2 hari sebelum raya aritu genap adik 8 bulan..
Anak dara yang sorang ni memang terserlah keligatannya mengalahkan si abang masa kecik dulu. Memanjat saja kerjanya, sekejap pun tak boleh diam. Dah advance sikit, masa berdiri /memanjat tu..dah cuba lepas-lepas tangan pulak..haih, kalau jatuh mama jugak yang susah dik oii..
Mulut pulak, memang kena sumbat puting aje kalau tak semua benda yang dia pegang dimasukkan dalam mulut. Semenjak berubat cacing kat kampung aritu adik jadi berselera pulak makan. Bagus la adik, pipi pun dah nampak tembam dah.
Pasal rambut pulak, dah takde dah rambut cucuk-cucuk mata tu...adik had her 1st haircut semalam, 27/9/10. Mama panggil adik mia sara / adamaya sbb kekonon nak kasik rambut adik sama cam mia sara nasuha tu. Nanti dah panjang sikit sama la kot dik ek..gambar new haircut adik mama simpan dulu untuk di post dalam entry yang akan datang..
Gambar-gambar di atas ni ialah wajah-wajah adik masa hari raya aritu iaitu 1st raya adik..nanti adik dah besar, baca blog mama mesti adik suka dapat tengok baju raya adik yang cantik-cantik tu...:)
Okey, seperti biasa mama just want to say that i love u sooo much darling sama macam mama sayang abang..
Adios,
-mama-
4:54 PM |
Category: |
Perantauan lah sangat kan setakat kat kelantan tu hehe..
Iye seperti yang sedia maklum, tahun ni kami beraya di kampung ibu mertuaku di kelantan.
Bertolak balik pada hari rabu, jam 10 malam dan tiba di kelantan pada 10 pagi. 12 jam di jalanan memang mencabar kewibawaan pinggang aku *sakit pinggang weh*. Itu pun Alhamdulillah jalan tak jem, cuma sebelum plaza tol gombak tu je jem sikit. Anak-anak pun tidur je, tak meragam.
Sebaik saja sampai di kampung, terus ke pasar untuk membeli bahan nak memasak juadah di pagi raya. Nasib baik bahan-bahan kering dah beli siap-siap di Putrajaya. Petang tu lepas dah rest sekejap, start la aktiviti memasak..kek coklat dan kuah kacang untuk nasi impit siap. Malam pulak, jalan-jalan cari pasal kat wakaf che yeh..cari pasal la sebab tak pasal-pasal terkandas dalam jem..ramainya orang kat wakaf che yeh tapi mungkin tak bleh lawan orang di jalan tar pada malam raya..kat kelantan memang meriah dengan bunga api merdeka. Merata-rata dok pong pang pong pang dengan bunga api. Dah kata port mende tu kan kat sini kan..tapi best jugak, meriah gitu..jalan-jalan shopping di bawah pancaran bunga api..perghh..dalam-dok jalan-jalan tu teringat kuah mi kari tak buat lagi..huhu.
Pagi raya, lepas semayang subuh terus ke dapur siapkan kuah mi kari pastu dah ter kelam kabut nak mandi, bersiap nak ke surau untuk semayang raya pulak. Nasib baik papa terrer rempit ngan motor kapcai hehe. Sempat gak pi semayang raya, syahdu juga di pagi raya tu maklum le kan di perantauan..tapi tak berapa la sangat sebab mak pun ada kat rumah abang kat kelantan gak cuma teringat kakak-kakak dan family lain di perak..sob sob..
