Tuesday, September 20, 2011

Cinema Marathon

Korang pernah tak wat kije cam aku ni?

Boring takde aktiviti, pastu tengok wayang back to back.

Lol, best rupanya weh...enjoy sangat lagipun movie yang kitaorang tengok tu sangat la enjoy & kelakar.

Cuti 3 hari last weekend..ari jemaat penuh ngan open house. Tapi hari Sabtu takde lak...itu yang tetiba wat cinema marathon tu hehehe..

1st movie kul 2.30 pm was Johnny English Reborn..


Best gila citer ni..aku tak reti sangat nak review movie2 ni tapi yang pastinya citer ni memang best..lucu abis & penuh aksi..

Second was The Smurf at 6.30 pm...


Sapa ada anak-anak kecil bawak la pi nengok citer ni...komfem diaorang akan enjoy & gelak2..masa dalam wayang suka betul tengok Fahmi & budak-budak lain dlm tu gelak...nampak sangat bebudak ni happy tgk citer tu..

Lepas abis The Smurf, terus Fahmi ajak pergi McDonalds nak beli Happy Meal yang ada toy Smurf..tapi sayang yang ada cuma Dizzy Baker..

Kitaorang dh ketinggalan dengan toy ni..ingatkan banyak yang belum keluar rupanya dah habis..kitaorang cuma sempat grab Vanity Love & Dizzy Baker je..frust giler..Fahmi nak Clumsy..McDonalds please topup the toys....really want it..macam mama je yang over ni hehehe...Fb Mcdonalds pun dh kena hentam sebab ramai yang frust x dapat collect all The Smurfs..next time kalau ada toys yg comel camni McD need to stock up banyak2.....tak la frust Fahmi & mama cam sekarang ni..

Back to cerita asal, that day kitaorang mmg happy sampai ke esoknya duk sebut pasal smurf, johnny lagi hehe....and thanks to papa sebab belanja kami...nanti nak lagi tau cinema marathon camni...

Wednesday, September 7, 2011

#5 Wordless Wednesday

Tuesday, September 6, 2011

Aidilfitri 2011 - Edisi Raya Pertama

Hari raya pertama kami, tema diberi ialah green pinky... tapi akhirnya semua dah kehijauan je dah..kalau boleh diberi markah hanya family aku & kak teh je boleh dpt markah penuh sebab memenuhi kriteria..hehehe..
Eh tak lupa juga opah & atuk pun dapat markah penuh sebab memenuhi kriteria warna tema..


Ini adalah saat paling syahdu..sesi bersalaman antara opah & atuk..


Lepas je balik sembahyang raya, touch up sikit then start acara bersalaman..jenuh nak nunggu acara habis sebab ramai sangat..hihihi..kalau dulu kitaorang main salam berterabur je..sekejap je habis tapi kali ni kena 1 by 1 supaya tak kelam kabut & dapat ambil gambar proper sikit.

Lepas habis sesi bersalaman, ada acara teka duit dalam tabung bola pakndak..hihi semua boleh teka sampai adik arissa pun teka hehe. Budak-budak la yang over sebab sapa betul dia dapat duit tu..apa lagi teka jangan tak teka. Disebabkan ada 2 orang yang teka paling hampir, maka duit yang menang tu dibahagia 2 lah..pemenangnya ayen & hariz...cayalahh..



Lepas tu acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar pulak..adeih, peluh ketiak segala..maat pun berpinar banyak sangat shoot & camera..hehe...meh tengok gambo family adik beradik aku..eh lupe lak nak kabo..tahun ni hanya family abang yang duk kulim je takde..dia takleh balik sebab baru dapat baby seminggu sebelum raya hari tu..so hanya abang di perantauan tahun ni tak dapat merasai kemeriahan aidilfitri kami di kampung..


Family kak yong, Penang - green sajo, x pinky



Family kak chik,Sungai Besar - green lebih, pinky sikit je



Family kak teh, Alor Setar - Green pinky, markah penuh



Family kak chil, subang - green lebih, merah sikit, x pinky



Family kak mbang, bota - Green pinky jugak tapi x markah penuh sbb tudung ijau hehe



Family ku - Green pinky, markah penuh :P



Ini pula adalah anak teruna & anak daraku in green pinky..abang tak ada gambar proper sebab dia sibuk ngan kawan-kawan.


Sayangnya plan nak ambil gambar ramai-ramai dalam tema yang kehijauan tu tak kesampaian..sebab diaorang sibuk ngan program lain..sayang betul..baju semua dah cantik setema..hanya gambar 6 beradik sahaja yang dapat diambil..


