Friday, May 4, 2012
Sarawak Day 2 ~ Sarawak Cultural Village
AMARAN: Entry ni panjang berjela. Sila jangan baca kalau malas haha.
Rasanya nak ngabihkan entry sarawak ni mau sempat pergi bercuti sekali lagi kot, malas betul, paling malas bab nak pilih and upload gambo.
Tapi mengenangkan suatu hari nanti aku pun akan baca balik entry-entry ni, so ku gagahkan jua diri ini untuk meneruskan perjuangan keh keh keh.
Ok, ni cerita di hari ke-2. Ditakdirkan masa 1st day tu papa telah berjumpa dengan seorang uncle tourist guide di Hotel yang kami inap tu iaitu Uncle Chua. Uncle Chua telah recommend agar kami pergi ke Sarawak Cultural Village (SCV) sebab tempat tu very interesting. Tapi katanya kalau nak pergi better ambil tourist guide sebab jauh dan mereka lebih tahu selok belok dari segi masa yang sesuai, mana nak pergi dulu dan lain2.
Fikir punya fikir, kitaorang ambil je pakej dia tu, hanya ke SCV je sebab tempat lain kami decide untuk pergi sendiri. Bayarannya RM200++ untuk kami berempat termasuk tiket masuk (sori tak ingat exact amount, kata dah lama gila pergi baru ni je nak update kan hehe). Tak tau la mahal ke murah ke harga tu janji pergi ke sana tak sesat and tak rugi masa.
So, seperti yang dijanjikan dengan uncle chua, jam 8.30 pagi kami dah terpacak depan lobi hotel. Uncle chua pun dah tunggu kat situ dengan kereta dia. SCV ni terletak di Santubong, kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar kuching. Sepanjang perjalanan, macam-macam uncle tu bercerita sambil bagitau tempat-tempat yang menarik yang kami lalu.
Sebaik je sampai, uncle chua suh kami bersiar-siar ambil gambar di pantai depan SCV tu dulu sementara dia uruskan bayaran tiket masuk dan passport kami. Masuk sini ada passport tau, setiap rumah yang kita lawat perlu dicop pada passport tu. Just nak bagi kita kenangan gitew yang kita ni dah melawat semua rumah budaya di sarawak.
Sepanjang perjalanan masa dalam kereta, uncle chua asyik bercerita pasal asal-usul gunung santubong. Dan sepanjang perjalanan tu memang nampak gunung yang dikatakan merupakan Puteri Santubong yang bunting sedang berbaring. Bila dah sampai SCV lagi la clear bentuk gunung tu.
Yang di belakang tu lah gunung santubong tapi yang tu hanya muka puteri santubong sahaja.
Ok, ni depan pintu masuk SCV. Cer tengok gunung santubong belakang tu, kan macam muka, leher dan perut orang yang sedang baring tu kan..itu lah dia puteri santubong yang bunting. Uncle chua ada cerita kisah puteri santubong tapi kalau korang nak tau, sila google sendiri ok. :)
Suasana kat dalam SCV ni memang best je, aman damai sementara masih pagi. Bila dah masuk tengahari, panasnya toksah kata la kan hehe.
Uncle chua telah membawa kami ke satu persatu rumah budaya yang ada di SCV, bermula dengan Rumah Bidayuh. So jom kita tengok satu persatu juga ikut turutan ok.
RUMAH BIDAYUH / BIDAYUH LONGHOUSE
Ini adalah antara kraftangan yang dihasilkan oleh kaum bidayuh. Sangat kreatif. Nampak tabung kat tiang tu? Kami borong 3 biji tapi bila pergi waterfront harga tabung ni lagi murah sebenarnya..kueng kueng.
Muzik tradisional masyarakat bidayuh adalah gong. Akak yang cantik manis dan cik abang ni tengah menyambut kami dengan alunan gong.
Alat ni adalah untuk memproses beras. Lupa dah namanya.
Lantai diperbuat dari buluh semata tapi cukup kuat..
Pakaian tradisional masyarakat bidayuh. Kombinasi warna merah, hitam dan kuning ibarat warna rasmi pakaian tradisional mereka.
Bergambar di bahagian luar bidayuh longhouse, kalau tak silap ruang ni dipanggil "Tanju".
RUMAH IBAN / IBAN LONGHOUSE
Seterusnya kami ke Rumah Iban.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau, diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihormati.
Hanging skull juga ada di rumah iban. Digantung di atas api kecil di kawasan verandah longhouse.
Di kawasan verandah. Gong dan tempayan tetap ada.
Ni pula kawasan dapur agaknya.
Brother ni adalah main performer untuk cultural show. Masa ambil gambar ni, tak sangka dia ni artis kt situ hehe..
Ahkak ni juga adalah dancer. Patut la lawa giless..bila dah tengok show tu baru tau diaorang ni performer :)
RUMAH PENAN / PENAN HUT
Seterusnya kami ke Rumah Penan.
Rumah Penan ni kecil je tak macam Rumah Iban dan Rumah Bidayuh tadi. Sebab tu lah dipanggil Penan Hut.
