Monday, January 31, 2011

Terlerai sudah

Finally, terlerai sudah segala kekusutan.
Kepada yang belum tau, sebenarnya kemelut yang berlaku adalah sebab tempat kerja. Minta tukar tapi ditempatkan di tempat yang sama tapi tak serupa. Lagi pressure, itu yang dikatakan mulut buaya. Berkat daya usaha, berjaya jugak elak dari masuk mulut buaya. Geram pun ada ngan person in charge. Kononnya dah tak boleh tukar, sebenarnya malas nak tambah keje. Amik kau, aku cakap ngan boss kau sendirik boleh pulak. Ok lah, forget it.

Sebenarnya tempat baru ni pun ada kurangnya jugak. Kadang-kadang rasa menyesal pulak mintak tukar. Time dah nak blah, rasa seronok pulak buat audit. Tapi, sekarang memang tak boleh pandang ke belakang lagi dah. Di tempat baru ni, ada tugas baru yang menanti. Tersirap darah bila dapat tau aku ialah Pengurus IT kat sini. Takde boss, aku le boss ICT. Pergghh..takut giler aku ni bukannya terrer lagi dalam bidang ni. Takpe, ambil peluang ni untuk belajar dan belajar bersyukur sekali. Jangan asyik nak mintak tukar je hehe.

Semoga aku dapat sesuaikan diri dengan tempat ni, boss dan dapat kawan-kawan yang best. Sedih meninggalkan BFF di audit. Semoga persahabatan takkan putus..


huhu...rindu...

Wednesday, January 26, 2011

Keluar kandang harimau masuk mulut buaya

"KELUAR KANDANG HARIMAU, MASUK MULUT BUAYA"

Pepatah yang sesuai untuk diri aku.
Semoga ada hikmah disebaliknya.
Aminn.

Tuesday, January 25, 2011

I feel like to cry..

Rungsingnya kepala, hati pun gundah gulana selagi tak settle benda ni. Kenapa la rasa cam nak menangis je ni. Tambah pulak ada suara-suara yang tak tau la samaada betul-betul bagi nasihat ataupun sememangnya nak ambil kesempatan. Dah la bingit..luckily i got my ear phone..pasang lagu kuat-kuat to the max utk release tension tapi masih tension jugak lagi.
Semoga beroleh kesudahan yang terbaik hendaknya...amin..
Alhamdulillah birthday party Arissa akhirnya selesai walaupun buat kecil-kecilan with family dan kawan-kawan terdekat..disebabkan faktor "tak sempat nak pikir" so kasik je duit kt mcD pastu goyang kaki tunggu hari kejadian hehe.

Temanya pinky yellow. Birthday girl sangat behave & in good mood masa kejadian tu. Thanks to en. Ajip as an OP (official photog) & anty zura jugak yang tukang jadik orang tengah. Also credit to anty Tinihani yang jahitkan baju Arissa & Fahmi, sangat comel, mama suke.

Thanks to all guests yang sudi memenuhi jemputan kami. Really appreciate it sebab sudi datang jauh-jauh ke Bangi. Also thanks for the prezzies. Maaf juga andai terkurang layanan ke, tak cukup kenyang ke hehe. Apapun, we all having so much funs that day yeay!

Mari layan gambar pulak..

Saksikan dulu wajah-wajah birthday gurl yang sangat happy & comel jugak :)



Besday cake from bake freshly


Abang Fahmi xcited macam birthday dia plak..


Besday gurl comei


With family terchenta


Pinky


Yellow

Time for birthday song


and cake cutting


bro-sista in yellow


Best tgk kiddos main game


Sonotnye die dapat prezzies


Ini gaya ape pun ntah le adik ni


Kids yang sangat happy


Geng merayap in pinky mood


And lastly.......we all yang sangat happy..
Puteri tersayang, Arissa Yasmeen Asmayuzi menjangkau usia setahun hari ni, 8 Januari 2011.

Selamat hari jadi sayang,
Semoga adik menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat..
Mama dan papa sentiasa di sisi adik, menyayangi adik lebih dari segalanya..
Love you very much...

Thursday, January 6, 2011

Fenin fenin

Fenin fenin...
Dah lama menyepi tak update FB, blog sebab memang tengah fenin dengan masalah sekarang..

Straigth to the point, al-bibik kitaorang tu balik ke indon untuk bercuti selama sebulan. Dia balik 1 Jan aritu. Sebenarnya dah banyak kali pujuk supaya tak payah balik tapi ape nak wat dia dah janji sama suaminya nak balik selepas setahun. Ok lah kan, balik la jugak.

Tapi masalahnya sekarang ni si kecit Arissa..bukan masalah dia mencari bibik, dia tak cari pun sebab mama papa ada dia okey. Tapi masalahnya..bila mama dan papa pergi kerja, abang fahmi pergi skool dia nanges takmo tinggal ngan tok mek (my MIL). First day tu, mama memang cuti tapi sibuk nak anta abang pegi skool..kan 1st day skool. Tetiba dia plak nangis takmo tinggal dari masa mama mandi lagi. So bawak la dia ngan mil sekali tapi lam kete meraung-raung nak datang kat mama. Kan tengah drive, camne nak pegang. Time balik terpaksa gak pegang dia sambil drive sebab tak tahan dengar dia nanges. Lepas tu kat umah, nak pi dapur pun takleh, nak bangun kejap pun takleh..dia suh pegang dia je, cam dah trauma kena tinggal.

2nd day, mama pergi gak keje tinggalkan senyap-senyap masa dia tengah main kat play room. Tapi belum sempat naik kete dah dengar di nanges..huhu, tapi mama pegi jugak. Sampai ofis, kol rumah, opah (my mom) kata adik nanges. Tunggu lagi. Tak lama lepas tu opah tepon pulak bagitau adik still nanges. Takmo makan, takmo minum susu. Tak boleh jadi, dah nak dekat sejam dia nanges. So sepantas kilat balik umah n terpaksa cuti la hari tu. Esoknya cuti lagi.

Hari ni dan besok papa pulak amik shift, cuti jaga adik. Masalahnya sampai bila nak camni? Hari selasa aritu dah bawak pegi darussyifaq, minta air penawar. Mudah-mudahan lepas ni ok la..so far tak tau lagi contingency plan kalau buatnya dia still takmo kena tinggal. Mungkin kena korbankan abang supaya tak payah skool takpun mama kena cuti tanpa gaji. Ada orang cakap, biar je, nanti lelama dia benti la nanges. Masalahnya kitaorang dah testing walopun kat umah kekadang nyorok kat dapur ke, kat atas ke..dia kompen menanges selagi tak nampak kitaorang. Takkan nak biar, bebudak kalau nanges lelame kan tak elok, buatnya fit ke, demam ke ape kang, sape susah?

Itu yang tengah fenin ni pikir pasal tu...bibik 29 Jan ni baru balik, itupun kalau dia tak tangguh ataupun tukar fikiran. Kalau tak, lagi bala. Takpelah, mesti ada solution..kena banyakkan doa semoga semuanya dipermudahkan Allah..amin..


Inilah dia budaknya yang bikin mama susah ati... :)
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop