pegi cari tandas ngan kete..sekali jalan punya jalan cari tandas..dh dekat ngan Idaman Suri pulak..so singgah ke Idaman Suri lah dulu..

-cuaca kat langkawi mmg sgt panas..diaorg sume pakat dok basuh muke

-siap basuh kepala pastu buat rambut pacak

-adik pun pi basuh muka, sian dia..panas sgtt..

Kat Idaman Suri, semangat keshoppingan mek & mok yoh dah bermula...masing2 shopping tak hengat sebab kat Idaman Suri ni barang2 murah. Kat sini memang banyak barang yang jenama idaman suri sendiri & banyak yg made in china rasanya..that's why kat sini barang murah. Tapi cantik-cantik tau..diaorang shopping pinggan mangkuk siap untuk souvenir kat sedara mara di kampung lagi tuu..

-tgk la tu, semangat giler sampai x sedor aku amik gambo. Pinggan mangkuk melamin ni memang sangat murah..

-macam-macam ada wehh..memang giler semua pompuan2 yang datang ke sini..aku pun sama gak kekdahnye..ade gak hasil borongan aku kat sini tapi tak banyak..

Lama giler dok kat Idaman Suri tu sampai kul 1.30 tghr. Masa tu dah penat betoi rasa..so kami decide untuk check-in hotel. Boleh rest and mandikan anak2. Kami stay @ Grand Continental Hotel di pekan Kuah gak supaya senang kami nak pi shopping kan..so far dah 2 kali dok hotel ni. Kami ambil dua buah triple room..every room ada satu king size bed dan satu single size bed..sangat selesa untuk tidur..huhu

-sampai bilik terus bukak baju diaorang sebab langkawi mmg panas tak hengat.. air cond pulak lama sgt warming up..

-sian adik, panas + lapar

-ini katil untuk si abang..

Bila dah dapat katil..mula la malas rasa nak keluar balik kan..bila dah mandi2..semua paakt nak lelap..kitaorang semua tertidur lepas tu..sampai la dalam kul 4.15 camtu aku rasa cam perut lapar..terus kejut papa & call bilik mek suh diaorang siap2 nk keluar semula.

Dalam kul 5 kitaorang keluar semula..perut lapar tapi bukan pi cari makan..hehe pi ke Ismail Group cawangan lain pulak sbb tak puas hati casserole set vantage kat ismail group yang first pegi tu xde stock..tapi frust kat caw lain pun xde stock gak..kat kedai lain mcm zeno dll ade stock pulak tapi harga dah mahal lebih RM30 dari kedai pak mail..huhu..so casserole set aku KIV dulu..aku pi sambaq hat lain dulu..dapat la 3 set vantage (soup tureen with laddle, 2 tier food tray & pitcher set)..sementara papa nak belanja kan..so tunjuk jangan tak tunjuk hehehe..

Masa kat kedai pak mail tu..adik abang ipar papa (poksu jak) dan wife dia datang jumpa kitaorang..diaorang ni mmg dok kat langkawi sebab poksu jak keje TLDM dan dihantar ke Langkawi. Dioarang pulak memang baik dengan mek..Diaorang jadi guidance kami, tunjukkan kami kedai yang murah..iaitu kedai Ram..ha kalau korang pegi langkawi, cari kedai Ram ni..cawangan ram yang jual kain2 ade kat area kedai pak mail tu jugak..cawangan baru dia yang khas utk pinggan mangkuk pulak ada kat sebelah kompleks pekan rabu..kat kedai dia sudu memang murah, set yang 6 btg tu RM4.90 je..pak mail pun jual RM6 ++. Kain batik pun murah kat Ram..tiga serangkai RM11 je..

Lepas tu, bagi mengisi perut yang lapar, kami ke Medan Selera Nelayan di Bukit Malut. Dulu dah pernah datang sini. Sebab best so mmg dah dari awal plan nak datang lagi kali ni. Tapi unlucky sebab time kami pergi udang & ketam tak ade..yang ada cuma ikan kerapu, sotong dan lala. So ambik yang mana ada je lah kan..

-sementara tggu diaorang masak, ambil gambar dulu di tepian muara

-banyak bot2 nelayan kt belakang tu..

-gaya je lebih..makanan ntah ke mana..