Walaupun rumahnya kecil, ada brother handsome tau kat sini hehe. Selain handsome seksi juga hihihi..Ini pun one of the performer untuk cultural show.
Suku Penan mahir membuat blowpipe atau sumpit.Tapi 3 orang kat atas ni bukan dari suku penan ye, mereka hanya mencuba sahaja kekeke..
Nak cuba sumpit pun boleh...RM1 untuk 3 kali sumpit
Kaum Penan kebiasaannya tinggal di dalam hutan. So kat sini pun ada ala-ala hutan dan air terjun. Cantik tempat ni.
RUMAH ORANG ULU / ORANG ULU LONGHOUSE
Seterusnya kami ke rumah Orang Ulu.
Masuk-masuk je terus jumpa akak comel ni. Jual kuih apa ye, lupa pulak namanya. Sebelum keluar dari rumah ni kitaorang beli la nak rasa. Serious sedap sangat. Nyesal beli sikit huhuhu..
Macam biasa, setiap suku kaum ada alat tradisi tersendiri.
Verandah area. Bila tengok view kat luar dari sini memang cantik sebab rumah ni sangat tinggi.
Ahkak comel ni sedang persembahkan tarian tradisi mereka. Sangat comel.
This is the most sexiest man in Sarawak kata uncle chua. Fuhh memang betul pun.
Topeng (tak tau nama sebenar) ni memang banyak digantung di dinding rumah ni.
RUMAH MELANAU / MELANAU TALL HOUSE
Seterusnya kami ke Rumah Melanau. Walaupun masa ni hari dah mula panas, tapi kami tetap happy.
Mana dancer nye nih?
Kaum Melanau ni agak unik, lain dari yang lain sebab mereka tak makan nasi. Mereka makan sago sebagai sajian utama. Dan di sini juga ada tempat pemprosesan sago. Sago yang dah siap proses pun boleh dibeli di sini.
Tengah tengok orang proses sago.
Antara produk sago yang dijual.
RUMAH MELAYU / MALAY HOUSE
Destinasi seterusnya Rumah Melayu. Waktu ni dah macam rushing, kena cepat-cepat sebab nak kejar cultural show pukul 11.30 pagi.
Rumah tradisi melayu, memang kebanyakannya macam ni la. Kalau kat kampung masih kekal macam ni lagi kan.
Makcik comel dua orang ni tengah main muzik tradisional.
Congkak adalah permainan tradisi orang melayu
Ini rasanya pelamin untuk perkahwinan, tak ingat pulak dah.
Ahkak cantik dua orang ni tengah buat kuih tradisional melayu iaitu bahulu dan kuih sepit. Kami beli bahulu tu memang sedap makan panas-panas...lembut je.
Kat sini memang tak lama, sebab dah biasa tengok rumah melayu kan..
RUMAH CINA / CHINESE FARMHOUSE
Seterusnya kami ke Rumah Cina, iaitu destinasi yang terakhir sebelum kami ke cultural show.
Radio lama ni memang aku tak pernah tengok sebelum ni.
Ini kawasan dapur. Memang cantik je tersusun segala periuk, cerek dan kuali.
Salah satu peralatan yang digunakan oleh kaum cina.
Selesai melawat rumah cina, kami di bawa ke large air-conditioned theatre untuk cultural show.
Lega seketika dapat air-cond setelah berpanas di luar.
CULTURAL SHOW
Yang ditepekkan di blog ni adalah sebahagian sahaja, sebenarnya banyak lagi gambar sebab semua tarian kebudayaan Sarawak di persembahkan masa show ni.
Show ni memang takkan menghampakan pengunjung, memang rasa terhibur. Disamping dapat ilmu pasal kebudayaan sarawak, dapat juga saksikan kehebatan kaum-kaum di sarawak contohnya kehebatan menyumpit.
Hebat betul, berpusing atas buluh tu...that's why saya kata diaorang hebat.
Sebaik sahaja tamat show ni, kami rasa berbaloi dengan apa yang dibayar. Dalam separuh hari, kami dah jelajah satu sarawak la kiranya...wahhh gitu kann..
Kalau pergi ke Sarawak tak datang ke SCV memang tak lengkaplah kiranya...pi lagi sekali la weii kaedahnya haha.
Ok, ni sedikit info untuk sesiapa yang nak datang ke SCV:
Entrance Fee:
RM 60.00 / USD 20.00 (Adult)
RM 30.00 / USD 10.00 (Child : 6-12 years old)
Free for Children aged under 6.
RM 30.00 / USD 10.00 (Child : 6-12 years old)
Free for Children aged under 6.
Cultural Show:
11.30 pagi & 4.00 petang.
11.30 pagi & 4.00 petang.
Highly recommended
Sila lawat portal SCV untuk keterangan lanjut ok : http://www.scv.com.my.
Disebabkan entry ni dah panjang berjela, so cerita seterusnya untuk Day 2 akan disambung ke next entry, iaitu mengenai Sarwak River Cruise..