Thursday, December 23, 2010

Ku di halaman rindu II

Petang-petang kalau dah tinggal setengah jam lagi sebelum waktu balik mood pun ala-ala nak santai je walaupun sebenarnya keje ada lagi hehe. Mula la teringat goreng pisang kat pan uniten cicah sambal kicap blackpaper, mertabak gemok edy, mertabak doyan kat kampung, tepung bungkus mak saya kat kampung dan teh ais puyuh kat kampung gak. Tapi nampaknya goreng pisang flat ijau ataupun kuih ketayap petronas je yang terjangkau dek kemampuan nak pi beli. Hah, kompom la nak pi beli kang ni.

Lepas balik beli goreng pisang, balik umah, nak site visit halaman rindu kat pan umah tu jap kang. Esok dah nak kelik kampung so nampaknya hari ni kena letak baja, sembur apa yang patut kat pokok2 tu, maklum le nak tinggal 2 ari. Kalau ingat, dulu aku pernah buat entry pasal halaman rindu kat sini , masa tu tahun lepas.

Sekarang dah ada perubahan sikit kat halaman rindu aku ni..maklum le, 14 Nov aritu aku join bengkel landskap puspa opis buat. Semangat giler wat makeover halaman rindu aku tuh.


ini gambar masa wat entry tahun lepas, 2009


ini pulak masa lepas balik dari bengkel landskap, bulan 11 aritu..


dan ini selepas di make over 4 hari selepas balik bengkel landskap


ini setelah ditambah pokok lengkuas sehari selepas itu..



dan ini gambar yang terkini..

Cun tak cun tak? *perasan*
Sebenarnya hibiscus dan bougainvilla (nama scientific x tahan) dah byk kali berbunga selepas di make over tp lupe amik gambo.. time ni spring dh abih, autumn plak hehe.

Tapi kan, perasan tak yang orkid tu dah xde munge. Haha, bab orkid memang fail okeh. Sebenarnya orked tu dpt masa bengkel. Kami diajar cara penanaman orkid, ada amali & orked yang kitaorang tanam dapat bawak balik. Tapi nampaknya orkid tu memang tak suke ngan halaman rindu aku nih, mungkin tak cukop kelas bagi dia ataupun layanan yang kurang istimewa. Padahal dialah yang paling vip aku kasik makan lebih dari yang lain..aku mandikan lebih dari yang lain gak..tengok tempat duduk dia pun lebih dari yang lelain gak kan..tapi bagi si orkid itu tidak mencukupi..huhu sedih, mungkin kena tukar nama laman kot, taman rashidah utama ke, taman astakona ke baru la orkid suke..

Yang lelain tu harapnya mekar la hingga ke petang, bukan hujan di tengahari *perosak peribahasa* ..sekian sahaja dari pengurus ladang halaman rindu..

Goreng pisang flat ijau memanggilku...babai..

Monday, December 20, 2010

Arissa 9,10....11 months

Ish ish ish...dah 3 bulan tak update perkembangan si anak dara..last update masa 8 bulan..skrg ni tak sampai sebulan je lagi umurnya nak cecah SETAHUN..huhuhu..

So lump sum kan je lah ye..ape yang sonot sangat nak diberitahu ialah adik arissa dah boleh berjalan masa dia berumur 10 bulan haritu..masa tu raya haji, di kampung bota. Adik ni meniarap hari tu pun dapat kat kampung, kaki pun dapat kat kampung gak. Bravo lah adik..dia ni memang tak tahu takut sebab tu cepat jalan. Dia tak putus asa..dah tergolek pun dia relax je.



ni masa kat cuti-cuti @ melaka..masa ni 10 months

ini pulak masa raya haji..pun masa 10 months

Ini nak citer pasal bab makan dia pulak. Masa 10 bulan aritu pi checkup kena marah ngan misi sebab berat dia cuma naik sikit saja..graf dah nak cecah zone kuning. Masa tu dia memang makan nestum saja so dapat la mama bebelan dari misi sebab tak kasik makan bubur nasik. Bukan tak pernah bagi..dah cuba tapi dia reject. Misi kasik arahan suh stop kasik nestum berkuat kuasa serta merta. Kena cuba jugak bagi dia makan nasik.