Lepas perut kenyang..poksu jak & na ajak kami ke Langkawi fair..pergi sekejap je, sebab nak kejar kul 10 nak tengok trilogi cinta episod akhir...jalan-jalan jugak tapi trilogi cinta ttp kena tengok hehehe..so kul 10 kitaorang semua lepak bilik mek tgk citer tu...habis je citer, semua tidur dengan nyenyaknya sebab semua dah keletihan..

Bersambung di part-2..

Friday, April 8, 2011

Sabah bahhh...

Dah sebulan baru berkesempatan nak wat entry pasal trip ke Sabah aritu..

Actually aku pegi Sabah untuk lawatan kerja..semangat tul nak pergi sebab ni first time ke Sabah..aku pergi bersama-sama dengan 3 orang lagi officemates + pengiring from the company.. Sebenarnya kami bukan semata-mata ke Sabah..

On the first day, kami telah diterbangkan ke Penang dulu which from Penang airport kami di bawa pula ke site di Kamunting.

Disambut bagaikan raja hahaha siap jamu kitaorang makan doyan.. macam tau-tau je kitaorang antu doyan kan..tapi sebabkan our journey masih panjang untuk hari tu so makan pun berpada-pada la kan...kang x pasal pengsan lam flight..


-bergambar kenangan di Kamunting site


-at site

Sesi di Kamunting tamat selepas lunch kat Legend Inn Hotel, Taiping. After that, kitaorang dihantar semula ke Penang airport to fly back to KL. Sampai KLIA around 6 pm, then fly to Kota Kinabalu at 7.30 pm. Sampai KK around 10 pm...masa tu nampak bantal je dah...sib baik la Promenade Hotel dekat je dengan airport. Dalam pukul 11++ settle check in semua, then terus sembahyang & zzzzz sampai tak sedar ape. Penat betul hari tu..

Second day, kitaorang dah planning awal-awal seawal jam 7 pagi nak terjah ke philippine market..so ater breakfast kitaorang pun gerak ke sana..sekali tarraaa..pasar pon belum bukak lagi..tanya kat pakcik teksi tu rupanya 9 am baru bukak..alahai, 8.30 dah nak start visit..so kitaorang pun jalan2 je lah ambil gambar..sekali tengok rupanya pasar yang jual ikan2 masin, udang kering tu dah bukak..so bantai aku shopping barang yang orang pesan sampai sekotak..


-tgh tggu philippine market tu bukak


-semangat di pagi hari

Dalam pukul 8.30 kitaorang gerak untuk visit ke Hospital Likas. Suka session nih. Tapi ada satu part tu, kitaorang dibawa untuk tengok machines di NICU. Sampai kat NICU aku heran pasai apa pengiring2 yang ramai2 tu takmo masuk..aku & kawan2 je yang masuk..Sekali mak sayunya hati kat dalam tu tengok semua budak2 yang critical case (kata NICU kan, awat la hang tak pikiaq dulu sblm masuk cik ct oii)..huhu, at that time terus teringat 2 orang anak yang aku tinggalkan kat rumah & hati aku tak habis-habis berdoa supaya anak-anak aku dijauhkan dari perkara macam yang aku sedang tengok depan mata tu..sayu sangat hati & siyes hampir mengalir mata..


Tak lama aku dalam tu sbb tak sanggup & terus keluar pi sembang ngan depa kat luaq tu (patut la depa takmau masuk sbb depa x sanggup nak tengok). Lepas tu banyak lagi department yang diorang bawak pi tengok machines mcm o&g dept (merata-rata baby nangis hihi) dan emergency dept (sib baik takde patient yang berdarah2 masa tu).



-@ hospital Likas


-bersama ketua delegates ukas, cik Nor


-bergambar kenangan @ fms office hosp likas

Lepas tu pi melawat site lagi which is dekat-dekat situ jugak..dalam tengahari tamatlah agenda lawatan..



-banyak betul bergambar kenangan :)

Seterusnya apa lagi..pasar philippine la kan..sangat best macam-macam aku soping untuk diri sendiri, untuk families & kekawan...Untuk diri sendiri aku soping mutiara la kan nak pakai untuk raya..brooch, gelang, & cincin..rantai tak beli pun sebab banyak sangat pening nak pilih haha. Beli jugak puak kumbu dua lai untuk letak kat opis. Untuk papa aku belikan butang baju melayu mutiara sedondon lah kami di pagi raya haha..Untuk mak aku beli tasbih mutiara..sekali tengok cam rantai pun ade..untuk mak mertua, kakak2 and bibik..aku belikan gelang sorang satu..untuk teman-teman rapatku (geng rayap), aku belikan fridge magnet sowang satu..kuih cincin pulak aku borong 7 paket sampai jenuh nak bawak..haih, lam ramai2 tu aku yang paling sakan soping al maklum le first time ko sampai sabah..hihihi..

