Wednesday, March 17, 2010

Majlis Perpisahan @ Kelab Tasik Putrajaya

11 Mac opis lama buat Majlis Perpisahan & Penyampaian Hadiah Sukan Kelab BTM..so kitaorang pesara-pesara BTM ni dijemput sebagai tetamu VIP ke majlis tu. Majlis ni adalah sempena persaraan boss tersayang dan pemergian kami ber-4 (aku, bujal, malek dan lala)..majlis ni buat kat kelab tasik putrajaya..meriah gitew...

Aku awal-awal lg dah dimaklumkan supaya siap sedia skrip ucapan utk hari tu...so sementara aku xde keje kat opis baru tu maka aku pun karang la ayat tangkap leleh..baru tulih skrip aku dah nangih..hihi.

Majlis tu berjalan penuh sayu dengan didahului ucapan oleh boss yang skripnya panjang berjela tp cukup menyentuh perasaan..ku tahan jua hati ini yg sebak..huhu...sesungguhnya aku amat menghormati boss aku ni sebab dia banyak memberi aku pengajaran, tunjuk ajar dan memahamkan aku tentang selok belok kerja..dan aku salute dengan pendirian dia yang sangat tegas..semoga boss menjalani hidup yang aman dan bahagia disamping keluarga tercinta..

boss tgh berucap utk kali terakhir...

Pastu, si bujal plak yang bagi ucapan...bujal ni rakan seperjuangan aku yang banyak menolong aku bab-bab keje sebab dia lagi terrer dari aku..dan selalu kena kutuk / mengutuk aku..selalu sembang-sembang lam miting ngan aku..hehehe..semoga bujal seronok di tempat barunya..

bujal berucap cam takde perasaan je..

Lepas bujal, aku pulak yang kena bagi ucapan...siap bawak tisu tu..seperti yang dijangka, tatkala mengucapkan ayat-ayat sedeh yang aku dah karang tu depan semua kawan-kawan, ayaq mata dh x dapat ditahan lagi...berjurai-jurai..sememeh je...huhu, nak wat camne...dh memang aku sedeh...suasana pun bertukar menjadi syahdu...semua dah tangkap leleh masa tuh...

ni masa memula...cool lagik...

masa ni ayaq mata dah berjurai-jurai..

Next is ucapan dari malek..malek ni pun rakan seperjuangan aku tp lain unit...dia byk tlg aku bab-bab server..dan dia jugak kawan aku dari zaman blaja kt uitm dulu..semoga malek pun happy di tempat baru nya...

malek ni lagi sorang cam xde perasaan je..tp sbnrnye cover disebalik spec tu..

Lala walaupun terlambat siaran, still kena bagi ucapan jugak...lala ni masuk moa lebih awal dari aku...dia staf bawah aku yang sama-sama memperjuangkan website moa..dia juga geng rayap aku selain zura, mona dan tini...selain rayap, kitaorang geng dalam segalanya...geng bekpes, ngumpat, gosip, lunch, soping dan sebagainya...tapi lala pindah pun x jauh...still di moa jugak...semoga lala seronok dengan kerja barunya...

lala yang terlambat siaran..

Panjang gak majlis tu berlangsung, abih ucapan, kasi adiah la plak....byk nye dapat adiah...best best..lepas tu penyampaian adiah utk sukan plak tp aku x dapat pun...masuk acara dart perempuan xde pemenang haha, congkak plak awal-awal lg dah kalah..:-(

ambik adiah plak..

Yang best nye majlis ni siap ada tribute to boss...salute la dgn ajk majlis...boss sgt la terkejut gamba2 evergreen dia keluar kt screen haha...mesti dia terharu dgn usaha korang...cayalahh!!

Majlis diakhiri dengan makan-makan, bergambar dan bersurai..sedihnya...terasa macam kehilangan ramai kawan yang tak ada penggantinya...sebab di btm, ramai macam keluarga besar...tp di tempat baru ni tak ramai...itu yang rasa macam hilang tak berganti.. Takpe la..ayat si mona (geng rayap) mmg selalu aku ingat dan jadikan semangat untuk aku datang kerja ari-ari...

”Thats for our own good, sampai bila nak dok di comfort zone”

dan ayat puan rohani (2nd boss)...

”kalau siti boleh survive kat tempat baru...means dimana juga nanti insyaAllah siti akan boleh survive”...

ayat-ayat tu akan sentiasa aku ingat buat pemangkin semangat...
dan yang paling penting “Lillahita'ala”...

