Monday, March 1, 2010

Majlis Cukur Jambul Arissa...

Ini entry yang tertangguh..sebenarnya dah lama dah wat cukur jambul Arissa...30 January aritu, masa arissa berusia 22 hari. Meriahnya majlis ni sebab semua adik beradik balik untuk memeriahkan suasana. Rambut Arissa dicukur sehari sebelum hari kenduri sebab nak ambik berkat hari Jumaat, kendurinya hari sabtu..so kenduri tu setakat baca doa & makan-makan je la..


Ini peralatan mencukur yg disediakan oleh mak bidan..


Orangnya pun dah di readykan...


berpeluh mak bidan nk cukur rambut dia...tebal sgt...

dah botak..

masa hari kenduri..lena betul tido dibedung..

sementara tu si abang sibuk dgn hal dia..

di antara lauk yang disediakan..

tetamu yang sedang menjamu selera..


cenderahati untuk tetamu...

tuan umah yang dah mula merengek...

Sunday, February 21, 2010

Double happiness!!

Alhamdulillah...inilah yang dikatakan rezeki anak..

Dalam kegembiraan menyambut kehadiran Arissa, aku dapat satu lagi berita gumbira iaitu kenaikan pangkat.. alhamdulillah...


Tapi disebalik kegembiraan itu, terselit rasa sayu nak tinggalkan kawan-kawan dan kerja-kerja di MOA ni..selama 5 tahun disini banyak betul kenangan pahit manis dan banyak betul yang aku pelajari di sini..semoga di tempat baru nanti aku dapat menyesuaikan dan memajukan diri...amin.

Salam...huhu rindunya kat blog ni..

Dah sebulan tak jenguk, actually kitaorang kat kampung for the confinement..dah balik putrajaya baru la dapat jenguk blog ni, itupun time arissa tido..huhu.

Arini dah 44 days..means after this dah merdeka..yeahh..banyak betoi agenda dalam kepala ni...macam-macam nak wat...macam-macam nak soping..heheh..

Sedikit perkembangan arissa..
- dah debab dah..masa checkup sebulan beratnya dah 4.3 kg..

- dah pandai kenal tangan orang...kalo ngamuk tu xmo mama pujuk, bila bibik pegang je terus diam..adeii..sedih ok..

- dah pandai gelak bila diagah, how sweet....masa usianya baru beberapa ari pun sbnrnya dah pandai senyum..

Semoga arissa membesar bagai johan, sihat walafiat, cerdik dan bijak..insyaAllah mama akan sentiasa update perkembangannya nanti...itu la dia sikit story pasal arissa dan gambar-gambar arissa dalam tempoh 44 days ni adalah seperti di bawah (ayat bt surat rasmi je ni, maklum le dah lama tak wat surat..)..heheh..

masa umur seminggu lebih..cam dah besar je...

ceria baru pas mandi..

sehari sebelum cukur jambul..

@ 1 month old..

dah balik putrajaya...@ 42 days...

tengah gelak..

Abang pulak..selama sebulan kat kampung sangat naughty la dia..asik gaduh je ngan sepupu-sepupu dia..atuk kata dia asik nak memberontak je sebab dia rindu papa, ye la..selama ni tetiap ari manja ngan papa..kt kampung sekali sekala je jumpa papa..perangai pun jadi lain..dia punya la tak sabar nak balik umah putrajaya..bila dah balik sini..ok la sikit perangainya...xde la mcm kat kampung...lgpun kat sini takde kawan nak gaduh..

Kalo pasal adik, sangat la sayang kat adik..tapi kasar..silap-silap adik dicubit..mmg kena selalu tengok-tengok...xleh ada peluang mesti dia nak usik adik..

Be a good bro lah ye abang..

notty bro..



Salam...
Alhamdulillah, Arissa Yasmeen selamat dilahirkan pada hari Jumaat, 8 Januari 2010 di Hospital Putrajaya..
Syukur kepada Allah kerana dipermudahkan segalanya dan atas kurniaannya yang tak ternilai..


1 jam selepas dilahirkan...di labour room..


Masa umur 2 hari...baru lepas mandi...misi siap pakaikan tudung..hehe

Dengan abg Fahmi yang sangat excited baru dapat adik..

Monday, December 14, 2009

37 weeks preggy..

Lamanya tak update blog ni...dari sehari ke sehari, nak tunggu work load berkurangan baru nak update blog tapi nampaknya makin bertambah ada la..kat rumah plak, internet free takleh nak bukak la plak..hari ni kalau ikutkan masih banyak kerja yang patut di settlekan tapi bese la kan, hari isnin yang amat sunyi...jadi mood nak wat keje pun takdek..makanya berupdate la blog ni hari ni..tapi ni pun dah nak dekat waktu balik dah ni..

So kali ni nak update pasal preggy..hari ni dah 37 weeks and 5 days...only 18 days to go...huh..berdebor sioott...mula dok teringat saat bersalinkan fahmi dulu...mudah-mudahan kali ni lebih dipermudahkan dan selamat semuanya..aminn..

Sekarang dah kena checkup every week, yang latest pagi tadi...misi tu cakap baby memang dah kat bawah...kat atas dah kosong..fuhh..saspen..tapi hb masih di tahap yang kurang memuaskan..ape lagi la nak kena makan ni..huhu..

Cerita pasal persiapan pulak, sebenarnya masih ada lagi barang-barang baby dan barang mama baby yang belum ready tapi bukan yang penting sangat...yang penting2 semua dah siap buh lam beg kat dalam boot kete..ni antara checklist barang-barang yang nak beli:
1) Medela Swing Breast Pump (dah booking)

2) Milk storage

3) Nursing pillow

4) Nursing bra

(Empat yang kat atas ni adalah sebagai persediaan nak breast feed baby..ini azam aku yang paling utama dan hopefully berjaya)

5) Baby bath tub

6) Bedding rail

(Bedding rail ni untuk si abang, sekarang tido sekali atas katil dengan mama and papa, so lepas ada adik, nampaknya abang kena tido atas katil sendiri..katil dah ada, cuma kena beli bedding rail supaya tak jatuh tergolek)

7) Stroller

8) Set bersalin Amway


Banyak gak nak kena beli lagi tu...semuanya kena tunggu gaji bulan Disember ni + claim insurans yang dah berbulan tak dapat-dapat lagi...nampaknya hujung minggu ni boleh la shopping sebab gaji dah masuk..heheh...

Oh ya, sekarang ni dah tak brapa larat nak jalan shopping sangat...tapi semangat shopping tu masih kuat..rasanya masih boleh la lagi nak pi beli barang-barang yang disenaraikan tu..

Sebagai gambar hiasan, aku letak gambar masa 32 weeks aritu...gambar latest ader lam henpon, malas nak transfer ke pc...yang pastinya perut tu memang dah makin bulat la kan...