Friday, June 18, 2010

Arissa turns 5 months old..

Alhamdulillah,
My baby Arissa turns 5 months old on 8th June 2010 *10 days ago*
My cute little baby dah besar rupanya..syukur, 5 bulan berlalu adik membesar dengan sihat dan sempurna. Adik adalah penyeri hidup mama, papa dan abang.

Adik just got her 2nd jab of pneumococcal vaccine this morning. Her weight is about 6+ kg with 62 cm height. Haih adik, jangan tak muat gown yang mama belikan for ur big day dah la ye..hehe.

Kalau nak tau, adik ni murah dengan senyuman..pantang nampak mama and papa especially kami baru balik keje, meleret je senyumnya..

Masih hanya boleh meniarap, bontot dah boleh angkat tapi tak bergerak haha. Takpe dik, take ur time okeh..nanti mesti adik berjaya jugak..

Selain tu, adik dah pandai sua-sua tangan nak suh orang ambik dia, dah pandai buat mimik muka ala-ala nak ikut orang pi jalan, dan dah pandai ngajuk kalau tak kasik dia pegang barang yang dia nak.

Actually, banyak sangat perkembangan adik tapi mama tak reti nak describe satu persatu..terlalu abstrak *ye ke ni...ke malas mama oii*..hehe.

Dan di bawah ni ialah gambar adik sempena umurnya 5 bulan..gambar baru sahaja diambil pagi tadi ye..masa kat hospital.



Satu yang pasti ialah imej rambut pacak yang masih berkekalan ye..
Dik, bila la mama leh buat tocang kat adik ni dik oii..
Adik.. mama, papa, abang dan semua orang sayang adik sangat..
Mama doakan adik terus membesar dengan sihat, sempurna, menjadi anak yang solehah dan dipanjangkan umur..
Love u very much sayang..

-mama-
18/6/10
Cerita ini agak dah lapuk ye..
Kejadian ialah pada cuti hari wesak yang lepas..
Al-kesahnya setahun sebelum ni aku sengaja membooking rumah penginapan persekutuan (RPP) di PD..masa booking ingat nak pegi dgn family kakak@subang je..
Sekali nak lebih meriah, aku ngajak mak dan family kat kampung join kitaorang..
Rupanya rumah tu keciknya ya amat..makanya bersumbat ler kitaorang macam sardin cap ayam kat dalam tu..nasib baik cuma satu malam je.
Walaupun gitu kisah kejadiannya, meriah tetap meriah..seronok betul rasa...piccass sempena hari-hari berkenaan adalah seperti berikut ye..


Oh..ini adalah pelakon-pelakonnya ye..


mine...


kak mbang's..


kak chil's


main sumbat2 dalam apartment


sungguh macho n steady menunggang kuda..


muka bangga n puas dapat round2 naik kuda..


evening @ the beach..


and the beach toy..


it's time for dinner


setting up the BBQ


man behind the scenes


yummmehh..

Actually ada beach story yg agak menyayat di hati...bahana 'banana boat'...

Sebagai bukti penceritaan ini sila scroll ke atas semula iaitu pic kak chil's family..sila perhatikan tangan kakakku itu..patah okeh..

Al-kesahnya...petang itu, kami sungguh beria-ia naik banana boat..dengan bayaran RM100, kami berlapan naik banana boat itu..sebelum tu, driver yg bawak pakai jet ski tu tanya nak jatuh2 atau tak...kami request nak jatuh bila dah sampai je...sepanjang atas banana boat tu enjoynya rasa...segala tension rasa cam terbang bersama angin bayu yang bertiup, ewahh..dan bila nak dekat sampai..seperti yang dijanjikan driver tu buat kona maut yg menyebabkan kami semua terpelanting ke dalam air laut..kisahnye..masa jatuh tu boleh pulak tangan kak chil aku tu terkena kat belakang laki aku..cemana leh jadi camtu pun taktau la kan..sebab kalau ikutkan aku yang duduk belakang laki aku dan kak chil berada di belakang aku..dah nak jadi kan.

Dengan begitu mudah tangannya patah..hehe...lain kali minum susu anlene ye..sib baik pulak tulang belakang papa takde apa2 ye pa...kalau tak, susah la mama..eheh.

Gambar masa nak naik banana boat tu sampai sekarang tak dapat..nantilah...kalau dah dapat, bolehlah diupdatekan di sini.
Akhir kata, di harap aktiviti seperti ini akan terus menjadi tradisi keluarga di tahun-tahun yang mendatang dan diharap lebih ramai lagi yang dapat join..lagi ramai, lagi best...bikin havoc
Sekian, wassalam...

Nota: Ayat surat separa rasmi mujur takde 'salinan kepada'..hehe.

Friday, June 11, 2010

Lamanya tak hapdett...

Lamanya tak hapdet blog ni.
Sibuk + malas pun ada.

Ada citer pasal PD, ada citer pasal budak demam dan perkembangan adik.
Tapi for today, just nak update yang aku tengah dalam mood sedih sebab this coming sunday(13-15 June) tak dapat tido dengan anak-anak tersayang..huhu..
Semuanya sebab kena wat odit la kat ipoh..16 june baru balik umah..huhu sedey..

Dah tu plak, tak dapat gi kenduri kawen Malek ( kawan @uitm dan seterusnya @m*oa)...sekian lama tunggu masa si malek ni kawen (sbb dulu dia sorang je yg bujang antara SA kat opis tu..), bila tiba hari kejadian, tak dapat pi plak...frust gak la rasa. Kenduri nya 13hb..dari jauh aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU je la buat hang malek..semoga jodoh berpanjangan dan berbahagia dunia dan akhirat..

Tapi bila fikir yang 17hb ada plan baik punya bersama geng rayaps *mom's day out* ..wahhh...xcited plak rasa..

Okie lah, akan ku hapdet blog ini pelan-pelan mengikut tahap kerajinan..
Adioss..