Kebetulan malam tu memang nak bawak dia & fahmi ke darussyifaq utk minta air penawar sebab dua2 asyik demam je. So masa kat darussyifaq tu minta ustaz tu buat air supaya naikkan selera dia sekali. Alhamdulillah sejak tu sampai sekarang mood makan dia sangat bagus. Bubur nasik makan 3 kali sehari, penuh satu mangkuk setiap kali. Selang sehari pulak mesti kasik telur rebus..itupun dia boleh habis sebiji. Makanan yang kitaorang makan pun dia bantai sekali hehe. Alhamdulillah..berkat usaha dan doa pada tuhan. Tapi berat belum timbang lagi sebab next checkup ialah masa dia umur setahun nanti. Kalau masih ada masalah berat badan dia tu, mungkin sebab gen papa la kot..hehehe..

di glory beach resort, pd masa ikut mama punya family day + retreat opish, masa ni nk masuk 11 bulan

ini gambar latest..masa 11 bulan, masa ni pergi kenduri kat SK

Betul la kata orang, kalau cepat jalan..lambat tumbuh gigi. Memang gigi adik tak ada lagi walopun sebatang. Aritu beria-ria demam ingatkan nak tumbuh gigi sekali dah berbulan tak kuar-kuar giginya hehe. Bercakap pun tak berapa boleh lagi. Yang dia fasih ialah PAPA. MAMA baru je boleh 3-4 hari lepas..syok plak dengar cuma kadang silap dia main bentai je panggil mama tp tgk kt org lain. Kalau abang pulak, dia panggil ABA..hah, nampaknya adik semakin maju dah boleh panggil 3 insan yg dia sayang (eceh). Sorang lagi orang yang dia sangat sayang iaitu BIBIK yang dia cari kalo nak tido, kekadang lelebih manja ngan bibik dari mama, menci taww..tapi BIBIK dia x pandai sebut pun (maknanya x sayang sgt le tu *hehe ayat jeles nmpaknya disitu). Jangan ko panggil bibik tu MAMA dah le adik oii..mau nangis mama ko ni kang hehe.

Bercakap pasal skill pulak, dah banyak skill yang dia dapat esp skill panjat tangga..lajunya okeh panjat tangga mengalahkan kepantasan orang dewasa. Selain tu, panjat sofa pun dah sukses. Nampak je kecik adik ni tapi pantas taw. Memunggah pun no satu gak esp bila di dapur. Bila minum pakai straw pun cam orang besar je..tengok ajelah gambarnya di bawah nih.

Dia dah paham cakap orang, semua dia paham walopun dia tak pandai cakap..mama x sabar nak tunggu adik pandai cakap ni nanti boleh la wat teman sembang cam abang tu ha..


macam dah besor sangat je, abang fahmi yang ambikkan gambo nih..

Nampaknya itu saja perkembangan adik yang dapat mama updatekan di sini..this weekend nak balik kampung bota lagi..harap-harap adik dapat skill berlari pulak kat kampung nanti..

Sebut pasal kampung, teringat pasal kampung pisang le plak..alah, kampung pisang yang dalam citer zombie kampung pisang & hantu kak limah tu...

*Selingan pulak dah ni*

Sebenarnya malam tadi kitaorang pi tengok citer hantu kak limah balik rumah.. so badinya masih terasa hingga kini hehe. Sesiapa yang belum tengok sila la berbuat demikian sebab citer ni memang pecah panggung, pecah perut dok gelak satu bilik wayang tu. Tambah best, deme speaking bota..syok pulak teman dengo..awie memang best among the best..wa caya sama lu awie..hehe over tak tahan..

hantu kak limah ni le yang menghantui aku sampai blk umah malam tadi...masa tgh cuci muka tetiba terbayang antu kak limah siap x berani nk tgk cermin bilik air tu..hehe...penakott..