Tamat agenda soping untuk petang, balik hotel rest sementara menanti malam ada dinner pulak di Ocean Seafood sebelah je ngan Promenade Hotel tu..sedapnye wehhh...tak pernah makan ikan, udang & lobster sesegar itu dan sesedap itu...kesedapannya terasa hingga kini huhu...


-sedap giler weh lobster neh

Third day merupakan hari last untuk trip kami..flight ke kl pukul 12 tghr..so pagi tu sambungan agenda shoping..kali ni shoping penutup yang mana aku pastikan hasil borongan akan benar-benar memuaskan nafsu shoping aku kah kah kah..siyes, memang pueh ati.

12 tghr...fly back to kl and sampai umah lebih kurang kul 4++.. sebelum sampai tu mmg terbayang muka 2 orang budak kecik tu & tak sabar nak peluk diaorang..sebenarnya hari first aku tggl tu papa dah bgtau yang adik & fahmi demam selesema..masa tu heran gak sbb masa sebelum pergi tu diaorang berdua memang sihat walafiat..so sepanjang aku di Sabah, kekadang perasaan terganggu sebab risaukan anak-anak..asyik telefon ke rumah je..

Disebabkan di sabah tak tau nak beli apa untuk anak2, so aku singgah free duty choc shop kat klia tu..beli sorang satu m&m's yang ada menan tu..

Sebaik saja sampai kat umah tengok diaorang tengah nyenyak tido..aku pun terus pi kat diaorang, pegang badan ya Allah panasnya dua2 orang..terus ambik kain lap2 kan badan adik dulu..masa tu dia tersedar & tersengih gelak2 tengok mama depan mata..dah sejuk sikit badan adik aku lap, beralih ke abang pulak..bila lap je badan dia, dia macam tak selesa sebab sejuk so aku pun cakap " abang sejuk ke?" bila dia dengar je suara aku, terus bangun & nangis...memang itu le kekdahnye kalau dia rindu...manje..terharu sungguh..baru tinggal 2 malam dah sampai demam...kesian kat diaorang..pagi esoknya terus baik budak berdua tu...nampak sangat demam rindu tu kan...


-sian taw anak2 mama demam rindu..

Adeihh..panjangnye entry nih..aku ni kan selalu camtu rasa nak buat entry pendek citer sesikit je..sekali nah hambik ko kalau boleh setiap saat yang berlaku nak citer lam ni haha...ok lah, sekian dulu cerita dari sabah..ada banyak citer nak di citer tapi aku sangat kebizian baik di opis mahupun di rumah...adioss...

Friday, March 25, 2011

Mari shopping di Mundok..

Sape oghe Kelate mesti tau Mundok kan? Sebelum ni Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang amatlah glamor di kalangan penduduk Kelantan dan pelancong asing yang datang ke Kelantan. Tapi sekarang sesetengah penduduk setempat dah beralih arah ke tempat yang lebih heaven untuk bershopping iaitu Mundok. Mundok ni dah masuk daerah Thailand, iaitu di sempadan Kelantan-Thailand. Nak pegi ke sana kena menyeberang Sungai Golok. Jangan riso, ada bot ko..bayor singgit..


See? Banyakkan kete parking kat tepi sungai tu..tuan2 kete sume tgh shopping le tu..

Dek kerana telah disogokkan dengan cerita-cerita tentang kemanisan bershopping di Mundok oleh ipar-ipar duaiku, aku dengan semangat yang berkobar menyertai diaorang untuk bersama-sama membuat lawatan ke Mundok.

Ni kami dalam bot menuju ke Mundok..

Siyes gila kejap kat sana sebab barang murah. Bayangkan barang-barang plastik ni melambak diaorang jual singgit je ko..2 hengget ade, 3 hengget ade..beza harga banyak jugak dari kedai bese.


Ai, shopping jam nampak?


Dedua xcited ko..