Nak amik gambar raya berempat memang agak mencabar, ada je halangannya..terpaksa tunggu tetamu tak ada baru boleh ambik gambar itupun terpaksa angkat adik yang tengah tido..hehe..so inilah kami di pagi raya..
sebenarnya tema masih mengekalkan biru pink sama macam kenduri aritu tapi pink tu dah jadik cam purple lak..masa ni papa tgh setting kamera..
tak cukup 3 orang lagi adik beradik papa
semua ikut arahan kecuali fahmi...adik pun sporting hehe
satu family baru sampai..family abg ipar..
abang dan adik..nape makan duit raya dik? Rumah mak mertua ni tak payah buat open house pun memang ramai orang datang..pagi sampai ke petang ada je yang datang. Tapi petang tu papa ajak pergi beraya..sapa yang tinggal kat rumah la kena layan tetamu..dah malam baru la kitaorang balik rumah.
Itu cerita raya pertama...raya kedua pergi kenduri rumah mak sedara aku di pasir putih..baru la dapat jumpa mak kat sana..hehe. Adik ditinggalkan dengan bibik kat rumah sebab malas bawak dia berpanas pulak. Jalan tak payah cakap la memang jem tak ingat...malam jugak baru kitaorang sampai umah..hari tu memang takde snap gambar le pulak..
Raya ketiga..seperti yang dirancang ke rumah mak sedara pulak di rantau panjang..makan nasi tengahari, sedap giler lauknya. Lepas tu, ada la dalam 5-6 buah rumah lagi yang kami singgah, malam jugak baru sampai rumah..memang happening tul pi beraya..duit raya anak-anak toksah cakap la penuh beg mama okeh..
nak makan nasik..nyum nyum..
ngan birasku..
Raya keempat, takde ke mana, cuma duduk di rumah saja...mala baru ada program bbq..aku ditugaskan sebagai tukang masak di dapur..papa & the geng tukang bakar ayam. so gambar aku dibawah ni adalah lakonan semata-mata ye..hehe, muka pun dah berminyak leh buat bakar ayam tu. Memang sedap betul ayam tu..tetamu pun ramai..
Raya kelima, pergi beraya ke rumah abang dan anak saudara..kali ni bawak adik sekali..
sedondon bersama.. adik with tasnim Raya keenam- habis sudah episod beraya di perantauan...masa untuk pulang ke perak pulak tapi sedih dah tak ada sesiapa lagi di kampung, cuma ada kak mbang yang memang duduk di kampung dengan ngah yang balik sempena nak sambut kami. Anyway meriah jugak sebab kak mbang dah masakkan ketupat dan rendang untuk adinya yang terchenta ini..siap masak tengah malam lagi tu..huhu terharu..
Keesokannya kami ke open house, hospital manjung melawat cucu saudara *omg tuanya aku* yang sakit dan seterusnya ke lumut cari abc special..
di lumut.. ditiup angin sepoi-sepoi bahasa..
Itu lah dia cerita raya aku di perantauan..tetap meriah dan tetap memberikan kenangan yang manis untuk dikenang..especially dengan kehadiran adik..dah ada anak pompuan memang best bab beli baju raya..semua fenk-fenk, ropol-ropol siap hair ban dan sebagainya..abang fahmi pun gembira sangat tahun ni walaupun dia takde geng tapi ramai yang melayan dia, ayah su, tok li, tok ayah semua layan dia macam raja..siap takmo balik hehe..
Semoga tuhan panjangkan umur kami supaya dapat bertemu lagi ramadhan dan syawal yang akan datang...aminn..
8:02 AM |
Category: |
Salam...
Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan atau keterlanjuran kata..kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya *termasuklah untuk diri sendiri*. Semoga selamat sampai ke kampung dan semoga bergembira berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara..
Tahun ni, we ols berhari raya di kelate *sudah tiba gilirannya*..doakan semoga kami selamat sampai ke destinasi ye kekawan..terimalah kad raya dari kami sekeluarga..memandangkan pc kat opis baru ni takde software, so kad raya tahun ni ditempah dari
mykhalish.com. Akhir kata,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua..
11:18 AM |
Category: |
Ini la fav pic mama...wallpaper pc ofis, mama letak gambar ni. Bila tengok rasa macam nak cubit pipi, rasa nak cium je wallpaper tu..hehe.
Comel la adik ni....:)
10:29 AM |
Category: |