Doakan kebahagian aku ye kengkawan..

bersama-sama geng2 rayap..

pesara-pesara BTM

gamba reramai versi skema..

gamba reramai versi bebas

adiah-adiah yang dapat...

hadiah yang paling bermakna bg aku...sama mcm yang pernah aku dpt dr mak masa aku awal2 masuk asrama...mak kasik quran supaya aku tak lupa padaNya..Alhamdulillah sampai skrg dah berkali aku khatam dengan quran tu..dan insyaAllah pemberian dari BTM ni juga akan aku manfaatkan...thanks a lot..


di dalamnya...


adiah-adiah yang aku dapat masa aritu....
Lepas abis pantang aritu, terus kena pi opis lama kemas barang...rugi cuti i tau tetiap ari kena pi opis..sebenarnya berat sgt ati nak tinggalkan workstation i tu...sedey siott..sebelum kemas-kemas tu ade la ambik gambar terakhir workstation tu utk kenangan..

ini la dia workstation aku kat moa..

koleksi kad raya yang aku dapat sepanjang di MOA...

ucapan tahniah yang ditampal kat board..

barang dah siap pack utk diangkut balik..huhu...diaorang yg len tu tumpang sekaki amik gamba


bergambar beramai-ramai before kitaorang chow..

Sebenarnya bukan aku sorang yang kuar dari btm tu..bujal, malek, lala pun dah promoted..masing-masing kt lain-lain tempat..boss beso pun nk pencen gak..diaorang kt btm tu musti sedih sebab kitaorang keluar beramai-ramai sekaligus membuatkan opis tu dalam kesunyian..

Kenangan di moa adalah kenangan yang paling manis dan akan ku kenang sepanjang hayat dan kawan-kawan di btm yang dah aku anggap macam keluarga akan sentiasa di hati aku..hidup mesti diteruskan walau macammana keadaan sekalipun di opis baru..kawan-kawan..please pray for my happiness...

Monday, March 1, 2010

Majlis Cukur Jambul Arissa...

Ini entry yang tertangguh..sebenarnya dah lama dah wat cukur jambul Arissa...30 January aritu, masa arissa berusia 22 hari. Meriahnya majlis ni sebab semua adik beradik balik untuk memeriahkan suasana. Rambut Arissa dicukur sehari sebelum hari kenduri sebab nak ambik berkat hari Jumaat, kendurinya hari sabtu..so kenduri tu setakat baca doa & makan-makan je la..


Ini peralatan mencukur yg disediakan oleh mak bidan..


Orangnya pun dah di readykan...


berpeluh mak bidan nk cukur rambut dia...tebal sgt...

dah botak..

masa hari kenduri..lena betul tido dibedung..

sementara tu si abang sibuk dgn hal dia..

di antara lauk yang disediakan..

tetamu yang sedang menjamu selera..


cenderahati untuk tetamu...

tuan umah yang dah mula merengek...

Sunday, February 21, 2010

Double happiness!!

Alhamdulillah...inilah yang dikatakan rezeki anak..

Dalam kegembiraan menyambut kehadiran Arissa, aku dapat satu lagi berita gumbira iaitu kenaikan pangkat.. alhamdulillah...


Tapi disebalik kegembiraan itu, terselit rasa sayu nak tinggalkan kawan-kawan dan kerja-kerja di MOA ni..selama 5 tahun disini banyak betul kenangan pahit manis dan banyak betul yang aku pelajari di sini..semoga di tempat baru nanti aku dapat menyesuaikan dan memajukan diri...amin.

Salam...huhu rindunya kat blog ni..

Dah sebulan tak jenguk, actually kitaorang kat kampung for the confinement..dah balik putrajaya baru la dapat jenguk blog ni, itupun time arissa tido..huhu.

Arini dah 44 days..means after this dah merdeka..yeahh..banyak betoi agenda dalam kepala ni...macam-macam nak wat...macam-macam nak soping..heheh..

Sedikit perkembangan arissa..
- dah debab dah..masa checkup sebulan beratnya dah 4.3 kg..

- dah pandai kenal tangan orang...kalo ngamuk tu xmo mama pujuk, bila bibik pegang je terus diam..adeii..sedih ok..

- dah pandai gelak bila diagah, how sweet....masa usianya baru beberapa ari pun sbnrnya dah pandai senyum..

Semoga arissa membesar bagai johan, sihat walafiat, cerdik dan bijak..insyaAllah mama akan sentiasa update perkembangannya nanti...itu la dia sikit story pasal arissa dan gambar-gambar arissa dalam tempoh 44 days ni adalah seperti di bawah (ayat bt surat rasmi je ni, maklum le dah lama tak wat surat..)..heheh..

masa umur seminggu lebih..cam dah besar je...

ceria baru pas mandi..

sehari sebelum cukur jambul..

@ 1 month old..

dah balik putrajaya...@ 42 days...

tengah gelak..

Abang pulak..selama sebulan kat kampung sangat naughty la dia..asik gaduh je ngan sepupu-sepupu dia..atuk kata dia asik nak memberontak je sebab dia rindu papa, ye la..selama ni tetiap ari manja ngan papa..kt kampung sekali sekala je jumpa papa..perangai pun jadi lain..dia punya la tak sabar nak balik umah putrajaya..bila dah balik sini..ok la sikit perangainya...xde la mcm kat kampung...lgpun kat sini takde kawan nak gaduh..

Kalo pasal adik, sangat la sayang kat adik..tapi kasar..silap-silap adik dicubit..mmg kena selalu tengok-tengok...xleh ada peluang mesti dia nak usik adik..

Be a good bro lah ye abang..

notty bro..