Baju, seluar, toto, tudung macam-macam ader semua murah ..yang syoknya kakak ipar beli la suar bebudak..2 lai untuk anak dia, 2 lai lagi dia nak kasik arissa..ala suar2 basahan..tapi kain elok la tebal..maknenye dia beli 4 lai la kan..sekali bila nak bayar:

Penjual : "2 riya" ( 2 hengget).

Akak ipar : "ooo..semuo 8 riya la" (dia ingat satu 2 hengget so semua 8 hengget la kan).

Penjual : "dok, semuo 2 riya".

Akak ipar : (terkezut dan terus bayar)

Amik ko, samah (lima posen) satu lai. Kagum aku.

Macam-macam gak hasil borongan di mondok. Aku beli cawan pastik regenye RM2.90 untuk satu set 6 bijik. Aku bantai beli sampai 6 set..sume dok perli aku cam nak bukai gerai jual air..hahah..sebenornya nak kasik kat mak, mak mertua & kakak as a sobinier..hihihi..

Suor aku, baju aku, baju fahmi, baju adik, baju bibik, toto adik..tu sume yang aku beli. Sib baik tak lupe diri yang kitaorang balik nanti naik flight..so beli pun barang2 yang mudah diusung je la kan..

Ha tengok hasil borongan kat tangan papa ngan ayoh su tu..

Nanti korang kalo wat lawatan ke Kelantan tu, jangan lupe ko Mundok ye..murah banyak ko..contoh la kan, tudung design sama sebijik..kat w. che yeh rege RM25, kat mundok RM10 je ko..sape taknak kan..

Thursday, March 24, 2011

Susah ke nak senyum?

Eh apasal ha??? Kat sini walaupun majoriti pompuan tapi subhanAllah sombongnya tak tahan..boleh tak, masa selisih aku tengok je muka dia sebab nak senyum la kan..sekali dia bole pulak angkat muke tengok syiling..haram nak tengok muke aku yang terhegeh-hegeh nak senyum kat dia ni..omg..bukan sorang pulak tu, rasanya ramai jugak yang macam tu, baik muda baik tua...haih mungkin aku ni newbie that's why diaorang wat nyombong kot. Mentang2 la bukan aku yang kasik markah kat diaorang ujung tahun nanti..

Susah sangat ke nak senyum...bukan kena bayar pun kan???

Tak bleh ke senyum cam aku & cuppies aku ni ha?
Cuppies pun reti senyum taw..

Thursday, March 3, 2011

TiniHani on WHI

Bangga weh tengok kawan sendiri masuk TV.

Nampaknya Cik Puan Tini @ TiniHani aka Geng Merayap dah melangkah setapak lagi ke hadapan bila dia di invite oleh WHI untuk berkongsi tentang hobi menjahit felt nya tu.

Tini masuk tv, aku lak yang teruja. Bukan apa, tumpang bangga dengan pencapaian kawan-kawan kan. Memang kagum dengan bakat dan semangat yang ada pada dia. (Aii..puji lelebih cam nak bodek je ni).

Masa kepoci kat email tu tini pesan suh ambik video. So aku pun siap-siap setting sebelum tini on air. Letak camera atas meja iron sbb kompom x larat nak pegang kan. Kalau ada tripod kan senang. Tini muncul je terus record..sekali minit-minit terakhir recording stop le plak sebab memory card full..nama pun pakai camera cabuk kan, memory pun kecit je huk huk. Tapi sib baik la dah nak dekat abis masa tu. Missed sikit jek la. Tapi video ni dah kena compress sebab tak lepas nak upload original copy kat sini.


Semoga tini terus maju jaya dalam bidang dia ni. Seronok tengok bakat kengkawan. Diri sendiri ni tak dapat nak dipastikan bakat apa yang ada. Setakat bakat nyanyian dalam jamban tu ada la. Dalam jamban je la kan. Karaoke pu tak pernah pergi apatah lagi ujibakat Mentor musim ke-5. Haha. Ke situ pulak sudahnya kan.

Ok la, entry ni disudahkan dengan koleksi yang pernah aku tempah kat tini sebab tengok zura tepek gambar koleksi yang dia tempah dari tini maka aku pun nak jugak. Entry berkaitan boleh jengah blog zura aka geng merayap jugak.


Ni tempah nama saja masa kenduri akikah Arissa & birthday Fahmi. Patutnya nk tepek kt baju tp baju arissa kecit sangat masa tu + fahmi takmo kasik buh kat baju dia.

Yang ni pulak masa 1st Birthday Party Arissa hari tu..