Sunday, May 16, 2010

Jom Heboh Heboh...

Semalam (Sabtu) kami ke Karnival Jom Heboh & Sambutan Hari Belia Putrajaya. Meriahnya Putrajaya bila ada event macam ni. Jalan pun semua ditutup. Memang kekdahnya kena naik bas /tram. Terpaksa la menyusahkan diri naik bas bagai dengan cuaca yang membuatkan kami rasa cam udang kena panggang siap ngan bbq sauce..hehe. Semuanya sebab Fahmi mengamuk nak pegi sesangat ke jom heboh tu. Pujuk ke alamanda, jusco dan sebagainya pun dah tak laku. Mujur la perkhidmatan basnya memuaskan. Bas banyak, takde rebut-rebut, tak lambat dan ade air cond yang menyejukkan badan.

Tapi pada pendapat kami, karnival ni kurang menarik sebab tak banyak booth yang best. Booth Dutch Lady takde pun (ke aku yang tak jumpe?). Berangan je nak beli susu Dutch Lady bebanyak..setakat jual baju, kain, asam..kat pasar tani pun ade..hehehe..kami pegi sekejap je, lepas pekena char kuey teow sedap tepi tasik, terus balik. Tak beli ape pun. Sekali bila tengok kulit, semua dah sun burn..hahaha...memang betoi cam udang kena panggang..:)


panas tak hengat wooo...



masa baru sampai naik heli :D



muka yang happy dapat naik bas..

Wednesday, May 12, 2010

Arissa 4 months old

Anak dara mama dah masuk 4 bulan umurnya. Alhamdulillah, Arissa membesar di depan mata mama dengan sihat dan comel..hihihi...

Dari segi perkembangan fizikal, badan adik dah makin bollat dan mantop. Rambut dah makin lebat, hitam dan pacak. Pipi pulak maintain tembun dari kecik dulu. Lihat saja gambarnya di bawah ni.





Dari segi perkembangan motornya, mama suka bila tengok adik dah pandai pegang barang. Dia akan pegang apa saja yang kita bagi atau yang dapat dia capai. Adik juga dah pandai pegang botol susu dia macam dalam gambar ni;



Dari segi hobi, adik suka golek-golek sambil angkat kaki + punggung tinggi-tinggi, pastu pegang kaki dia yang comel tu...kekadang nak dimakannya jari kakinya tu..tapi mesti dihalang oleh bibik. Bibik kata tu maknanya adik nak mintak 'adik', tu sebab bibik tak kasik..katanya adik kecik lagi...hehehe..


Selain tu, adik suka meniarap. Pantang letak je atas tilam, kompem dia meniarap & golek-golek. Dah expert dah sekarang ni..


Dari segi perkembangan mental pulak, sangat bijak main dengan orang. Bukan main lagi gelak terkekek-kekek.

Selain tu, adik suka sangat geram-geram kat abang dan jerit kuat-kuat sampai merah muka. Marah ape la agaknya kat abang tu.

Wajal comel adik, senyuman adik, ketawa dan keletahnya yang buat mama sentiasa tak keruan bila kat tempat kerja, asyik rasa nak balik je cubit pipi dia tu. Macammana la nanti mama nak outstation, tak sanggupnya rasa nak berjauhan ngan adik..huhuhu..

Doa mama semoga adik terus membesar dengan sihat, sempurna, bijak, cantik seterusnya menjadi anak dara mama yang solehah..aminn..

Love u so much adik..
-mama-

Monday, May 10, 2010

Happy Mothers Day

Happy Mothers Day to all mothers out there.

Special wish for MY MOM...
Thank you for being a great and wonderful mother to me.
Thank you for always being there for me.
I love you with all my heart.

Also to all my siblings and friends...
Wish you all the best for being a mother..

Got these from Fahmi..


Thanks dear..**kiss**

Fahmi and Arissa,
Love u both with all my heart, every seconds in my life.
I wish that i can see you both grow up and success in your life.
I'm sorry if i fail to fulfill my responsibilty as a mother.
I'm sorry if i hurt you.
Please know that i love for having you both.

