Haiiitttttttt.......................
Ninja datang menyerang !!! hehehe..

Ok, sebenarnya ni event skool Fahmi, CIC's Appreciation Night & Dinner 2010.
Tema : Japanese Kaizen.
Tarikh : 29 Oktober 2010 (Friday)
Tempat : Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Mujurlah event ni buat dekat putrajaya je, senang sikit nak pergi tambahan pulak buat hari kerja. Event ni punya pasal penin jugak okeh. Pening kat mana nak cari costume. Akhirnya atas daya usaha yang tinggi dapat la jugak baju ninja warrior ni untuk Fahmi..


Sebenarnya tangan tu kena ikat baru real cam ninja tapi mamat nih awal2 dah bukak taknak ikat..huhu


Siap pedang tak tahann..


Ini pulak papa samurai ngan mama geisha...hehehe..

Dalam dewan tu kitaorang dapat meja belakang sekali maybe sebab lambat hantar borang kot..kebetulan pulak satu meja dengan Puan Siti Muhaza ex-MOA. Anak dia-Latiff satu kelas dengan Fahmi rupanya, best friend nampaknya tu.


With best friend-Latiff


Ninja ni dah lapar, kesiann..

Walaupun temanya japanese tapi tak la makan sushi..makan makanan melayu-nasi putih, ikan masak sweet & sour, udang masak ape ntah, telur bistik, sayur, ice cream..makanannya biasa-biasa je..makan pun kena bajet2 je ingat kt orang belakang sama la cam taun lepas..hehehe..takpelah..


Elok je lepas Fahmi makan, teacher dia datang bawak berkumpul kat belakang...ready untuk persembahan pakaian beragam..

Patut le 2 ari sebelum tu teacher suh mama ajarkan Fahmi catwalk..sebab ada pertandingan pakaian beragam rupanya. Sapa yang pandai bergaya dan beraksi atas pentas la yang akan menang, bukan semata-mata costume cantik aje. Kalau tau mama ajar la fahmi aksi ninja melompat awal-awal lagi..hehe. Tapi knowing Fahmi, dia ni jenis yang teramat malu kalau depan orang. Boleh tak malam tu atas pentas jadi ninja ayu...aduhai...dah la jalan pegang-pegang tangan dengan Latiff, atas pentas cuma melambai-lambai tangan aje..aduhaiii...tak ganas langsung ninja nih..memang takde harapan la menang pun kan.


Ninja yang paling ayu dari Jepun..hihi


With teacher ayu n teacher nurul..

Lepas tu, acara penyampaian hadiah untuk semua student yang hadir..punya la ramai, letih nak tunggu giliran fahmi. Ye la kan, semua cawangan CIC yang datang, bukan Putrajaya aje. Founder CIC-Hjh Qutren Nada Ahmad yang tukang kasik adiah, sian dia musti penat..


Ninja tengah ambik hadiah..suke sangat la dia bab2 dapat adiah nih..

Lepas tu sesi bergambar-gambar kat atas pentas with teacher2 n founder..

Lepas semua dah ambil hadiah, ingatkan dah habih, dah siap nak balik, sekali teacher tak kasik balik...ada pemenang pakaian beragam family pulak lepas tu..maybe kitaorg ni tercalon kot sbb tuh teacher x kasik kami balik lagi..hehe perasan. Tapi bukan kami le pemenangnya, ada yang lagi grand...Kami pun bukannya nak menang, janji dapat ikut tema, itu yang best..


Ninja bersama hadiahnya..

Keseluruhannya, bagi kami dinner tahun lepas yang bertemakan Arabian lebih grand dan happening. Costume pun lebih cantik, pengisian majlis pun lebih lagi. Apa-apa pun, di akhir majlis ada pembacaan ikrar oleh teacher-teacher CIC. Sebagai parents, kami harap para teacher CIC komited seperti mana ikrar yang dilafazkan dalam mendidik anak-anak kami. Biar la berbaloi bayar mahal-mahal pun kan..

Apa sekalipun, kami tetap enjoy malam tu...

Upss..tak abis lagi..di sebalik tabir pembikinan ini filem..eh bukan, disebalik tabir pencarian costume...nak citer sikit la susah payah cari costume ni kan..ada la beberapa kedai yang kitaorang search kat internet. Ada kat subang, puchong, bukit bintang, ampang dll. Ada yang kena buat appoinment untuk nak pegi store dia...adess macam malas nak layan call dari customer pun ada..maybe diaorang ni tak heran dah sebab orang berebut cari diaorang kan...bukan diaorang yang cari customer. Antara beberapa store yang aku call ni, yang agak menyenangkan cuma
costume n parties sebab diaorang rajin sikit siap checkkan costume ade ke tak n friendly ngan customer. Sedap la sikit nak pergi kan. Bila dah tau ada costume yang dicari kat situ, so aku decide untuk pergi lepas kerja hari khamis tu. Semua dah last menet. Kalau dah ada orang lain sambar habis laa. So lepas keje aku n fahmi berkejar naik ERL ke KL Sentral n monorail ke Jln Raja Chulan. Kedai tu di The Weld, Jln Raja Chulan. Jumpa papa di stesen monorail n jalan kaki cari the weld. Dah sampai kedai tu lega rasanya bila dia kata costume tu masih ada lagi..apa yang kami pakai tu, itu je la japanese costume yang ada masa tu, yg lain dh ada orang sambar. Ok la tu, kebetulan dapat sedondon merah kan. Lagi satu, price kat sini agak reasonable la, takde la sampai beratus untuk satu costume. Sebenarnya penat tau pencarian costume ni, tak semudah yang disangka. Len kali teacher kena habaq 3 bulan sebelum tarikh dinner senang sikit nak cari costume, hehe.


Ini la kedai dia, promosi sikitt..


Dah dapat costume baru la legaaa..gumbira bakal jadi ninja warrior..yeayy..