Monday, June 18, 2012

Coklat Oreo

Alhamdulillah...berjaya mencuba buat coklat sendiri di rumah.

Coklat Oreo nama diberi,
Sedap hingga menjilat jari,
Kini tak perlu lagi membeli,
Resepi hanya di hujung jari.

Manis rupa manis rasanya,
Anak suka mama pun suka,
Bila makan biar berpada,
Nanti gemuk padan muka.

Hahaha...pantun yang kedua tu ditujukan untuk diri sendiri ler tuu....hihi

Nanti nak buat banyak untuk hantar pada kawan sekolah Fahmi sempena birthdaynya... :)

Korang pun cubalah senang bangat ni...sila google resepi dan tips okey....gud luck!!

Wednesday, June 13, 2012

Sarawak River Cruise

Mari sambung cerita Sarawak.

Ok lepas je balik dari SCV (Sarawak Culture Village) tu kami terus ke waterfront. Ini first time kami ke waterfront. Memusing-musing kami kat situ sebab jalannya sehala.


Di waterfront ni ada juga Little India. Tak beli apa pun di situ, sebab tak ada yang menarik.



Then kami jalan-jalan ambil gambar di tepi sungai sepanjang waterfront tu



Jalan-jalan terjumpa pulak conter tiket Sarawak River Cruise. Terus papa beli tiket untuk naik cruise pukul 5.30 petang.

Jadi sempatlah kami balik ke hotel dulu untuk sembahyang, mandi & makan.
Hampir pukul 5.30 kami pergi semula ke waterfront, mujur hotel Merdeka Palace tu sangat dekat dengan waterfront.



Welcome drink & kek lapis disediakan sorang satu. Jenuh nak makan sebab budak2 ni bukannya makan sangat pun. Kek lapis pulak muak bila makan banyak2..


Masa ni matahari petang sangat terik, nak bukak mata pun payah sikit.


My handsome boy......seronok dapat naik cruise




Tengok tu...berkerut dahi masing-masing...panas le tu



View sepanjang laluan cruise..eh lupa pulak nak bagitau..tambangnya ialah RM60 dewasa, RM30 kanak-kanak. Masa perjalanan cruise adalah selama 1 jam 30 minit.









Atas cruise ni pun ada culture show juga...



Tapi kami tak berapa nak heran sebab dah tengok yang lebih best masa kat SCV (heheh..ayat eksen..)


Turun dari cruise lebih kurang 7 pm, terus pegi jalan-jalan lagi kat waterfront tu...kali ni best sikit sebab dah takpanas. View malam hari pun cantik..


Ambil kesempatan bergambar beramai-ramai sebelum balik ke hotel.

Day 3 di sana kami ke Muzium Kucing dan Matang Wildlife Center...so bersambung di next entry ok..