Be a good person and muslim, dear. I'll always pray for you..
Love.

-mama-


Nyum nyumm...wahhh...mak dah bisnes sekarang tawww...ahakk..

Al-kesah, kalo dulu kat opis lama...bila aku wat kek cekelat, diaorang mintak resepi.

Tapi, kat opis baru ni...bila 1st time aku bawak kek cekelat, terus ada yang tempah. Ngeee..

Lawak pon ade, ye la..sblm ni buat untuk makan sendiri + jamu kengkawan je. Tak pernah terpikir lak nak ambik tempahan..hehe. Disebabkan rasa cam tak nyusahkan pun, maka aku pun setuju untuk ambik tempahan wat kek cekelat..

Masa tengah siapkan 2 biji kek tempahan si-intan tu, al-kesahnye plak si Fahmi teringin nak makan kek tu..jenuh la pujuk cakap tu kawan mama punya. Sib baik berjaya. 2-3 hari pastu tetiba dia ternampak la pulak gambar kek tu lm kamera mama..terus dia cakap nak kek siap marah-marah camni:

" Mama tu buat kek je, letak lam kotak. Buat kek je, letak lam kotak. Ami nak makan.."

Alahai kesian la pulak kan. Pastu aku janji nak watkan untuk dia. Esoknya balik dari kerja terus aku buatkan dengan penuh kasih sayang. Lagipun hari ibu dah nak dekat. Kira sambutan sekali la tu kan. Siap wat bentuk luv pulak tu. Sengih sampai ke telinga sebab mama buatkan dia kek idaman kalbunya.

To Fahmi : Apa saja untuk kamu sayang. Selagi terdaya, mama akan berikan yang terbaik untuk anak-anak mama....luv u & adik soooo much!!


Wednesday, May 5, 2010

Panasss..

Post yang lepas aku ada mention yang aku rasa cam "panas" je kan..

Ini ada satu kisah yang mungkin ada kaitan ataupun takde kaitan sama sekali..wallahuaa'lam..

Kejadian ni dah lama dah...
Lebih kurang sebulan yang lepas.
Ada satu subuh tu, macam biasa aku turun ke bawah untuk kasik adik pada bibik.
Supaya senang kami bertiga nak bersiap-siap ke ofis dan skool.
Tiba-tiba, bibik ajak aku ke pintu dapur..dia kata ada "sesuatu" tapi dia minta aku tengok dari jauh je.

Nak tau apa?
Sekeping pad/tuala wanita terbentang elok di depan pintu dapur. Sebelah luar.
Tapi da*rahnya dah bibik jirus. Dia kata sebelum tu memang penuh dengan da*rah.
Weee...apasal pulak dah...tak penah-penah ada kejadian seumpama tu sebelum ni. Yang lucunya bibik ni ingat aku yang baling dari atas coz malas nak turun buang kat bawah...eiiii..aku peri*od pun belum masa tu semenjak bersalinkan arissa. Kot ye pun takkan la aku nak buang camtu. Ape ke bengongnye kann..hehe.

Masa bibik basuh tu, dia sempat "bercakap/berniat" supaya kalau-kalau tujuannya adalah untuk sihir, semoga sihir itu tak terkena kepada kami. Entah la, memang pelik. Kalau nak kata tikus ke, kucing ke yang usung bawak..mesti ada tanda-tanda sampah lain bersepah kan. Lagipun, kucing/tikus berminat ke ngan mende tu?
Kalau nak kata jiran-jiran dengan tak sengajanya terbuang...lagi la sangat tak logik kan..aku kenal jiran-jiran aku, diaorang sangat educated. Takkan la tak senonoh camtu plak kan..

Jadiiiii.......apakah sebenarnya itu?
Sampai sekarang kami masih diselubungi misteri.
Kakak aku ada ajar ayat pendinding elak dari terkena sihir.
So inikah kaitannya dengan "panas" yang aku katakan.
Tapi hati aku lebih mengatakan ianya kebetulan..

Wallahuaa'lam..