Macam model cover majalah tak? Hehe..


And lastly, gambar aku bersama kakak-kakak tersayang..start dari nombor 1 hingga 5..tapi gambar ngan kaka mbang tu tudungku dah terpenyek..layan je lahhh..eh tak lupe juga gambar bersama suami tercinta di pagi raya...



Seperti biasa raya kami memang takat ambil gambar, lepas tu pergi 2-3 buah rumah yang wajib pastu dah..hehe agak kurang hangat maklum la mak mertua jauh so tak tau nak pi jalan ke mana..tapi whatever sekali pun, kami tetap seronok masa hari raya tuu..semoga kami dipanjangkan umur dan berjumpa di raya-raya akan datang..

Monday, September 5, 2011

Syukur mereka gagal

Gambar kemeriahan raya terlalu banyak nak kena transfer, pilih & upload so nanti-nanti je lah update picca raya..

Sekarang nak update pasal kejutan bila kami balik ke rumah di Putrajaya..

Kami balik 2 kereta sebab satu lagi kereta tinggal di rumah kakak di Subang. So sebelum balik ke rumah kami singgah di subang ambik kereta & masing-masing drive balik ke Putrajaya.

Aku yang sampai dulu sebab papa singgah di Petronas. Sampai je depan umah terus hairan knapa basikal bebudak ni duk depan pintu. Pastu tengok kain baju di ampaian semua takde. Saspen gak nak turun.

Pastu aku turun tengok kat ruangan ampaian di dapur tu punya la berselerak dengan kain baju yang hilang kat ampaian depan umah tadi. pili air terbukak sikit, kasut-kasut yang dalam almari kasut direndam, pasu, tanah bertaburan, penyapu lidi pun berterabur..lam kepala aku duk ingat budak-budak buat main.


Masa kami tengah kecoh tu akak sebelah umah keluar & bagitau yang sebenarnya ada orang cuba pecah masuk rumah kami. Kejadian pada malam hari raya pertama. Masa tu bibik akak tu tinggal sorang & dia terdengar bunyi ketuk..dia pun intai dari rumah dia. Maybe pencuri tu tak perasan ada orang dalam rumah sebelah. Bila akak tu balik, bibik nya bagitau & akak tu terus call polis. Ramai gak polis datang buat siasatan..tapi pencuri tu memang dah lari la.


Semua benda-benda yang ada kat luar rumah tu diaorang gunakan untuk pecahkan kunci. agaknya bila tak berjaya jugak tu yang disepahkan habis semua apa yang ada..tensi kok.. yang tak tahannya tu siap susunkan kaktus aku lawa-lawa tepi tingkap dapur..itu aku memang takleh tahan nak gelak..motip x dapat dikenalpasti.


Pintu dapur pun diaorang cuba cungkil gak guna peralatan berkebun aku..yang ada kat atas lemari kasut. Menurut polis & kalau tengok kesan-kesan yang ada, diaorang cuba ketuk mangga pintu guna pasu bunga. Nasib baik pasu yang diaorang guna tu ialah pasu bungan orkid aku yang dah hidup segan mati tak mau so tak berapa ralat la sangat bunga tu berterabur.

Penuh kat mangga tu dengan tanah..masa awal-awal tu aku tak perasan..bila akak tu cerita baru la perasan..dah habis akak sebelah bercerita baru la papa sampai...dia pun terkejut tengok keadaan luar rumah & terus bukak pintu nak tengok dalam rumah takut pencuri tu masuk ikut lain..ikut tingkap atas ke, pintu belakang ke..papa check semua atas bawah..syukur alhamdulillah pencuri tak berjaya masuk. Memang syukur sangat-sangat..tak ada apa yang hilang kecuali hanger..agaknya sebab tu baju-baju berterabur..sebab diaorang nakkan hanger motip apa pun tak tau sampai sebijik hanger pun takdak tinggal.



Bila difikirkan kenapa rumah kami dijadikan sasaran sebab banyak lagi rumah lain kat situ maybe sebab rumah kami langsung tak ada kereta depan umah. So memang diaorang tau & comfirm tak ada orang dalam rumah. Rumah-rumah lain at least ada satu kereta atau motor yang ditinggalkan.

Syukur Alhamdulillah kerana cubaan mencuri tu gagal dan kami anggap kejadian ni sebagai petunjuk agar kami lebih berhati-hati selepas ni..